Pages

Tuesday, July 21, 2009

AKSI UNIK PELAGAK NGERI

AKSI UNIK PELAGAK NGERI

LONDON-Pelagak ngeri dari Australia , Robbie Maddison menggunakan penggunakan unik apabila dia membuat lompatan dengan menggunakan motosikal ketika menyeberangi Tower Bridge, lapor sebuah akhbar semalam.Ketika bahagian tengah jambatan itu terangkat , Maddison yang berumur 27 tahun melakukan aksi dengan memusingkan motosikalnya sewaktu berada di udara.Dia membuat aksi itu pada 2.55 pada waktu tempatan.Menurutnya , dia sudah merancang untuk melakukan aksi itu pada tahun lalu. “Ia merupakan satu perasaan yang menakjubkan untuk terbang antara dua menara jambatan itu dan menyeberangi Sungai Thames. :Orang menyatakan saya seorang yang gila tetapi saya mahu melangkaui sempadan sukan dan saya suka menyahut cabaran besar,” katanya.Dia tidak mengalami sebarang kecederaan ketika membuat aksi itu.

SSM10087

SSM10088

No comments:

Post a Comment