Tetap gembira walaupun tanpa kaki dan tangan.
>> Sunday, August 30, 2009
Tetap gembira walaupun tanpa kaki dan tangan.
MELBOURNE – Keadaan Nick Vujicic yang lahir tanpa tangan dan kaki sangat menyerikan malah ibu bapanya sendiri tidak sanggup melihatnya lapor sebuah akbar semalam.Bapa Vujicic muntah sebaik keluar dari bilik bersalin manakala ibunya tidak memegangnya sehingga dia berumur empat bulan.Vujicic mengalami tekanan perasaan malah dia pernah cuba melemaskan diri dalam bilik air ketika berumur sepuluh tahun kerana tidak tahan diejek dan dibuli disekolah.Namun Vujicic yang kini berusia 26 tahun menikmati setiap perkara yang dilakukannya seperti bermain bola sepak,berenang,meluncur air dan bermain golf.
“Saya boleh berenang kerana 80 peratus badan saya ialah paru-paru.Saya memiliki satu kaki kecil yang membolehkan saya bergerak dan berenang.”Kata Vujicic.Katanya,dia mendapat inpirasi setelah mendapat satu artikel mengenai seorang lelaki cacat yang berupaya mencapai apa yang dikehendakinyaGraduan ijazah Pengurusan Kewangan dan Hartanah itu kini sudah mengembara ke 24 negara dan memberi motivasi kepada lebih 100,00 peserta.Vujicic yang menerima Anugerah Warga Muda Australia pada 1990 mendakwah dia sudah mempunyai teman wanita tetapi berhasrat untuk mengekalkan status teruna sehingga dia berkahwin kelak.- Agensi