SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Lelaki paling gemuk kahwin

>> Saturday, September 12, 2009


URIBE memberikan isyarat bagus kepada jurugambar akhbar di luar rumahnya di Monterrey, Mexico kelmarin.



MONTERREY - Lelaki paling gemuk di dunia, Manuel Uribe dari Mexico mendirikan rumah tangga dengan seorang balu rakannya kelmarin.


Majlis perkahwinan Uribe yang disenaraikan sebagai lelaki paling gemuk dalam Guinness Book of Records itu disiarkan menerusi televisyen.

Walaupun seberat 230 kilogram setelah berjaya mengurangkan berat badan asal iaitu 590 kilogram awal tahun ini, sebuah kren terpaksa digunakan untuk mengangkatnya.

Uribe yang berumur 43 tahun menggunakan kren itu untuk bergerak dari katilnya yang sebelum ini dia berbaring selama enam tahun.

Lokasi majlis perkahwinannya terletak 30 minit perjalanan dari rumahnya.

"Saya mempunyai seorang isteri dan akan mempunyai sebuah keluarga baru," kata Uribe kepada pemberita yang mengikut rombongan perkahwinannya.

Sebuah trak digunakan untuk membawa katil yang dihiasi dengan kanopi dan bunga ke sebuah dewan untuk majlis perkahwinan di Monterrey.

Dua kereta polis digunakan untuk mengiringi trak yang membawa Uribe itu.

Majlis perkahwinan itu disiarkan oleh rangkaian televisyen Discovery sebagai sebahagian daripada program eksklusif dengan judulnya diambil daripada tajuk filem My Big Fat Greek Wedding.


 

SOLIS merupakan balu kepada seorang rakan Uribe sebelum menjadi isterinya.




Pemberita-pemberita dari Jepun, Jerman dan Argentina turut berada dalam majlis itu.
Namun, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis itu.
"Mereka sudah berkahwin. Kini, setiap orang bertepuk tangan dan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu," kata seorang saksi perkahwinan, Cristina Diaz.
Uribe menghadapi masalah kegemukan berlebihan sejak 1992.
Dia juga diselubungi dengan perasaan untuk membunuh diri sehingga Februari lalu apabila dia mengamalkan satu diet yang drastik.
Uribe dan isterinya, Claudia Solis bertemu buat kali pertama empat tahun lalu ketika seorang rakannya yang mempunyai berat badan 250 kilogram meninggal dunia.
Dia memakai baju berwarna putih senyum selepas Solis yang berusia 38 tahun berjalan turun dari tangga dengan memakai tiara dan lipstik berwarna merah jambu.
Uribe kemudian sebak setelah seorang pegawai awam mengisytiharkan pasangan itu sebagai suami dan isteri dalam satu majlis awam yang dihadiri oleh lebih 400 tetamu.

Bagi acara tarian tradisional, Uribe dan Solis berpegangan tangan dan menggoyangkan badan mengikut alunan muzik balad romantik.


Satu kumpulan band popular turut memainkan lagu dalam majlis itu yang menyediakan makanan daging dan sayur-sayuran.

Ibu Uribe, Orquedia Garza berkata, anaknya itu mengelak memakan kek perkahwinan setinggi lima tingkat.

"Dia tidak pernah mengingkari dietnya.

"Doktornya berada di sini dan memantau dia dengan teliti," katanya.

Selepas mengumumkan pertunangannya awal bulan ini, Uribe menyatakan cita-citanya untuk berkahwin pada tahun ini dengan Solis.

Solis turut menyentuh mengenai hubungan dengan suami barunya itu dengan berkata: "Saya mandikannya pada setiap hari dan kami menempuh hidup dengan baik." – Agensi

0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP