kosmo 17 oktober 2009
BUTCHER melihat dua biji epal yang mempunyai
rasa berlainan daripada epal biasa.
NORWICH, Britain - Seorang wanita,
Margaret Butcher menemui buah epal pelbagai warna di sebatang pokok di belakang
rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.Dia menemui buah epal itu semasa berpindah ke rumah yang
didiaminya sekarang lima
tahun lalu.Butcher mendapati buah itu mempunyai rasa yang berlainan daripada
buah epal biasa dan tidak mengetahui jenisnya.Tidak ada sesiapa yang dapat mengenal pasti jenis epal itu menyebabkan
dia membawanya ke pejabat Himpunan Buah-Buahan Kebangsaan di Faversham, Kent yang
menempatkan 2,200 jenis epal.Pakar-pakar kemudian mengesahkan ia merupakan sejenis epal yang
baru ditemui dan membenarkan Butcher untuk memberikannya nama.Butcher kemudian menamakan buah itu Lakenham Glory sempena dengan
nama satu tempat di Norwich.
- Agensi
No comments:
Post a Comment