SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Showing posts with label Dipetik dari akbar kosmo. Show all posts
Showing posts with label Dipetik dari akbar kosmo. Show all posts

Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin

>> Sunday, April 22, 2012


DUNIA



Chandra BAHADUR DANGI (kiri) duduk di sebelah seorang kanak-kanak di daerah Jhapa, Nepal pada 6 Februari lalu.



SURUNGA, Nepal - Seorang warga emas yang didakwa lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi menyatakan, dia berharap kehidupannya menjadi lebih baik selepas mendapat pengesahanGuinness World Records.
Dangi mendakwa dia memiliki ketinggian cuma 56 sentimeter (sm) dengan berat badan hanya 12 kilogram.
Pada minggu ini, sepasukan pegawai Guinness World Records dijangka tiba di kampung halaman Dangi di Purandhara, selatan Nepal bagi mengukur ketinggian lelaki berusia 72 tahun itu.
Dalam wawancara pertama bersama agensi berita AFP, Dangi berkata, pengesahan Guinness World Records amat bermakna buat dirinya selepas dia hidup susah selama bertahun-tahun.
"Saya percaya hidup saya akan menjadi lebih baik. Saya berharap saya akan menjadi terkenal di seluruh dunia," kata Dangi ketika ditemui pada satu acara keagamaan di Surunga, bandar yang terletak di tebing sungai Kankai, 280 kilometer ke tenggara ibu kota Nepal, Kathmandu.
"Saya mahu melawat negara-negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia."
Dangi yang memiliki lima adik-beradik yang mempunyai ketinggian normal kini menjalani kehidupan sebagai pesara.
Menurutnya, dia belum pernah bercinta dan masih belum berumah tangga.
"Saya pendek sejak zaman kanak-kanak. Justeru, saya tidak dapat mencari seorang wanita untuk berkahwin semasa saya muda. Kemudian saya meninggalkan terus idea mengenai perkahwinan.
"Pada peringkat umur ini, saya tidak berminat untuk berkahwin lagi," katanya.
Punca dia tidak membesar masih lagi menjadi misteri walaupun ramai pemegang gelaran lelaki terpendek dunia sebelum ini disahkan menghidap sindrom pembesaran terbantut yang mempunyai tanda-tanda sejak dalam rahim ibu lagi.
Dangi menyatakan, beberapa saudaranya akan mengaraknya pada festival semasa dia masih muda.
Menurutnya, dia tidak berkongsi sebarang bayaran yang diperoleh daripada saudaranya itu.
"Mereka melayan saya sebagai alat permainan," katanya kepada akhbar Republica.
Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sm.
Namun, jika dakwaan Dangi disahkan, dia bukan sahaja merampas gelaran Balawing tetapi turut diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia yang pernah direkodkan.
Seorang lagi rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar memegang rekod sebagai lelaki paling pendek di dunia selama setahun ketinggiannya dengan 67sm pada 2010.
Magar muncul di televisyen di Eropah dan di Amerika Syarikat selain menjadi duta pelancongan Nepal.
- Agensi

Sumber:berita:kosmo online

Read more...

Isteri bakar kemaluan suami dibicara Januari

>> Saturday, December 12, 2009



ADELAIDE - Seorang isteri di Australia yang membakar kemaluan suaminya gara-gara cemburu akan didakwa pada Januari depan kerana membunuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Tertuduh iaitu Rajini Narayan, 44, (gambar) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide pada Jumaat lepas kerana tuduhan membunuh, membakar dan membahayakan nyawa.
Rajini yang juga ibu kepada tiga anak membakar zakar suaminya, Satish Narayan pada Disember tahun lalu.
Satish melecur teruk dan meninggal dunia beberapa minggu kemudian manakala rumah keluarga berkenaan turut rosak dan memerlukan kos $1 juta dolar Australia (RM3 juta) untuk dibaiki.
"Saya merupakan seorang isteri yang cemburu. Zakar suami saya hanya milik untuk saya seorang," tertuduh dilaporkan memberitahu jirannya selepas kejadian tersebut. - Agensi

Read more...

KELAPA KEMBAR BAU WANGI

>> Wednesday, April 1, 2009


PETALING JAYA – kelapa kembar berbau wangi bak bunga melor.Bunyinya agak aneh tetapi itulah hakikatnya pada buah kelapa yang ditemui oleh dua orang peniaga yang menguruskan kedai menjual buah-buahan dan santan ditaman medan dekat taman Dato’Haron disini.Suhaimi mohd nor, 36 yang sudah tiga tahun berniaga disitu dan pernah bekerja mengopek kelapa dibagan Datoh,perak,berkata,”dea tidak pernah mendengar atau terjumpa dengan kelapa sedemikian rupa.”Jumaat lalu,seperti biasa abang ipar saya membelah stock kelapa untuk dikisar,barulah dia perasan yang kelapa itu kembar.”Bila kami berdua lihat dekat-dekat,bukan hanya kembar,malah ia mengeluarkan bau yang sangat wangi macam bau bunga melor.Kami pun simpan dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk,”katanya sambil memberitahu akan menyimpan kelapa itu kerana ia boleh dijadikan minyak

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP