DUNIA
![]() |
|
HATICE KOCAMAN
|
ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman menyatakan
perasaan gembiranya selepas dinobatkan sebagai wanita paling rendah di
dunia pada awal tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam."Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan
mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 sentimeter dan seberat 6.8
kilogram (kg).
Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki berkata,
semasa di zaman kanak-kanak, dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan
sekolah kerana ketinggiannya."Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi
terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.
Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun.Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia
berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut.Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian
anak mereka terhenti. - Agensi
Sumber:Kosmo online

No comments:
Post a Comment