Pages

Sunday, January 24, 2010

Kembar berkongsi jantung sedia dibedah


DUNIA


Kembar berkongsi jantung sedia dibedah


GAMBAR fail menunjukkan Taylor (kiri) dan Emma bermain di sebuah padang di Queen Creek, Arizona pada 13 Mac tahun lalu.


MESA - Keluarga sepasang bayi kembar siam perempuan Amerika Syarikat (AS), Emma dan Taylor Bailey kini bersedia menghadapi apa jua kemungkinan selepas anak mereka itu dipisah menerusi pembedahan pemisahan dan pemindahan jantung.
Kembar siam itu bersambung pada bahagian dada dan berkongsi hati serta jantung semasa dilahirkan.
Pakar-pakar perubatan meramalkan Emma dan Taylor akan meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan tetapi mereka melangkaui ramalan apabila terus hidup selama dua tahun sebelum mengalami masalah jantung baru-baru ini.
Kini sepasukan pakar bedah Hospital Kanak-Kanak Seattle yakin pembedahan pemisahan itu boleh berjaya walaupun mereka belum pernah melakukan pembedahan pemisahan kembar siam yang berkongsi jantung.
Emma dan Taylor sebelum ini telah menjalani dua pembedahan persediaan dan perlu menjalani beberapa prosedur pembedahan sehingga akhir tahun ini sebelum boleh menjalani pembedahan utama itu.
"Kami menerima takdir dengan tenang. Kami memahami risiko pembedahan itu. Kami berdepan risiko lebih buruk jika cuma berpeluk tubuh," kata ibu mereka, Mandy Bailey.
Keluarga berkenaan sedang melakukan persiapan untuk mengadakan larian amal pada bulan depan setelah acara sama tahun lalu berjaya menarik penyertaan 1,000 pelari serta kehadiran 5,000 penonton. - AP
Nota:sumber berita kosmo

No comments:

Post a Comment