SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Penduduk guna asid usir pelacur

>> Saturday, September 12, 2009

SEORANG pelacur menawarkan perkhidmatannya di sebatang jalan raya di Jerman. - Gambar hiasan

BERLIN - Sebahagian penduduk di bandar Vierlinden dekat sini mengancam mahu menggunakan asid berbau busuk bagi mengusir pelacur dan membersihkan semula kawasan mereka daripada kegiatan pelacuran, lapor sebuah akhbar semalam.


Akhbar tempatan, Markische Allgemeine melaporkan, Datuk Bandar Vierlinden, Dirk Illgenstein berkata, dia bimbang imej bandar di wilayah bersempadan dengan negara Poland itu terjejas akibat kehadiran pelacur.

Menurut laporan akhbar itu, ketua-ketua penduduk di bandar tersebut akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan aktiviti pelacuran di bandar mereka.

Gambar-gambar pelanggan yang melanggan pelacur itu akan dirakamkan manakala identiti mereka disiarkan di Internet.

Asid berbau busuk akan digunakan untuk menghapuskan aktiviti pelacuran itu.

Namun, idea itu dikritik oleh seorang pengarah sebuah pertubuhan kaunseling wanita di Frankfurt, Uta Ludwig.

Dia berkata: "Idea itu tidak masuk akal dan merupakan satu diskriminasi seperti yang berlaku pada zaman pertengahan dulu apabila ahli-ahli sihir diburu."

Menurutnya, dia akan mengadakan satu perbincangan dengan wakil-wakil masyarakat bagi menyelesaikan masalah itu.

Terdapat sepuluh pelacur dari Bulgaria dan Poland yang bertugas pada setiap hari di beberapa lokasi di lebuh raya persekutuan Bundesstrasse dengan bayaran yang dikenakan antara 20 hingga 50 euro (RM101 hingga RM253). - Agensi



Budak 7 tahun jadi penerjun termuda.

TASIK BLED, Slovenia - Seorang budak lelaki yang berusia tujuh tahun, Tom Hayes dipercayai menjadi penerjun payung udara termuda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


Kakaknya, Lucy yang berusia lapan tahun turut terjun di Tasik Bled, Slovenia baru-baru ini dan menjadi penerjun perempuan paling muda Britain.

Mereka melakukan aktiviti penerjunan itu di luar Britain kerana negara tersebut melarang kanak-kanak dan remaja berumur bawah 16 tahun melakukan aktiviti lasak.

Dua beradik dari Sawston, Britain itu berkata, mereka terjun dari pesawat turbo Cessna 206 pada ketinggian 2,743 meter ketika bercuti bersama keluarga di negara bekas Yugoslavia itu.

"Saya bercerita pengalaman ini kepada rakan-rakan di sekolah selepas musim cuti persekolahan dan ramai tidak percaya kami terbang bebas di ruang angkasa," kata Tom.

Kanak-kanak itu terjun bersama bapa mereka, Peter yang berumur 54 tahun. - Agensi


NOTA: DIPETIK DARI BERITA KOSMO!

0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP