SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Lelaki kahwin empat wanita serentak

>> Wednesday, September 30, 2009





JOHANNESBURG - Seorang lelaki keturunan Zulu di Afrika Selatan berkahwin dengan empat wanita serentak dengan alasan untuk menjimatkan wang dan mengelakkan penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.Lelaki itu, Milton Mbhele, 44, memutuskan berkahwin empat wanita serentak sebagai tanda cinta kepada isterinya."Ini merupakan hari yang paling saya tunggu sepanjang hidup saya," kata Mbhele sebelum membuat ikrar perkahwinan.Mbhele memakai sut putih dan empat isterinya yang memakai gaun warna yang sama dengan suaminya itu tiba pada majlis perkahwinan dengan menggunakan limousin pada Jumaat lalu.Dia yang bekerja sebagai pengurus di Majlis Perbandaran Indaka mempunyai 10 anak iaitu tujuh daripada empat isterinya dan tiga menerusi perkahwinan sebelumnya."Saya berasa bangga dengan amalan poligami yang diamalkan oleh kaum Zulu. Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan orang lain," katanya.Majlis perkahwinannya dihadiri oleh 500 orang. - AFP      
Amalan poligami adalah dibenarkan di bawah undang-undang Afrika Selatan.Sebanyak lapan ekor lembu disembelih dan kemudian dihidangkan pada satu majlis jamuan di rumah pengantin lelaki itu semalam. - AFP


Emej raksasa misteri dirakam





DUBLIN - Saintis British percaya mereka telah menemui seekor raksasa misteri yang mendiami sebuah tasik di Taman Negara Killarney di barat daya Ireland, lapor sebuah akhbar semalam.
Makhluk gergasi itu dijumpai oleh Jonathan Downes, 50, yang merupakan Pengarah Pusat Zoologi Fortean di Devon, England ketika bercuti bersama isteri di Tasik Killarney pada minggu lalu.
Ia dilihat di Upper Lake, salah satu daripada tiga tasik di kawasan itu dan Downes bersama seorang rakannya secara kebetulan merakamkan kelibat raksasa itu bergerak.
Misteri makhluk itu pernah didedahkan beberapa tahun lalu oleh saintis yang menemui rakaman sonar menunjukkan satu lembaga besar di Muckross Lake, tasik terbesar di taman itu.
Menurutnya, dia melihat satu leher panjang dan badannya yang berbonggol di tasik itu.
Downes yang merupakan pengkaji spesies haiwan aneh menggambarkan makhluk tersebut seperti belut dengan leher kurus dan mungkin setinggi tiga meter.
Timbalan Pengurus Wilayah Perkhidmatan Mergastua dan Taman Negara, Pat Foley berkata, penemuan makhluk itu pernah direkodkan enam tahun lalu di Muckross Lake. - Agensi



Bukan tengkorak Hitler


GAMBAR menunjukkan tengkorak yang disangka Hitler sebenarnya milik seorang wanita.


HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Bekas pemimpin Jerman yang terkenal kerana misi menakluk dunia dan menghapuskan kaum Yahudi, Adolf Hitler dipercayai tidak menembak dirinya di kepala atau mati di dalam sebuah kubu bawah tanah seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah, lapor sebuah akhbar semalam.
Hitler yang menjadi Canselor Jerman pada 1933 mencatat sejarah kerana memulakan Perang Dunia Kedua dengan menyerang Poland pada 1 September 1939 selain kekejamannya kerana mengarahkan pembunuhan berjuta-juta orang Yahudi.
Sebelum ini, ahli sejarah dan saintis menyatakan bahawa Hitler menembak dirinya selepas mengambil pil beracun sianida bersama isterinya, Eva Braun di sebuah kubu bawah tanah di Berlin menjelang kekalahan Jerman pada 30 April 1945 bagi mengelak dia ditangkap tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS).
Beberapa saksi menyatakan, mayat Hitler dan Braun dibalut dengan beberapa helai selimut sebelum dibawa ke sebuah taman di luar kubu bawah tanah itu untuk dibakar di sebuah lubang.
Namun, setahun kemudian, askar-askar Rusia menggali semula lubang itu dan menemui satu serpihan tengkorak berlubang akibat ditembusi sebutir peluru yang dipercayai milik pemimpin Nazi itu.


GAMBAR fail menunjukkan Hitler bersama isterinya, Braun.

Serpihan tengkorak Hitler itu kemudian disimpan agensi perisikan Kesatuan Soviet selama beberapa dekad sebelum dipamerkan di Arkib Negara Rusia, Moscow sejak 2000.
Namun, fakta sejarah tersebut kini dipertikai.
Ia berikutan hasil penyelidikan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh sekumpulan penyelidik AS yang diketuai pakar arkeologi University Connecticut, Nick Bellantoni mendapati serpihan itu bukan tengkorak Hitler.
"Susulan ujian DNA, kami mendapati serpihan tengkorak itu milik seorang wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun," kata Bellantoni.
Menurutnya, Hilter berusia 56 tahun pada 1945 manakala usia Braun pula ialah 33 tahun.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada serpihan tengkorak itu milik Braun atau wanita lain manakala cara Hitler menemui ajalnya masih menjadi misteri. - Agensi

NOTA:Dipetik dari berita kosmo!

Read more...

BERITA DIPETIK DARI BERITA KOSMO

bayi paling berat di Indonesia




BAYI paling berat di Indonesia (kanan) menangis di sebelah bayi normal di sebuah hospital di Medan, Sumatera Utara semalam.





JAKARTA - Seorang wanita Indonesia melahirkan bayi lelaki seberat 8.7 kilogram (kg) iaitu yang terberat pernah dicatatkan di negara itu, kata seorang doktor semalam.
Bayi yang masih belum diberi nama itu mempunyai ketinggian 62 sentimeter dan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean kelmarin di sebuah hospital awam di wilayah Sumatera Utara.
"Pembedahan itu sukar kerana bayi itu amat berat terutama ketika proses untuk membawanya keluar dari rahim ibu.
"Kakinya amat besar," kata Dr. Binsar Sitanggang yang mengambil bahagian dalam pembedahan itu.
Bayi itu berada dalam keadaan sihat walaupun pada mulanya diberikan oksigen bagi mengatasi masalah pernafasannya, tambahnya.
"Dia (bayi itu) mempunyai selera makan yang besar. "Pada setiap minit dia hampir tidak berhenti untuk minum susu.
"Bayi ini amat luar biasa. Cara dia menangis tidak seperti bayi normal. Ia amat kuat," kata Dr. Binsar.
Menurutnya, berat badan luar biasa itu mungkin disebabkan oleh ibunya, Ani yang berumur 41 tahun mempunyai penyakit diabetes. - AFP







Kucing 9.98kg




SEORANG jururawat haiwan memegang Socrates yang seberat 9.98 kilogram




NORTH SHEILDS, England - Seekor kucing yang diberi nama Socrates oleh pemiliknya, Bill Duncan menjalani diet bagi mengurangkan berat badannya yang seberat 9.98 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.Berat badan itu menyebabkan kucing itu tidak dapat bergerak kemungkinan kerana kegemarannya makan keju dan kerepek.Namun, kini kucing yang berusia lima tahun itu dipilih untuk menjadi salah seekor finalis dalam pertandingan diet Kelab Sihat Haiwan anjuran sebuah agensi perlindungan haiwan.Cuma tinggal 100 hari lagi untuk mencapai sasaran berat badan 4.5 kilogram, ia mendapat diet makanan yang merupakan separuh daripada yang dimakannya sebelum ini."Disebabkan oleh bulunya yang panjang, saya tidak mengetahui berat badannya," kata pemiliknya di sini."Apabila saya memberinya makan, kucing itu kini merungut dan melihat ke arah saya seperti bertanya di manakah baki makanan yang lain," tambahnya.- Agensi





Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?






GAMBAR menunjukkan makhluk asing yang masih hidup pada Mei 1997 di sebuah ladang di Metepec, Mexico.





METEPEC, Mexico - Adakah terdapat abang bayi makhluk asing yang ditemui di Mexico tinggal di kalangan manusia?
Sebelum ini, seorang petani menemui bayi makhluk asing itu yang kelihatan seperti cicak, berekor, bergigi dan mempunyai kepala pada 1997 sebelum membunuhnya.
Bangkai bayi makhluk asing tersebut kemudian dikaji oleh saintis-saintis selama dua tahun dan semua ujian untuk menghasilkan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan ganjil itu menemui kegagalan.
Makhluk itu mempunyai ciri-ciri haiwan reptilia seperti giginya.
Namun, makhluk itu turut mempunyai ciri-ciri manusia seperti sendi dan telinga.
Seorang wartawan sebuah akhbar, Michael Remke pergi ke Metepec untuk melihat bangkai bayi makhluk itu.
"Matanya menyeramkan," katanya.
Namun, seorang pekerja, Francisco Garcia menyatakan dia melihat satu lagi makhluk seperti itu.
"Saya melihat makhluk asing kedua yang masih hidup. Ia seorang jantan setinggi kira-kira 70 sentimeter. Saya melihatnya menyusup keluar dari sebuah pintu ladang dan kemudian melarikan diri," katanya.
Adakah makhluk itu menyembunyikan diri di kawasan itu atau sudah pergi ke bandar raya Mexico yang sejauh 65 kilometer dari sini? - Agensi




Tinggal dalam terowong di Las Vegas




STEVEN dan Kathryn tinggal dalam terowong bawah tanah di Las Vegas.


LAS VEGAS - Satu pasangan kekasih, Steven dan Kathryn tinggal dalam terowong banjir yang kotor di bawah tanah bandar raya Las Vegas di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Steven dan Kathryn tidak bekerja tetapi mereka merayau-rayau di kasino yang banyak terdapat di Las Vegas dengan harapan akan menemui wang yang ditinggalkan oleh penjudi mabuk di mesin-mesin perjudian.
Walaupun berdepan dengan risiko penyakit, ancaman labah-labah dan banjir, kebanyakan penghuni terowong itu mempunyai perabot dan pelbagai perhiasan lain.
Steven berpindah ke terowong itu dua tahun lalu selepas dia kehilangan kerja sebagai kakitangan sebuah hotel kerana masalah heroin.
"Kami pernah menemui wang sebanyak AS$997 (RM3,455) di dalam satu mesin perjudian. Saya turut menemui wang berjumlah AS$500 (RM1,733) beberapa kali," kata Steven.
Satu lagi pasangan, Amy dan JR tinggal di terowong itu dengan harapan untuk mencari pekerjaan di Las Vegas.
"Saya mempunyai sejumlah buku, pemain cakera padat dan pakaian serta gambar anak saya yang telah meninggal dunia 11 tahun lalu," kata Amy.
Menurutnya, walaupun berdepan dengan ancaman labah-labah dan banjir, terowong itu merupakan tempat terbaik untuk dijadikan tempat tinggal untuk golongan tidak berumah.- Agensi




Anak panah tertusuk pada tubuh budak




GAMBAR menunjukkan tubuh belakang Tian ditusuk anak panah.


BEIJING - Seorang budak yang berumur dua tahun semakin pulih selepas tubuh belakangnya terkena sebilah anak panah akibat perbuatan jirannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak itu, Tian Tian sedang bermain di perkarangan rumah keluarganya di China apabila dia terkena anak panah di bahagian belakang badannya di Nanyang.
Menurut neneknya, Yi Tsou: "Dia menjerit dan saya kemudian melihat anak panah itu tertusuk di belakang tubuhnya. Saya hampir pengsan."
Anggota-anggota perubatannya kemudian menarik anak panah itu dan mereka kini menunggu sama ada ia menyebabkan kerosakan pada tulang belakangnya.
Menurut polis, jiran keluarga Tian itu berdepan dengan hukuman tujuh tahun penjara kerana mencederakan seorang budak.
- Agensi  
Nota:berita pelik-pelik ini dipetik dari berita kosmo!



Read more...

udins bersama adik sepupu

>> Saturday, September 19, 2009



Asalamualaikum...selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari saya udins dan adik-adik sepupu di shah alam selangor kepada semua member disabah yang mengenali kami.


Read more...

Banduan trauma hukuman mati gagal

kosmo 18 september 2009
COLUMBUS - Seorang banduan, Romell Broom mengalami trauma berikutan hukuman mati melalui suntikan maut gagal dilaksanakan walaupun pihak penjara di sini berusaha memasukkan jarum ke lengannya selama dua jam.Peguamnya, Adele Shank berkata, usaha pihak berkuasa untuk mencuba sekali lagi pada minggu hadapan mungkin boleh membawa bencana.


"Prosedur hukuman mati itu tidak menjadi. Broom berjalan tanpa luka pada bahagian saluran darahnya," kata Shank.
Gabenor negeri Ohio, Ted Strickland membuat keputusan untuk menghentikan prodesur pada Selasa lalu dan menundanya selama seminggu.
Shank berkata, pihaknya memohon Strickland untuk menimbangkan belas kasihan terhadap hukuman Broom.
Strickland bagaimanapun berkata, beliau akan mengkaji kejadian itu dan merujuk kepada para pegawai penjara untuk menentukan langkah berikutnya.
Pasukan perubatan gagal mengekalkan pembukaan saluran darah berikutan penggunaan dadah lampau Broom.
Dia dijatuhi hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang gadis, Tryna Middleton, 14, selepas menculiknya di Cleveland pada September 1984. - AP



Kanggaru serang pejabat ahli psikologi


SYDNEY - Seorang ahli psikologi terpaksa diselamatkan dari pejabatnya sendiri selepas seekor kanggaru 'sesat' memecah masuk menerusi tingkap sebelum berlari sekeliling bilik.
Berikutan itu, Suzanne Habib meloncat-loncat di atas mejanya dalam pejabatnya di Atherton, Queensland, kata seorang rakannya, Tony Baddock.


"Suzanne hanya menjerit dan meloncat-loncat meminta pertolongan. Kanggaru itu berlari ke sana sini kerana ketakutan," kata Baddock.
Selepas enam mint, haiwan setinggi 1.5 meter itu meloncat ke bahagian utama.
Kata Baddock, dia terkejut mendapati haiwan itu berada di bandar kerana ia lebih suka mendiami kawasan belukar dan jauh daripada manusia.
Dalam kejadian lain pada Mac lalu, seorang tukang masak menjadi tajuk utama akhbar selepas dirakam bergusti dengan seekor kanggaru yang memecah masuk ke biliknya di Canberra.
Warga Switzerland, Beat Ettlin itu berkata, dia mengalami calar-calar di tangan dan punggung akibat bertarung dengan 'ninja gila' itu. - AFP



Read more...






VICTOR PEREZ menujukkan matanya yang pulih selepas menjalani pembedahan di Miami, Florida kelmarin.

kosmo 18 september 2009


MIAMI - Pancaindera seorang nenek buta berusia 60 tahun di Amerika Syarikat (AS) pulih selepas sepasukan doktor bedah menanam sebatang gigi dalam matanya sebagai tapak untuk meletakkan sebuah kanta plastik halus, kata sekumpulan doktor kelmarin.
Menurut Institut Mata Bascom Palmer, wanita berkenaan, Sharron Thornton, menjadi buta pada 2,000 akibat sejenis penyakit mata.
Pakar mata yang merawat Thornton, Victor Perez berkata, gigi itu ditanam ke dalam mata pesakit bagi memasak sekeping lensa bertujuan memulihkan penglihatannya.
Menurut pakar berkenaan, prosedur itu dilakukan apabila tubuh pesakit menolak pemindahan kornea atau penggunaan kornea palsu.
Prosedur menanam gigi pada mata itu dipelopori di Itali tetapi merupakan pembedahan yang pertama di AS.
Ia melibatkan pasukan perubatan mengambil satu gigi taring Thornton dan sedikit tulang sebelum mereka membuat lubang pada gigi itu untuk memasukkan satu kanta bulat.
"Kita tidak menghargai deria penglihatan kita tanpa menyedari bahawa kita mungkin kehilangan anugerah itu pada bila-bila masa," kata wanita itu.
"Pembedahan ini satu keajaiban," tambahnya.
Wanita itu dapat mengenali objek dan wajah beberapa jam selepas pembedahan manakala dua minggu kemudian dia sudah boleh membaca suratkhabar. - AFP


Read more...

Pemandu terbabas kerana terlalu ikut panduan GPS


kosmo 17 september 2009


YORKSHIRE - Seorang pemandu England, Robert Jones, 43, yang nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di tepi gaung telah didenda kerana memandu mengikut peta satelit sistem kedudukan global (GPS) sehingga memasuki jalan yang silap, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia didenda hampir £1,000 (RM5,800) oleh Mahkamah Majistret Calderdale kelmarin termasuk dikenakan enam mata penalti dalam kemalangan yang berlaku pada 22 Mac lalu di Watty Lane dekat Todmorden, West Yorkshire.
Jones menjadi pesalah pertama dihukum kerana memandu secara cuai akibat mengikut peta GPS namun mahkamah memutuskan kemalangan berlaku disebabkan dia memandu di lorong yang tidak sesuai untuk keretanya itu.
Pemandu berasal dari Doncaster, South Yorkshire itu menjelaskan dia sudah menggunakan sistem pengemudian satelit untuk kereta BMW miliknya sejak Disember 2008 dan tidak pernah mengalami sebarang kemalangan.
"Saya sudah memandu lebih 8,000 kilometer setiap minggu tanpa masalah.
"Hari itu saya mungkin bodoh kerana mengambil jalan yang silap tetapi saya memandu dengan penuh perhatian dan memohon maaf jika melakukan kesilapan," katanya. - Agensi





Polis siasat gajah baling batu





GAMBAR menunjukkan gajah yang didakwa membaling batu ke arah seorang wanita di sebuah zoo di Seoul.





SEOUL - Polis Korea Selatan sedang menyiasat seekor gajah yang didakwa menyerang seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Gajah berusia 35 tahun yang diberi nama Taesani didakwa membaling seketul batu ke arah seorang wanita di sebuah zoo di sini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Kim memberitahu polis, dia melawat sebuah zoo dekat sini pada Isnin lepas apabila gajah itu dilihat mengangkat seketul batu dengan belalainya.
Sejurus selepas dia berpaling ke arah lain, wanita itu terasa sakit apabila seketul batu mengenai belakang kepalanya.
Kim kemudian melaporkan kejadian itu di balai polis berdekatan yang terus bertindak melakukan siasatan.
Malangnya, kejadian itu berlaku di kawasan yang tidak memiliki pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) sekali gus menyukarkan polis mencari bukti dakwaan tersebut.
"Sukar untuk membuktikan dakwaan Kim bahawa gajah itu membaling batu ke arahnya kerana tiada saksi di tempat kejadian," kata sumber polis. - Agensi
Nota:dipetik dari berita kosmo

Read more...


MUKA makhluk asing yang ditemui di Panama.




BANDAR RAYA PANAMA - Sejumlah penduduk tempatan di bandar Cerrol Azul, Panama berada dalam ketakutan selepas satu makhluk asing keluar dari sebuah kawasan air terjun dan mengganggu sekumpulan remaja, lapor sebuah akhbar semalam.
Makhluk asing itu dilihat pada Sabtu lalu apabila empat remaja berumur 14 hingga 16 tahun bermain di satu kawasan air terjun.
Menurut laporan agensi berita Telemetro, remaja-remaja tersebut menjerit apabila makhluk tersebut keluar dari sebuah gua dan mendekati mereka.




BANGKAI makhluk asing yang tinggal tulang selepas dagingnya dimakan burung helang.




Empat remaja itu yang berada dalam ketakutan membaling batu ke arah makhluk tersebut sehingga mati.
Stesen televisyen Panama, Channel 13 menunjukkan imej makhluk ganjil itu.
Remaja-remaja itu kemudian membaling bangkai makhluk asing itu ke dalam air sebelum melarikan diri.
Ibu bapa mereka yang tidak percaya dengan cerita penemuan makhluk itu kemudian pergi ke tasik tersebut dan terkejut melihat bangkai makhluk ganjil tersebut.





DERETAN gambar yang menunjukkan bangkai makhluk asing di sebuah kawasan air terjun di Panama.


NOTA:DIPETIK DARI KOSMO 19 SEPTEMBER 2009


Read more...

selamat beraya

Asalamualaikum dan salam mesra kepada semua pelawat blog koleksi cerita pelik.Terima kasih kerana sudi membaca cerita yang saya paparkan di blog ini dan selamat menyambut lebaran.

Read more...

Mengembara dengan berbekalkan RM7

>> Saturday, September 12, 2009





TOKYO - Seorang pelancong Jepun, Keiichi Iwasaki berbasikal merentasi 37 buah negara dengan membawa wang sebanyak A$2 (RM7) ketika dia memulakan perjalanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Iwasaki, 36, meninggalkan kediamannya di Jepun pada 2001 selepas bosan bekerja di pejabat.

Selepas berbasikal menjelajah Jepun selama setahun, dia memutuskan untuk meneruskan perjalanan sehingga ke Korea Selatan dan mengembara ke 36 negara lain.

Ketika mengembara, Iwasaki pernah dikejar oleh seekor anjing di Tibet, dirompak oleh lanun dan ditangkap ketika memasuki India.

Dia sudah berbasikal lebih 45,000 kilometer.

"Saya tidak mahu menaiki kapal terbang kerana mahu melihat dan menyaksikan sendiri kawasan di sekeliling saya dengan deria saya.

"Saya dapat merasai atmosfera di mana saya berada semasa berbasikal," katanya.

Bagi menyara dirinya, Iwasaki melakukan persembahan jalanan semasa berhenti di sesuatu lokasi.

Dia merancang untuk menulis buku berhubung pengembaraannya itu. – Agensi

NOTA:Dipetik dari Berita Kosmo!

Read more...

Rusa terkecil ditemui


KATMANDU - Rusa terkecil di dunia, seekor katak terbang dan ikan keli melekat pada batu merupakan sebahagian daripada lebih 350 spesies baru hidupan yang ditemui di banjaran Himalaya sejak sedekad lalu, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.


Pertubuhan pemuliharaan haiwan itu berkata, semua penemuan itu menjadikan banjaran Himalaya sebagai antara kawasan paling kaya dengan kepelbagaian biologi di dunia.

Bagaimanapun, beberapa penyelidik memberi amaran kepelbagaian habitat yang menyokong kehidupan beraneka spesies itu kini diancam perubahan cuaca selain pembangunan tidak terkawal di Himalaya.

NOTA:Dipetik dari Berita Kosmo!

Read more...

Lelaki paling gemuk kahwin


URIBE memberikan isyarat bagus kepada jurugambar akhbar di luar rumahnya di Monterrey, Mexico kelmarin.



MONTERREY - Lelaki paling gemuk di dunia, Manuel Uribe dari Mexico mendirikan rumah tangga dengan seorang balu rakannya kelmarin.


Majlis perkahwinan Uribe yang disenaraikan sebagai lelaki paling gemuk dalam Guinness Book of Records itu disiarkan menerusi televisyen.

Walaupun seberat 230 kilogram setelah berjaya mengurangkan berat badan asal iaitu 590 kilogram awal tahun ini, sebuah kren terpaksa digunakan untuk mengangkatnya.

Uribe yang berumur 43 tahun menggunakan kren itu untuk bergerak dari katilnya yang sebelum ini dia berbaring selama enam tahun.

Lokasi majlis perkahwinannya terletak 30 minit perjalanan dari rumahnya.

"Saya mempunyai seorang isteri dan akan mempunyai sebuah keluarga baru," kata Uribe kepada pemberita yang mengikut rombongan perkahwinannya.

Sebuah trak digunakan untuk membawa katil yang dihiasi dengan kanopi dan bunga ke sebuah dewan untuk majlis perkahwinan di Monterrey.

Dua kereta polis digunakan untuk mengiringi trak yang membawa Uribe itu.

Majlis perkahwinan itu disiarkan oleh rangkaian televisyen Discovery sebagai sebahagian daripada program eksklusif dengan judulnya diambil daripada tajuk filem My Big Fat Greek Wedding.


 

SOLIS merupakan balu kepada seorang rakan Uribe sebelum menjadi isterinya.




Pemberita-pemberita dari Jepun, Jerman dan Argentina turut berada dalam majlis itu.
Namun, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis itu.
"Mereka sudah berkahwin. Kini, setiap orang bertepuk tangan dan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu," kata seorang saksi perkahwinan, Cristina Diaz.
Uribe menghadapi masalah kegemukan berlebihan sejak 1992.
Dia juga diselubungi dengan perasaan untuk membunuh diri sehingga Februari lalu apabila dia mengamalkan satu diet yang drastik.
Uribe dan isterinya, Claudia Solis bertemu buat kali pertama empat tahun lalu ketika seorang rakannya yang mempunyai berat badan 250 kilogram meninggal dunia.
Dia memakai baju berwarna putih senyum selepas Solis yang berusia 38 tahun berjalan turun dari tangga dengan memakai tiara dan lipstik berwarna merah jambu.
Uribe kemudian sebak setelah seorang pegawai awam mengisytiharkan pasangan itu sebagai suami dan isteri dalam satu majlis awam yang dihadiri oleh lebih 400 tetamu.

Bagi acara tarian tradisional, Uribe dan Solis berpegangan tangan dan menggoyangkan badan mengikut alunan muzik balad romantik.


Satu kumpulan band popular turut memainkan lagu dalam majlis itu yang menyediakan makanan daging dan sayur-sayuran.

Ibu Uribe, Orquedia Garza berkata, anaknya itu mengelak memakan kek perkahwinan setinggi lima tingkat.

"Dia tidak pernah mengingkari dietnya.

"Doktornya berada di sini dan memantau dia dengan teliti," katanya.

Selepas mengumumkan pertunangannya awal bulan ini, Uribe menyatakan cita-citanya untuk berkahwin pada tahun ini dengan Solis.

Solis turut menyentuh mengenai hubungan dengan suami barunya itu dengan berkata: "Saya mandikannya pada setiap hari dan kami menempuh hidup dengan baik." – Agensi

Read more...

Penduduk guna asid usir pelacur

SEORANG pelacur menawarkan perkhidmatannya di sebatang jalan raya di Jerman. - Gambar hiasan

BERLIN - Sebahagian penduduk di bandar Vierlinden dekat sini mengancam mahu menggunakan asid berbau busuk bagi mengusir pelacur dan membersihkan semula kawasan mereka daripada kegiatan pelacuran, lapor sebuah akhbar semalam.


Akhbar tempatan, Markische Allgemeine melaporkan, Datuk Bandar Vierlinden, Dirk Illgenstein berkata, dia bimbang imej bandar di wilayah bersempadan dengan negara Poland itu terjejas akibat kehadiran pelacur.

Menurut laporan akhbar itu, ketua-ketua penduduk di bandar tersebut akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan aktiviti pelacuran di bandar mereka.

Gambar-gambar pelanggan yang melanggan pelacur itu akan dirakamkan manakala identiti mereka disiarkan di Internet.

Asid berbau busuk akan digunakan untuk menghapuskan aktiviti pelacuran itu.

Namun, idea itu dikritik oleh seorang pengarah sebuah pertubuhan kaunseling wanita di Frankfurt, Uta Ludwig.

Dia berkata: "Idea itu tidak masuk akal dan merupakan satu diskriminasi seperti yang berlaku pada zaman pertengahan dulu apabila ahli-ahli sihir diburu."

Menurutnya, dia akan mengadakan satu perbincangan dengan wakil-wakil masyarakat bagi menyelesaikan masalah itu.

Terdapat sepuluh pelacur dari Bulgaria dan Poland yang bertugas pada setiap hari di beberapa lokasi di lebuh raya persekutuan Bundesstrasse dengan bayaran yang dikenakan antara 20 hingga 50 euro (RM101 hingga RM253). - Agensi



Budak 7 tahun jadi penerjun termuda.

TASIK BLED, Slovenia - Seorang budak lelaki yang berusia tujuh tahun, Tom Hayes dipercayai menjadi penerjun payung udara termuda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


Kakaknya, Lucy yang berusia lapan tahun turut terjun di Tasik Bled, Slovenia baru-baru ini dan menjadi penerjun perempuan paling muda Britain.

Mereka melakukan aktiviti penerjunan itu di luar Britain kerana negara tersebut melarang kanak-kanak dan remaja berumur bawah 16 tahun melakukan aktiviti lasak.

Dua beradik dari Sawston, Britain itu berkata, mereka terjun dari pesawat turbo Cessna 206 pada ketinggian 2,743 meter ketika bercuti bersama keluarga di negara bekas Yugoslavia itu.

"Saya bercerita pengalaman ini kepada rakan-rakan di sekolah selepas musim cuti persekolahan dan ramai tidak percaya kami terbang bebas di ruang angkasa," kata Tom.

Kanak-kanak itu terjun bersama bapa mereka, Peter yang berumur 54 tahun. - Agensi


NOTA: DIPETIK DARI BERITA KOSMO!

Read more...

>> Saturday, September 5, 2009

KOSMO SABTU 4 APRIL 2009
WANITA CHINA MILIKI RAMBUT 2.5 METER
CHONGQING – Seorang warga china, Chenq Shiquin miliki rambut 2.5 meter laporan sebuah akhbar semalam. Shiquin yang memiliki sebuah salun kecantikan di sini tidak pernah memotong rambut sejak 16 tahun lalu. Shiquin mengambil masa dua jam hanya untuk mencuci rambutnya dan sejam lagi untuk menyikatnya. Walaupun rambut wanita itu tergolong dalam kategori  ekstrem, Shiquin bukan pemegang rekod rambut terpanjang di dunia kerana ia menjadi milik Xie Qiuping dari wilayah Guangxi. Qiuping memiliki rambut berukuran lebih lima meter panjang pada 2004 dan dia menyimpannya sejak berumur 13 tahun. - AGENCI

Read more...



KOSMO RABU 01 APRIL 2009
             CACING GERGASI MAKAN BATU KARANG
CORNWALL – Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1,2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, laporan sebuah akhbar semalam. Cacing yang dinamakan Berry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeleda akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu. Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika. “Terdapat ‘benda’ yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memeliki rahang pelik dan badannya diliputi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia, “kata kurator akuarium itu, Matt Slater. Menurutnya , Berry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain. Cacing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika dia masi kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. - Agenci

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP