Sebuah mahkamah di sini, 111 kilometer dari ibu negeri Indianapolis kelmarin
menjatuhkan hukuman penjara selama 125 tahun walaupun dia memohon maaf kerana
kesalahannya.
Pada bulan lalu, Light, 26, mengaku bersalah atas tiga dakwaan
mencabul di sebuah mahkamah di sini.
Sebelum hukuman dijatuhkan berhubung tiga kesalahan jenayah
terhadap kanak-kanak, wanita itu mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh teman
lelakinya, Stephen E. Quick II.
Kesnya terbongkar pada Mac lalu apabila seorang budak perempuan
berumur tiga tahun memberitahu ibunya bahawa Light menyentuh bahagian sulitnya
dan aksi tersebut dirakamkan oleh teman lelakinya. - AP


No comments:
Post a Comment