Amalan poligami adalah dibenarkan di bawah undang-undang Afrika Selatan.Sebanyak lapan ekor lembu disembelih dan kemudian dihidangkan pada satu majlis jamuan di rumah pengantin lelaki itu semalam. - AFP
Emej raksasa misteri dirakam
Makhluk gergasi itu dijumpai oleh Jonathan Downes, 50, yang merupakan Pengarah Pusat Zoologi Fortean di Devon, England ketika bercuti bersama isteri di Tasik Killarney pada minggu lalu.
Ia dilihat di Upper Lake , salah satu daripada tiga tasik di kawasan itu dan Downes bersama seorang rakannya secara kebetulan merakamkan kelibat raksasa itu bergerak.
Misteri makhluk itu pernah didedahkan beberapa tahun lalu oleh saintis yang menemui rakaman sonar menunjukkan satu lembaga besar di Muckross Lake , tasik terbesar di taman itu.
Menurutnya, dia melihat satu leher panjang dan badannya yang berbonggol di tasik itu.
Downes yang merupakan pengkaji spesies haiwan aneh menggambarkan makhluk tersebut seperti belut dengan leher kurus dan mungkin setinggi tiga meter.
Timbalan Pengurus Wilayah Perkhidmatan Mergastua dan Taman Negara, Pat Foley berkata, penemuan makhluk itu pernah direkodkan enam tahun lalu di Muckross Lake . - Agensi
Bukan tengkorak Hitler
GAMBAR menunjukkan tengkorak yang disangka Hitler sebenarnya milik seorang wanita.
HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Bekas pemimpin Jerman yang terkenal kerana misi menakluk dunia dan menghapuskan kaum Yahudi, Adolf Hitler dipercayai tidak menembak dirinya di kepala atau mati di dalam sebuah kubu bawah tanah seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah, lapor sebuah akhbar semalam.
Hitler yang menjadi Canselor Jerman pada 1933 mencatat sejarah kerana memulakan Perang Dunia Kedua dengan menyerang Poland pada 1 September 1939 selain kekejamannya kerana mengarahkan pembunuhan berjuta-juta orang Yahudi.
Sebelum ini, ahli sejarah dan saintis menyatakan bahawa Hitler menembak dirinya selepas mengambil pil beracun sianida bersama isterinya, Eva Braun di sebuah kubu bawah tanah di Berlin menjelang kekalahan Jerman pada 30 April 1945 bagi mengelak dia ditangkap tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS).
Beberapa saksi menyatakan, mayat Hitler dan Braun dibalut dengan beberapa helai selimut sebelum dibawa ke sebuah taman di luar kubu bawah tanah itu untuk dibakar di sebuah lubang.
Namun, setahun kemudian, askar-askar Rusia menggali semula lubang itu dan menemui satu serpihan tengkorak berlubang akibat ditembusi sebutir peluru yang dipercayai milik pemimpin Nazi itu.
GAMBAR fail menunjukkan Hitler bersama isterinya, Braun.
Serpihan tengkorak Hitler itu kemudian disimpan agensi perisikan Kesatuan Soviet selama beberapa dekad sebelum dipamerkan di Arkib Negara Rusia, Moscow sejak 2000.
Namun, fakta sejarah tersebut kini dipertikai.
Ia berikutan hasil penyelidikan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh sekumpulan penyelidik AS yang diketuai pakar arkeologi University Connecticut , Nick Bellantoni mendapati serpihan itu bukan tengkorak Hitler.
"Susulan ujian DNA, kami mendapati serpihan tengkorak itu milik seorang wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun," kata Bellantoni.
Menurutnya, Hilter berusia 56 tahun pada 1945 manakala usia Braun pula ialah 33 tahun.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada serpihan tengkorak itu milik Braun atau wanita lain manakala cara Hitler menemui ajalnya masih menjadi misteri. - Agensi
NOTA:Dipetik dari berita kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment