NASA 'letupkan' bulan hari ini
LAKARAN
imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan berpisah
dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).
WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di
seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan
Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan
bulan hari ini.
Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi
kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa
peninjau.
Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub
Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.
Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan
bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu
yang terbentuk.
Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi
sebelum melakukan rempuhan yang kedua.
Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz
padang bola sepak terbentuk.
Orang ramai boleh menyaksikan peristiwa bersejarah itu secara
dalam talian dengan melawat laman web televisyen NASA.
"Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup
tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi," kata pegawai pengendali
LCROSS, Brian Day.
Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik
ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena
pancaran matahari.
Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui
teleskop gergasi dari bumi.
"Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu
kami akan menemuinya," kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony
Colaprete.
Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan
mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan
penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan
kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. – Agensi
BUDAPEST - Pertandingan ratu
cantik lazimnya mencari wanita yang jelita namun sebuah syarikat di sini
menganjurkan pertandingan mencari ratu plastik di Hungary , lapor sebuah akhbar
semalam.
'Pondan' belasah samseng mabuk
Lurwell dan
Lilley(kanan)
SWANSEA, England - Dua
lelaki berpakaian wanita yang membelasah sehingga lembik dua samseng yang
menyerang mereka kelmarin tidak disangkal lagi memiliki tubuh yang sasa, lapor
sebuah akhbar semalam.
Walaupun berpakaian
wanita dan bermekap, Daniel Lurwell dan James Lilley bukan pondan seperti
sangkaan dua samseng itu, Dean Gardener dan Jason Fender, masing-masing berumur
19 serta 22 tahun semasa mereka cuba membelasah kedua-duanya.
Kedua-dua samseng itu
tidak menyangka bahawa Lurwell, 23, dan Lilley, 22, sebenarnya ialah ahli gusti
kurungan profesional Britain yang popular dengan gelaran Lionheart dan Lights
Out.
Menurut dua ahli gusti
itu, mereka keluar menghadiri satu parti bujang dengan memakai pakaian wanita
di sini apabila dua samseng yang mabuk itu tiba-tiba muncul dan menghamburkan
kata-kata kesat.
"Salah seorang
daripada mereka mengejek saya dengan menyatakan, cantik baju awak dan budak gay
sebelum menumbuk saya," kata Lilley.
"Beberapa saat kemudian,
saya membelasah kedua-dua samseng itu sehingga mereka rebah ke lantai,"
tambah ahli gusti itu.
Dua samseng itu yang
ditangkap berpandukan imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengaku
bersalah kerana berkelakuan agresif sebelum dihukum melakukan kerja komuniti
selama empat bulan oleh hakim, memakai tag elektronik dan dikenakan perintah
berkurung. - Agensi
Pertandingan ratu cantik plastik
Peserta-peserta itu
merupakan pesakit beberapa pakar bedah. Mereka perlu menunjukkan apa sahaja
aset plastik termasuk payu dara, hasil sedut lemak dan pemindahan rambut.
Sekumpulan hakim
pertandingan bukan sahaja menilai prestasi semasa hari pertandingan malah
mereka akan turut memeriksa rekod perubatan peserta.
Namun, pertandingan yang
bermula hari ini di sini turut mencetuskan ketegangan berikutan beberapa
insiden di belakang tabir.
"Saya akan menyaman
pembekal rambut kerana bahan yang mereka bekalkan terbakar ketika ia
diwarnakan.
"Nasib baik ia
terbakar sebelum dipasang ke kepala saya," kata seorang peserta, Alexandra
Horvath.
Pihak penganjur berkata,
acara itu membenarkan peserta berumur 19 hingga 38 menyertainya bagi meraikan
kecantikan tubuh baru mereka. - Agensi



No comments:
Post a Comment