kosmo 16 oktober 2009
BERLIN - Pandangan anda silap
jika menganggap lengan watak kartun popular, Popeye merupakan satu imaginasi
semata-mata dan tidak berlaku dalam situasi sebenar.Seorang pemuda, Matthias Schlitte dari Jerman membuktikan dia
memiliki lengan besar seperti watak kartun Popeye itu.Menurut sebuah akhbar semalam, lengan tangan Schlitte, 22, jauh
lebih besar berbanding lengan kirinya yang kecil.Lengan itu banyak membantu pemuda itu menjuarai beberapa
pertandingan gusti lengan di Jerman sejak dia mula menceburi sukan itu lapan
tahun lalu."Ramai orang mengaitkan gusti lengan dengan pengunjung bar
dan pemabuk tetapi itu sama sekali tidakbenar,"katanya."Pertandingan pertama yang saya sertai ialah pada 2004,"
tambahnya."Ketika itu saya berusia 16 tahun dan tidak berpengalaman
tetapi saya nekad bertanding dalam kategori berat 90 kilogram walaupun berat
saya cuma 65 kilogram," jelasnya. - Agensi
.jpg)
Nenek
jual gambar bogel
.jpg)
MARIANNE semasa muda.
BERLIN - Seorang nenek,
Marianne L. terpaksa menjual beberapa gambar bogel zaman mudanya semata-mata
untuk menyara dirinya dan membayar bil, lapor sebuah akhbar semalam.Nenek berusia 75 tahun itu mendapat idea tersebut selepas semua
hartanya dirompak dan menyedari bahawa dia tidak mampu menyara hidup dengan
wang pencen."Minyak wangi mahal dan koleksi piring hitam berharga
termasuk gambar ibu saya telah dirompak," katanya. Selepas membayar semua bil, baki pencen Marianne hanya cukup untuk
membeli makanan menyebabkan dia terpaksa menjual gambar-gambar bogelnya.Gambar itu merupakan satu-satunya barang berharga yang masih
disimpan.Gambar-gambar tersebut, yang disimpan dalam sampul surat menunjukkan
Marianne berbogel di sebelah sebatang pokok dan taman semasa berusia 20 tahun."Ia dirakamkan pada 1954 oleh suami saya. Saya dimaklumkan
bahawa gambar lama seperti itu dapat dijual dengan harga mahal di
Internet," katanya."Saya benar-benar memerlukan wang," tambahnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment