SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Pemandu terbabas kerana terlalu ikut panduan GPS

>> Saturday, September 19, 2009


kosmo 17 september 2009


YORKSHIRE - Seorang pemandu England, Robert Jones, 43, yang nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di tepi gaung telah didenda kerana memandu mengikut peta satelit sistem kedudukan global (GPS) sehingga memasuki jalan yang silap, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia didenda hampir £1,000 (RM5,800) oleh Mahkamah Majistret Calderdale kelmarin termasuk dikenakan enam mata penalti dalam kemalangan yang berlaku pada 22 Mac lalu di Watty Lane dekat Todmorden, West Yorkshire.
Jones menjadi pesalah pertama dihukum kerana memandu secara cuai akibat mengikut peta GPS namun mahkamah memutuskan kemalangan berlaku disebabkan dia memandu di lorong yang tidak sesuai untuk keretanya itu.
Pemandu berasal dari Doncaster, South Yorkshire itu menjelaskan dia sudah menggunakan sistem pengemudian satelit untuk kereta BMW miliknya sejak Disember 2008 dan tidak pernah mengalami sebarang kemalangan.
"Saya sudah memandu lebih 8,000 kilometer setiap minggu tanpa masalah.
"Hari itu saya mungkin bodoh kerana mengambil jalan yang silap tetapi saya memandu dengan penuh perhatian dan memohon maaf jika melakukan kesilapan," katanya. - Agensi





Polis siasat gajah baling batu





GAMBAR menunjukkan gajah yang didakwa membaling batu ke arah seorang wanita di sebuah zoo di Seoul.





SEOUL - Polis Korea Selatan sedang menyiasat seekor gajah yang didakwa menyerang seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Gajah berusia 35 tahun yang diberi nama Taesani didakwa membaling seketul batu ke arah seorang wanita di sebuah zoo di sini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Kim memberitahu polis, dia melawat sebuah zoo dekat sini pada Isnin lepas apabila gajah itu dilihat mengangkat seketul batu dengan belalainya.
Sejurus selepas dia berpaling ke arah lain, wanita itu terasa sakit apabila seketul batu mengenai belakang kepalanya.
Kim kemudian melaporkan kejadian itu di balai polis berdekatan yang terus bertindak melakukan siasatan.
Malangnya, kejadian itu berlaku di kawasan yang tidak memiliki pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) sekali gus menyukarkan polis mencari bukti dakwaan tersebut.
"Sukar untuk membuktikan dakwaan Kim bahawa gajah itu membaling batu ke arahnya kerana tiada saksi di tempat kejadian," kata sumber polis. - Agensi
Nota:dipetik dari berita kosmo

0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP