PETUGAS pengurus pengebumian menyiapkan satu
mayat wanita di Guatemala City
baru-baru ini.
Mereka sanggup mengejar ambulans, menunggu di luar bilik mayat
atau bergegas ke tempat jenayah untuk bertemu dengan anggota keluarga si mati
bagi menjual pelbagai pakej pengebumian.
Bandar ini yang terkenal dengan kadar pembunuhan tinggi
menyebabkan ramai pengusaha merasuah pihak berkuasa seperti polis dan bomba
bagi mendapatkan mayat.
Mereka juga sedia menawarkan bantuan daripada permohonan sijil
kematian atau permit pembakaran mayat kepada jualan keranda dengan harga
semurah AS$150 (RM515).
Pengendali bisnes ini ada di mana-mana malah sebuah rumah
pengurusan mayat di sini terletak dalam bekas bengkel kenderaan yang kini
menjual keranda dan pelbagai urusan mayat.
Perang antara beberapa kumpulan samseng dan pengedar dadah
menjadikan Guatemala City
antara 10 bandar raya paling bahaya di dunia yang mencatat kadar kematian
tertinggi. - AP

.jpg)
No comments:
Post a Comment