SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

SALAM DARI PENERBIT

>> Monday, November 16, 2009


UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA,BRUNEI,INDONESIA DAN SINGAPURA YANG MENGENALI SAYA.

Asalamualaikum...dan salam sejatera kepada semua pengunjung blog saya ini.Di blog ini saya hanya menyediakan cerita pelik-pelik tapi benar dan bahan ceritanya saya perolehi dari akbar kosmo! dan ada juga yang saya dengar dari kawan sekerja.Tujuan utama saya menyediakan koleksi cerita-cerita pelik ini sekadar mengisi masa cuti di hujung minggu.Saya berterima kasih kepada semua pengunjung blog yang sudi membaca cerita yang saya sajikan disini.Jika ada pengunjung yang mempunyai cerita-cerita pelik sila e-mail kan cerita anda ke alamat: udins_koleksicerita@yahoo.com.my dan kita kongsikan cerita tersebut disini.Terimah kasih.

Read more...

Ibu terkecil dunia hamil lagi


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


STACEY bersama seorang anak sulungnya.



LOUISVILLE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75 meter.Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan."Kami tidak pernah merancang untuk mendapat lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di dunia," katanya.Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111 kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan dua anak perempuan bersaiz normal.Wanita itu menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.- Agensi


Read more...

Kaki botol ketuk paku di kepala


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


LIN yang mengetuk sendiri paku di kepalanya dirawat di Kolej Perubatan Shantou, China.

BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.Anggota-anggota paramedik di Kolej Perubatan Shantou, China berjaya menarik keluar paku itu yang tertanam 2.54 sentimeter dari otaknya baru-baru ini.Menurut Lin: "Saya menganggap kehidupan sudah tidak bernilai lagi menyebabkan saya berusaha untuk menamatkannya. Saya terjaga (daripada mabuk) dengan berasa amat sakit." - Agensi


Read more...

Ikan keli gergasi ditangkap di Sepanyol



BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


LONDON - Seorang pemancing, Sean Kinnear berjaya menangkap seekor ikan keli antara yang paling berat di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang berumur 27 tahun dari Hitchin bergelut selama 15 minit sebelum menangkap ikan keli seberat 107.95 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.Menurutnya, ikan itu muncul di permukaan dan kami semua terperanjat kerana ia sungguh besar."Ia amat berat dan batang pancing bengkok. Saya berusaha untuk menariknya manakala empat orang terpaksa menariknya ke daratan," katanya.Sean yang memancing sejak berumur 12 tahun mengikuti bapa dan sepupunya untuk memancing dekat dengan bandar Mequinenza di Sepanyol.Ikan itu ditimbang untuk mengetahui beratnya sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai.Sebelum ini ikan keli paling besar pernah ditangkap ialah di Sungai Mekong, Thailand dengan beratnya ialah 293kg pada 2005. – Agensi

Read more...

Wanita ketagih miliki ramai anak


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!



NADYA SULEMAN (tengah) bersama bayi kembar lapan yang diletakkan di sebuah meja khas di Los Angeles baru-baru ini.

LOS ANGELES - Ibu bayi kembar lapan di Amerika Syarikat (AS), Nadya Suleman ketagih untuk memiliki lebih ramai anak walaupun terpaksa mengupah beberapa pengasuh bagi menjaga lapan anaknya, lapor sebuah akhbar semalam."Sesetengah orang ketagihan dadah. Saya pula ketagih memiliki anak," kata wanita berusia 34 tahun itu yang mengimpikan sebuah keluarga besar setelah menjadi anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Ed dan Angela Suleman.Setiap kali tiba waktu makan, suasana kediamannya di sini bingit dengan tangisan bayi manakala empat orang pengasuh bergegas membantu memberi susu kepada kelapan-lapan bayinya kerana Nadya tidak mampu melakukan tugas tersebut berseorangan."Setakat ini mereka sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan," katanya.Nadya mencuri perhatian masyarakat dan media AS apabila menjadi ibu bayi kembar lapan kedua di dunia pada Januari lalu selepas 11 tahun kelahiran kembar lapan Chukwu di Houston, Texas.Namun, perasaan kagum orang ramai bertukar benci apabila media mendedahkan bahawa Nadya menganggur serta memiliki enam orang anak berusia bawah 8 tahun namun dia secara sengaja melahirkan kembar lapan itu menerusi rawatan persemanian luar rahim (IVF).Wanita itu yang masih bujang, menyara 14 orang anaknya menerusi bantuan kebajikan kerajaan California yang berjumlah AS$4,153 (RM14,133) sebulan selain tajaan pihak swasta. - Agensi


Read more...

Bercerai pada umur 98 tahun



BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


CORNWALL - Seorang lelaki di Britain, Bertie Wood dan isterinya, Jessie Wood merupakan pasangan tertua bercerai di dunia pada usia 98 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Pasangan tersebut menandatangani satu perjanjian untuk menamatkan perkahwinan mereka yang dimeterai 36 tahun lalu.Beberapa bulan selepas mereka bercerai, Bertie meninggal dunia sebelum menyambut hari jadinya yang ke-99 manakala menurut beberapa orang jiran, Jessie kini tinggal di sebuah rumah orang tua di sini.Pasangan berkenaan berkahwin pada 1972 dan berpindah ke England empat tahun kemudian sebelum berpisah pada 2008."Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, ia amat menyedihkan kami," kata seorang anak perempuan Jessie, Pauline Rowe, 65, kelmarin.Seorang pakar perceraian, Francine Kaye turut melahirkan perasaan sedih dan kesal apabila mengulas berhubung perpisahan dua warga emas itu"Pada usia senja itu, mereka sepatutnya saling memahami di antara satu sama lain," katanya. - Agensi


Read more...

Britney malu besar


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


PERTH - Britney Spears (gambar) berkurung di bilik hotel penginapannya di sini semalam selepas kontroversi dia menyanyi secara gerak bibir bakal menjejaskan konsert jelajah Australia bintang pop berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.Ramai peminat berasa tertipu dengan persembahan hambar Spears bertindak meninggalkan konsertnya di Burswood Domes pada Jumaat lepas semasa lagu ketiganya dinyanyikan.Rata-rata, peminat penyanyi itu mendakwa persembahan Spears langsung tidak berbaloi dengan tiket berharga AS$200 (RM623) yang dibayar oleh mereka."Saya mahu wang saya dikembalikan. Saya membayar wang yang mahal cuma untuk menyaksikan (Spears) menggerakkan bibir," kata seorang peminat, Amanda Hawlet, 22."Nyanyian dan persembahan Spears sungguh teruk. Dia tidak mengeluarkan suara langsung dan persembahannya hambar," kata seorang lagi peminat, Kathy Wright, 32.Selain itu, peminat turut mempersoalkan paparan skrin yang kabur dan hanya menunjukkan imej sarkas.Mereka mendakawa ia sebagai cubaan menutup kelemahan persembahan Spears selain tindakannya yang kerap berpaling ke belakang.Kontroversi nyanyian gerak bibir itu membuatkan Spears semakin tertekan sejak dia tiba di Australia selain menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuk saluran CNN di Amerika Syarikat. - Agensi

Read more...

Zirafah nadir Afrika muncul mengejut


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


KOURE - Haiwan tertinggi di dunia, zirafah muncul secara mendadak di Niger setelah dipercayai hampir pupus dengan hanya 50 ekor dikesan pada abad ke-20.Kehadiran semula lebih 200 ekor mamalia itu secara tiba-tiba di sebuah perkampungan di sini, 240 kilometer dari ibu negara Niamey, mengejutkan penduduk negara bekas jajahan Perancis itu.Pakar-pakar pemuliharaan haiwan berkata, kemunculan zirafah dengan nama saintifik Giraffa camelopardalis peralta itu hasil usaha kerjasama pihak kerajaan dan penduduk kampung.Zirafah tersebut mempunyai bintik-bintik jingga perang yang semakin pudar dan menjadi warna putih pada bahagian kaki.Pengasas Yayasan Pemuliharaan Zirafah, Julian Fennessy menganggarkan terdapat 140,000 ekor zirafah 10 tahun lalu sebelum merosot kepada kurang 100,000 ekor kini.Jelasnya, seekor zirafah berkenaan dianggarkan seberat 1,000 kilogram serta boleh berlari sehingga 55 kilometer namun haiwan itu boleh mati jika tersungkur.Zirafah Afrika Barat antara sembilan spesies zirafah di benua Afrika yang diancam kepupusan apabila menjadi sasaran pemburu haram untuk dijual sebagai hidangan di restoran eksotik.Fennessy yang berkhidmat dengan yayasan berpusat di Nairobi, Kenya itu berkata, usaha pemantauan agak sukar kerana sebahagian besar zirafah tinggal di luar Taman Negara.Dia berkata, walaupun pemburuan zirafah adalah dilarang di kebanyakan negara, pihak berkuasa didakwa sering terlepas pandang menyebabkan kitaran pemuliharaan terganggu. – AP

Read more...

Kon enjin pesawat jatuh depan rumah penduduk


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO!


KON bahagian enjin pesawat Boeing 777 Delta Airlines yang terjatuh di hadapan rumah seorang penduduk di Roosevelt, Long Island kelmarin.

SEBAHAGIAN kon enjin pesawat Delta Airlines tercabut sebelum terjatuh di halaman sebuah rumah di sini Khamis lalu namun kejadian itu langsung tidak disedari krew penerbangan tersebut.Malah, semua 206 penumpang serta 15 anak kapal Boeing 777 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kennedy New York ke Tokyo tidak menyedari perkara itu hingga tiba di Jepun 14 jam kemudian.Jurucakap syarikat itu, Arlene Salac berkata, seorang petugas Delta melaporkan kehilangan bahagian itu sebaik pesawat tersebut selamat mendarat dan menjalani pemeriksaan rutin.Kon sepanjang 1.2 meter dan lebar hampir semeter dengan berat sembilan kilogram itu ditemui 15 kilometer dari lapangan terbang di sebuah kawasan kejiranan Roosevelt, Long Island.Kejadian sama membabitkan pesawat Boeing 777 pernah dilaporkan oleh sejumlah akhbar Jepun pada 2005. – Agensi


Read more...

Berat lembu jantan lebih 1,587kg


BERITA DIPETIK DARI SUMBER KOSMO



BERAT sebenar lembu jantan ini masih belum diketahui.

NORTH PETHERTON, England - Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.Haiwan itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui.Lembu jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat haiwan itu.Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat haiwan itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu."Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya," kata Duckett.Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini. – Agensi



Read more...

Ibu dirogol kenalan Internet


SEMUA KOLEKSI BERITA DI PETIK DARI SUMBER KOSMO!



SUTTON, England - Polis memburu seorang lelaki yang didakwa merogol seorang wanita di depan anak lelakinya yang berusia tiga tahun selepas mereka mengatur pertemuan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.Wanita itu yang berumur 23 tahun menemui lelaki tersebut yang dikenali sebagai Derek beberapa kali selepas mereka berkenalan menerusi Internet.Pada pagi 30 September lalu, wanita itu menaiki kereta Derek ke sebuah flat dekat sini.Semasa wanita itu minum teh, dia ditumbuk di muka oleh Derek menyebabkannya pengsan. Lelaki itu kemudian merogolnya.Seorang jurucakap polis berkata: "Suspek itu digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit putih berumur dalam lingkungan 40-an."Dia memandu sebuah kenderaan Land Rover."Kejadian itu merupakan antara siri serangan terbaru yang berlaku selepas menemui kenalan di Internet. - Agensi


Read more...

Lima pondan merompak

>> Monday, November 2, 2009


SHANGHAI – Lima pondan Filipina dibicara di sini selepas dituduh memberi makanan yang mengandungi ubat tidur kepada beberapa lelaki sebelum merompak mereka.Menurut pendakwa raya, lima lelaki itu memakai pakaian wanita dan membawa mangsa-mangsa menaiki teksi ke rumah atau hotel sebelum memberi mereka makanan yang mengandungi ubat tidur.Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, kelima-lima lelaki itu mengaku bersalah dan pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat. – Reuters



NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!

TAJUK:Wanita telan 78 sudu dan garpu



GAMBAR menunjukkan 78 sudu dan garpu yang dikeluarkan dari perut Daalman.



AMSTERDAM - Seorang wanita Belanda, Margaret Daalman menelan sebanyak 78 sudu dan garpu kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada memakannya, lapor sebuah akhbar semalam.Dia pergi ke sebuah hospital selepas mengadu perutnya sakit dan doktor yang membuat pemeriksaan X-ray berasa terkejut melihat banyak sudu dan garpu dalam perutnya.Wanita yang berumur 52 tahun itu kemudian dibedah dan semua sudu serta garpu tersebut telah dikeluarkan.


IMEJ X-ray menunjukkan timbunan sudu dan garpu (gumpalan berwarna putih) 
dalam perut Daalman.



Namun, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu dan gambar sudu dan garpu tersebut disiarkan buat pertama kali dalam sebuah majalah perubatan Belanda.Daalman memberitahu doktor: "Saya tidak mengetahui kenapa (saya menelannya) tetapi saya berasa mahu untuk memakannya. Saya tidak dapat membantu diri saya (untuk tidak menelannya)." - Agensi

NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!



Read more...

Saintis hasil klon anjing didapati bersalah



SEOUL - Saintis genetik Korea Selatan, Hwang Woo-suk semalam didapati bersalah terhadap tuduhan menggelapkan wang dan lain-lain kesalahan berkaitan skandal hasil penyelidikan sel stem.Woo-suk, 56, yang pernah dianggap hero Korea Selatan kerana 'berjaya' menghasilkan anjing klon pertama dunia, Snuppy, dilepaskan daripada tuduhan penipuanNamun, dia didapati bersalah terhadap penyalahgunaan dana penyelidikan dan membeli telur manusia secara haram untuk tujuan penyelidikan.Pendakwa raya memohon Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun terhadap Woo-suk kerana menganggap beliau tidak menunjukkan perasaan kesal.Namun, hakim memutuskan saintis itu hanya akan dipenjarakan jika dia didapati melakukan sebarang kesalahan dalam tempoh tiga tahun.Woo-suk tampil dengan yakin di mahkamah namun beliau enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut sejurus meninggalkan mahkamah. - AP
Pada 2004, Woo-suk dan rakan-rakannya dari Universiti Kebangsaan Seoul mendakwa dalam satu penerbitan akademik, dia berjaya menghasilkan embrio klon manusia.
Berikutan itu, pemerintah Korea Selatan menarik hak Woo-suk untuk melakukan penyelidikan mengenai sel stem pada 2006.
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Jerung gergasi ada di Australia?





SEEKOR ikan jerung yang dijadikan umpan hampir putus dibaham oleh seekor jerung gergasi di perairan Queensland.



QUEENSLAND - Pihak berkuasa Australia meminta orang ramai tidak turun ke laut selepas seekor jerung putih raksasa didapati berkeliaran mencari mangsa di tepi sebuah pantai popular di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Amaran yang melibatkan sekitar perairan Pulau Stradbroke dikeluarkan selepas jerung berukuran lebih enam meter panjang itu membaham seekor jerung putih sepanjang empat meter yang dijadikan umpan sehingga hampir putus dua."Saiznya pasti amat besar. Kami akan lebih berhati-hati apabila turun ke laut," kata seorang peluncur ombak berusia 19 tahun, Ashton Smith.Berita serangan ke atas jerung lebih kecil itu menggerunkan penduduk di sepanjang perairan Queensland iaitu dari Pulau Stradbroke, dekat bandar Brisbane sehingga ke pantai Surfers Paradise, selatan bandar berkenaan.Jerung putih adalah antara haiwan pemangsa paling ganas dan ditakuti di laut.Seorang pengusaha bot sewa, John Gooding, ketika ditanya mengakui bahawa perairan tersebut banyak ikan jerung. - Agensi



NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Diminta jangan bercium selama lima bulan


ANKARA - Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdag meminta rakyat di negara itu untuk mengelak bercium atau berjabat tangan selama lima bulan, lapor sebuah akhbar di sini semalam.Kenyataan itu dibuat selepas kes kematian pertama akibat virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) dilaporkan berlaku di negara itu.Beberapa buah sekolah di ibu negara, Ankara ditutup selama seminggu selepas kementerian itu mengesahkan seorang pesakit berusia 29 tahun meninggal dunia akibat penyakit tersebut.Mangsa yang dilaporkan mendapat rawatan kerana menghidap pneumonia meninggal dunia pada Ahad lalu selepas mengalami masalah pernafasan dan disahkan positif selesema babi. - Reuters
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Dulu atlet wanita, kini jadi lelaki





ANDREAS menunjukkan 

wajahnya semasa dia
menjadi atlet wanita.


MAGDEBURG, Jerman - atlet wanita, Heidi Krieger pernah menjadi juara menembak di Eropah pada 1986 semasa mewakili Jerman Timur yang kini dibubarkan dan menjadi sebahagian daripada Jerman.Namun, dia kini merupakan seorang lelaki setelah menjalani pembedahan penukaran jantina dengan menggunakan nama Andreas.Dia bertindak menukar jantina selepas mendapati dirinya mempunyai ciri-ciri kelakian semasa menjadi atlet akibat penyalahgunaan hormon testoteron.Selepas bersara pada 1990, Andreas menjalani pembedahan penukaran jantina manakala kad pengenalannya kini menyatakan dia ialah seorang lelaki.Andreas yang kini bermisai memiliki sebuah kedai pakaian di bandar Magdeburg, 119 kilometer dari Berlin."Saya cuma berusia kira-kira 16 tahun apabila jurulatih saya memberikan pil testoteron. Saya tidak diberi pilihan," kata Andreas yang kini berusia 44 tahun dan telah berumah tangga dengan seorang bekas atlet renang. - AFP
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!


TAJUK:Pakar penggoda no.1 dedah rahsia pikat wanita







LONDON - Seorang lelaki Britain, Adam Lyons yang memenangi anugerah pakar penggoda no. 1 dunia pada persidangan kenalan dunia di Hollywood, California telah meniduri lebih 500 wanita cantik termasuk selebriti dan supermodel, lapor sebuah akhbar semalam.Lyons yang merupakan bekas ejen hartanah kini menyara kehidupan dengan memberikan tunjuk ajar cara untuk memikat wanita.Menurutnya, dia mula mengurat semasa berumur dalam lingkungan 20-an dengan cuba meminta nombor telefon wanita yang berjalan di Leicester Square, di Britain pada waktu makan tengah hari."Saya kemudian mempelajari lebih lanjut cara untuk mengurat wanita dan saya melakukan teknik sama di kelab-kelab malam pada malam minggu."Saya berjaya tidur dengan wanita-wanita cantik yang pada zaman persekolahan saya hanya mampu bermimpi untuk mendapatkannya," kata Lyons.Dia mendedahkan sebahagian cara kejayaannya iaitu berani mendekati wanita cantik dan berbual dengannya.Lyons berkata, perbualan pertama perlu membuatkan wanita yakin pada diri lelaki dengan bertanya seperti: "Adakah anda tahu lokasi terdekat Starbuck kerana saya mempunyai rakan yang datang untuk menemui saya di sana."Pendekatan seterusnya, kata Lyons, lelaki perlu bijak membuatkan wanita ketawa dengan memujinya kerana ia akan menyebabkannya berbual dengan lebih mesra.Dia berkata, bagi mendapatkan nombor telefon, kaum lelaki perlu memberikan alasan yang kukuh seperti mencari topik perbualan yang menarik hatinya seperti makanan."Jika wanita itu ialah keturunan Mexico, saya akan bertanya sama ada dia pernah makan di sebuah restoran baru Mexico?," katanya.Menurutnya, alasan itu boleh digunakan untuk meminta nombor telefon bagi membolehkan wanita itu mendapat maklumat lanjut berhubung restoran tersebut.Semasa makan bersama di restoran, kaum lelaki perlu membayar sebahagian bil dan meminta wanita yang baru dikenali itu membayar baki harga makanan lain, katanya.Lyons berkata, pendekatan mencium wanita semasa menonton filem akan membuatkannya bersetuju untuk tidur bersama. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO!











Read more...

Kambing kepala dua jadi tumpuan


GAMBAR menunjukkan kambing kepala dua di Lumajang, Indonesia.

LUMAJANG, Indonesia - Seekor anak kambing berkepala dua milik seorang penduduk di sini, Muhammad Hasyim yang berumur 25 tahun menjadi tumpuan orang ramai yang sanggup pergi ke rumahnya untuk melihat haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.Kambing betina berwarna putih yang diberi nama Melati itu dilahirkan oleh ibunya kelmarin dan mempunyai empat mata dan dua telinga.Menurut Muhammad, semasa dilahirkan, ibu kambing itu berteriak dan meronta tanpa henti sehingga menyebabkan badannya kejang.Dia berkata, selain Melati, ibu kambing itu turut melahirkan seekor anak kambing jantan yang mempunyai tubuh normal."Alhamdulillah, kambing saya masih lagi hidup," kata Muhammad yang memberitahu bahawa dia memberi haiwan itu minuman susu segar.Menurutnya, kambing itu akan mengamuk jika ia diletakkan berjauhan dengan ibunya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO

TAJUK:Guru berbogel untuk laman lucah




WELLINGTON - Seorang guru New Zealand, Rachel Whitwell (gambar) bakal berdepan tindakan disiplin selepas dia muncul di dalam laman web sebuah majalah bogel, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Otara, utara Auckland kini disiasat oleh Majlis Guru New Zealand setelah gambar-gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan.Whitwell menggunakan nama manja Lexy dan sebanyak enam keping gambar yang menunjukkan dia dalam keadaan mengghairahkan disiarkan dalam laman itu."Saya berusia 26 tahun ialah seorang guru yang masih bujang dan berasal dari New Zealand serta berhasrat untuk menyertai bidang model," katanya dalam laman tersebut.Guru itu turut mendakwa pernah menulis beberapa buah cerita lucah untuk sebuah majalah bogel dan mengendalikan sebuah studio tarian tiang miliknya.Pengarah Majlis Guru New Zealand, Peter Lind berkata, Whitewell masih merupakan seorang guru yang berdaftar sehingga September 2011.Namun, dia kini bercuti mengajar dengan alasan untuk membesarkan seorang anak perempuannya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
TAJUK:KAWAH MISTERI


BEBERAPA penduduk semalam menyaksikan satu kawah yang terbentuk dipercayai akibat hentaman tahi bintang di sebuah padang dekat Mazsalaca, Latvia.




RIGA, Latvia - Penduduk di utara Latvia gempar apabila sebuah kawah besar terbentuk dipercayai akibat dihentam sebutir tahi bintang lewat kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.Kejadian itu berlaku dekat sebuah rumah ladang dekat bandar Mazsalaca dalam daerah Valmiera berhampiran dengan sempadan Estonia, 798 kilometer ke tenggara Moscow, Rusia.Ia menghasilkan kawah sedalam lima meter dan selebar 15 meter, namun saksi-saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti sebuah pesawat terbang yang rendah sebelum kawah tersebut terbentuk.Seorang jurucakap perkhidmatan bomba Latvia berkata, satu unit pengesan kimia dari pasukan tentera telah menguji kesan objek tersebut dan mendapati paras radiasi masih normal.Anggota polis membuat kepungan di sekitar kawasan tersebut sementara menunggu pakar geologi dari Universiti Latvia tiba bagi mengesahkan sama ada objek itu ialah tahi bintang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO

TAJUK:Forensik dianggap ilmu hitam



EMPAT anggota keselamatan semalam mengusung mayat di lokasi kejadian pengebom berani mati yang berlaku di Baghdad kelmarin.


BAGHDAD - Ketika sains forensik masih dianggap 'ilmu hitam' oleh kebanyakan anggota polis Iraq, saintis-saintis negara itu pula berusaha menajamkan kemahiran menganalisis data daripada lokasi jenayah bagi membendung serangan keganasan termasuk pengeboman besar-besaran di Baghdad.Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya menyediakan petugas forensik bagi membantu pasukan penyiasat Iraq selepas dua serangan pengebom berani mati berlaku di pusat bandar Baghdad kelmarin yang membunuh kira-kira 155 orang."Kami masih perlu membuat penerangan mengenai pentingnya untuk mencari bukti biologi kepada pasukan penyiasat dan hakim," kata seorang pegawai Unit Siasatan Lokasi Jenayah (CSI) di Baghdad, Raed Adnan."Saya akan gembira apabila bukti forensik sedia diterima oleh mereka kerana tiada seorang individu yang memiliki polar genetik sama."Namun, mereka tidak yakin dan menyatakan bahawa bukti forensik merupakan ilmu hitam," tambahnya.Makmal-makmal CSI baru yang terletak di kompleks akademi polis di Baghdad dilengkapi teknologi tercanggih untuk memeriksa asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, bahan letupan, senjata api dan wang palsu.Matlamat penubuhan makmal itu adalah untuk membina bank DNA berdasarkan sampel darah, air liur dan lain-lain di samping mengumpul bukti melalui kaedah saintifik dan tidak bergantung kepada pengakuan suspek seperti yang berlaku sekarang.Seorang lagi pegawai CSI Iraq, Leftenan Ali Hassan memberitahu, mereka memerlukan masa di antara empat hingga lima tahun lagi bagi memperoleh kemahiran bagi menjejaki negara pembekal bahan letupan yang dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan keganasan.- AFP
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO











Read more...

Bunuh kambing dengan renungan mata


SATU adegan filem The Men Who Stares At Goats menunjukkan Clooney (kiri) menggunakan matanya untuk membunuh seekor kambing.



LONDON - Ramai menyangka Projek Jedi yang dipaparkan menerusi filem terbaru The Men Who Stare At Goats lakonan George Clooney yang membunuh seekor kambing dengan menggunakan kuasa matanya merupakan imaginasi seorang penulis skrip Hollywood.
Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bahawa tidak ramai yang mengetahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada projek sulit tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.
Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa psikik bagi merevolusi kaedah peperangan.
Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera 'ajaib' yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.
"Anda perlu sedar bahawa idea ini tidak dianggap mengarut oleh pihak tentera," kata seorang anggota pasukan khas yang terlibat dalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton.
Menurutnya, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa psikik bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.
Ketaksuban penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih 40 institut paranormal negara itu.
"Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru teknologi ketenteraan. Kita perlu mengetahui sama ada kuasa minda boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan selain mencari cara untuk melindungi diri jika diserang mereka (Rusia)," tambahnya.
Sejak beberapa dekad lalu dunia dikejutkan dengan beberapa demonstrasi kuasa minda luar biasa terutamanya oleh pengamal magis dari India, Yusultini yang mengapungkan diri wanita ke udara pada tahun 1950-an. - Agensi

NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO




TAJUK:BUDAK TERKUAT DUNIA







ROM - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Giuliano Stroe (gambar) menarik perhatian ramai apabila mampu melakukan pelbagai aksi lagak ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.Pada awal tahun ini, dia berjaya memikat panel hakimGuinness World Recordsketika mengadakan persembahan berbahaya untuk satu program televisyen Itali.Dalam persembahan itu, dia membuat aksi berdiri dalam keadaan terbalik.Dia berjalan dalam keadaan terbalik sejauh 10 meter dengan sebiji bola diapit oleh kedua-dua kakinya.Giuliano menetap di Itali bersama keluarganya yang berasal dari Romania dan mencipta rekod dunia sebagai manusia paling kuat dalam usia muda iaitu semasa berumur empat tahun.Bapanya, Iulian Stroe, 33, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu memiliki susuk tubuh seperti seorang ahli bina badan dan turut diberi gelaran sebagai Hulk Hogan yang merupakan penggusti terkenal."Dia sering mengikuti saya ke gimnasium dan saya membawanya namun dia dilarang berlatih berseorangan," katanya.Giuliano kini menjadi perhatian ratusan ribu pengunjung laman perkongsian YouTube yang menyaksikan rakaman dia berlatih dan melakukan aktiviti lagak ngeri.Walaupun popular, jika tiada latihan angkat berat, Giuliano masih seperti kanak-kanak normal lain yang suka melukis, menonton kartun dan gembira bermain di padang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO

TAJUK:Misteri gadis hilang ingatan di New York



NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) merayu orang ramai agar tampil memberikan maklumat bagi membantu mengenal pasti identiti seorang remaja perempuan yang hilang ingatan sejak dua minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.Remaja yang digelar 'Jane Doe' itu kini berada dalam jagaan pihak berkuasa bandar raya New York selepas polis menemuinya bersendirian berhampiran sebuah stesen bas di sini, pada pukul 12.30 pagi waktu tempatan, 9 Oktober lepas.Ketika ditemui, dia tidak memiliki kad pengenalan diri selain tidak dapat mengingati nama, alamat atau ahli keluarganya manakala pemeriksaan cap jari turut gagal mengesan identitinya.Ketika ditemui Jane Doe cuma dia dapat mengingati dengan lancar petikan ayat sebuah novel fantasi popular, Fool's Fate yang diterbitkan pada 2003.."Saya mahu mengetahui siapakah saya yang sebenarnya dan apakah yang berlaku kepada saya," remaja yang dianggarkan berusia di antara 14 hingga 17 tahun itu dipetik sebagai berkata.Beberapa pegawai memberitahu, gadis berambut perang dan bersuara lembut itu sudah diperiksa oleh beberapa pakar polis dan psikiatri dan mereka mendapati dia tidak berbohong berhubung keadaan dirinya.Pada satu ketika, gadis itu menulis nama Amber dan menyahut apabila dipanggil dengan nama tersebut.Namun, dia tidak pasti sama ada Amber merupakan namanya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO



TAJUK:Kembar labah-labah tumpuan sarkas





JAMUNA (kiri) dan Ganga melakukan aksi labah-labah dalam satu pertunjukan sarkas di Kolkata, India baru-baru ini.


SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah' menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat."Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO





TAJUK:Britain miliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa



SEORANG anggota polis menahan penunjuk perasaan di London baru-baru ini. - Gambar hiasan

BRITAIN memiliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa yang bertanggungjawab melakukan puluhan ribu kes jenayah pada setiap tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Laporan itu yang memetik kajian Jabatan Dalam Negeri Britain menyatakan, angka mengejutkan itu merupakan pertambahan sejumlah 410,000 orang penjenayah aktif berbanding tempoh sebelumnya.Mereka bertanggungjawab mencetuskan banyak penderitaan terhadap orang ramai dengan melakukan pelbagai jenayah terutama menyamun, merompak dan mencuri.Malah, semua penjenayah tegar itu menyebabkan kerugian wang dan harta benda terkumpul mencecah £105 bilion (RM582.6 bilion) sepanjang kerjaya mereka."Hasil kajian itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa hanya seorang daripada setiap 20 penjenayah aktif di Britain, berada dalam penjara," kata seorang penyelidik jenayah, Max Chambers.Menurutnya, jumlah penjenayah yang berjaya dipenjarakan setakat akhir Jun tahun ini hanya 83,450 orang. - Agensi

NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO













Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP