DUNIA

ROZ SAVAGE mendayung perahunya ke Pelabuhan Madang, Papua New Guinea semalam.
SYDNEY – Kira-kira 5,000 pengunjung semalam memberikan penghormatan kepada warga Britain berusia 42 tahun, Roz Savage semasa dia tiba di Papua New Guinea sekali gus menjadi wanita pertama yang mendayung sebuah perahu melintasi Lautan Pasifik.
Pengunjung itu berkumpul di pelabuhan Madang di Papua New Guinea bagi meraikan ketibaan Savage manakala sejumlah penduduk kampung mendayung 100 buah kenu mengiringi perahu wanita berkenaan.
“Saya rasa seperti seorang bintang rock,” kata Savage kepada radio Australia, ABC.
Savage memulakan perjalanan dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Mei 2008 dan meredah laluan sejauh 4,800 kilometer ke Hawaii dalam tempoh 99 hari.
Pada pusingan kedua, dia berdayung dari Hawaii ke Tuvalu dan sering mengalami masalah bekalan makanan sebelum tiba di Kiribati selepas berada selama 104 hari di laut.
Perjalanan terakhir melibatkan masa selama 48 hari yang memaksanya berdepan cuaca buruk, menyelam dan hampir kehilangan perahu. – AFP
Sumber:Dipetik Dari Berita Kosmo Online
No comments:
Post a Comment