STAFFORD - Ramai ibu bapa bimbang jika anak mereka tidak dapat
memasuki sekolah rendah yang dekat dengan kediaman mereka namun keadaan itu
berbeza di Kampung Derbyshire di
Hollinsclough , England .Bilangan murid di sebuah sekolah di sini cuma lima orang mengatasi jumlah guru yang seramai
sembilan orang.Ia dipercayai sekolah paling kecil bilangan murid di Britain .Dua tahun lalu, Sekolah Rendah Hollinsclough, 224 kilometer dari
London itu memiliki 50 murid yang dapat memenuhi koridor sekolah tetapi kini
cuma tinggal empat murid lelaki dan seorang perempuan.Guru besar sekolah itu, Janette Mountford-Less percaya, pelajarnya
memperoleh kelebihan apabila dapat belajar dengan bersemuka guru tanpa diganggu
pelajar lain.Selain guru besar, sekolah itu mempunyai dua orang guru
matapelajaran am, seorang guru muzik, seorang guru seni dan seorang pengajar
teknologi maklumat serta tiga penolong guru.Sekolah itu tidak mempunyai pasukan bola sepak.Murid-murid menggunakan padang
sebuah sekolah berhampiran untuk mengikuti pendidikan jasmani.Terdapat perhimpunan mingguan dan sesi belajar bermula dari pukul
9 pagi hingga 3 petang di sekolah itu.Murid tertua berusia 10 tahun, Jorge Barna diikuti Steven
Bellfield, sembilan tahun manakala murid tunggal perempuan ialah Sammy Wilston.Bilangan murid merosot apabila ramai keluarga berhijrah dan ada
ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah itu kerana bilangan
muridnya yang kecil. – Agensi


No comments:
Post a Comment