SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Sebiji pisang ada dua isi

>> Friday, May 21, 2010


DUNIA

GAMBAR menunjukkan sebiji pisang mengandungi dua isi.


LONDON - Seprang pegawai penganjur sebuah acara larian amal, Dana Penyelidikan Barah Sedunia (WCRF) terkejut apabila dia mendapati sebiji pisang mengandungi dua isi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengurus Besar WCRF, Teresa Nightingale berkata, pisang itu disumbangkan oleh firma Dole Fresh UK yang sering menaja acara makan buah-buahan pada setiap Jumaat bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan buah-buah dan sayur-sayuran.
"Jika saya tidak melihat pisang itu dengan mata saya sendiri, saya mungkin menganggapnya ia sebagai satu gurauan," katanya.
Seorang saintis tanaman di Universiti Warwick, Ken Manning berkata, pisang unik itu mungkin terjadi sewaktu ia dalam proses pembesaran di peringkat awal.
"Ia amat luar biasa," katanya. - Agensi

Sumber:dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Tasik terpanas sejak 1,500 tahun

>> Thursday, May 20, 2010

DUNIA


GAMBAR menunjukkan beberapa ekor badak sumbu berendam di Tasik Tanganyika di Burundi pada 12 Mei lalu.


PARIS – Tasik Tanganyika yang merupakan tasik kedua paling dalam di dunia kini mengalami suhu panas buat kali pertama dalam tempoh 1,500 tahun, kata beberapa saintis semalam.Saintis berkata, suhu panas itu turut mengancam industri perikanan di tasik berkenaan.Jurnal Nature Geoscience melaporkan suhu permukaandi perairan tasik itu mencecah 26 darjah Celsius yang merupakan suhu yang belum pernah berlaku sejak 500 Tahun Masihi.“Penduduk di kawasan tengah Afrika bergantung kepada tangkapan ikan dari Tasik Tanganyika sebagai sumber protein yang utama,” kata pakar sains geologi di Universiti Arizona, Profesor Andrew Cohen.Kira-kira 10 juta penduduk di Burundi, Tanzania, Zambia dan Republik Demokratik Congo bergantung kepada tasik itu yang membekalkan sumber air untuk minuman. – AFP
Sumber:Berita kosmo online

Read more...

Penjara paling mewah di dunia

>> Thursday, May 13, 2010

DUNIA



GAMBAR menunjukkan bilik tidur yang mengandungi tingkap tanpa jeriji untuk banduan di Penjara Halden, Norway.


OSLO - Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini."Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka. - Agensi

Sumber:Kosmo Online

Read more...

Ibu dipenjara kerana tampar anak

DUNIA



COLLEEN bersama anaknya, Victoria.



SYDNEY - Seorang pendandan rambut, Colleen Gudmann dipenjara kerana menampar anak perempuannya, Victoria di sebuah balai polis, lapor sebuah akhbar semalam.
Colleen menampar semasa dia berada dalam keadaan terlalu marah selepas dia diberitahu polis bahawa anaknya ditahan kerana cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk memasuki sebuah kelab malam.
Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di balai polis berkenaan.
Colleen berkata, dia memberikan tamparan yang tidak kuat di pipi anaknya yang berumur 11 tahun itu.
"Perkara yang seterusnya yang saya ketahui ialah seorang anggota polis menjerit ke arah saya. Anggota-anggota polis kemudian membawa saya ke sebuah bilik dan menyatakan mereka mendakwa saya kerana melakukan satu serangan," katanya.
Seorang pegawai polis, Stefan Kent berkata, menampar muka seorang kanak-kanak merupakan satu perbuatan serangan.
"Dia (Colleen) menyerang anaknya di dalam bilik pendakwaan di hadapan beberapa anggota polis," katanya.
Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan selepas beberapa jam ditahan oleh polis. - Agensi

Sumber:Kosmo Online

Read more...

Saintis guna DNA hidupkan gajah purba

>> Saturday, May 8, 2010

DUNIA



GAMBAR menunjukkan seekor gajah purba.


MANITOBA - Sekumpulan saintis Kanada cuba mencipta gajah purba yang besar dengan menggunakan spesimen asid deoxyribonucleic (DNA) daripada beberapa tulang haiwan berkenaan yang ditemui di Siberia, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.Bercakap mengenai eksperimen pertama seumpamanya itu, seorang saintis di Universiti Manitoba, Profesor Kevin Campbell berkata, DNA akan digunakan bagi menghasilkan semula darah gajah purba yang dikenali sebagai Mammoth."Menggunakan DNA spesimen adalah seperti kami kembali ke masa lampau dan mengambil sampel darah gajah Mammoth sebenar," kata Campbell.Menurutnya, spesimen yang digunakan itu berusia sehingga 43,000 tahun.Menurutnya, gajah Mammoth memiliki bulu tebal dan enzim antibeku dalam darahnya bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sejuk.Projek untuk mewujudkan kembali gajah Mammoth yang memiliki ketinggian lebih 5 meter serta berat 12 tan itu bermula sejak tujuh tahun lalu apabila Profesor Campbell menghubungi Pusat DNA Purba Australia di Universiti Adelaide.Sebelum ini filem dan novel Jurrasic Park menceritakan DNA dalam fosil seekor serangga berusia berjuta-juta tahun digunakan untuk menghasilkan dinosaur. - Agensi

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Kayu 20 meter bukti kukuh bahtera Nabi Nuh

DUNIA




GAMBAR di laman YouTube menunjukkan serpihan kayu yang ditemui oleh satu kumpulan ekspedisi China-Turki di dalam lereng Gunung Ararat, Turki.


WASHINGTON - Seorang anggota ekspedisi China-Turki mempertahankan dakwaan mengenai penemuan serpihan bahtera Nabi Nuh di celah lereng Gunung Ararat setinggi 4,000 meter di Turki, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebelum ini terdapat pelbagai pihak yang meragui penemuan kumpulan itu selepas pendedahannya dibuat pada satu sidang akhbar pada minggu lalu di Hong Kong sehingga seorang saintis Britain mahu bukti lebih kukuh dikemukakan.
"Bagaimanakah sebuah kapal boleh berada di atas gunung," kata seorang anggota ekspedisi itu yang memasuki Gunung Ararat pada Oktober lalu, Yeung Wing-cheung.
Menurut seorang penyelaras ekspedisi itu, Clara Wei, satu-satunya rekod struktur kayu yang ditemui di gunung itu ialah daripada bahtera Nabi Nuh.
"Sehingga kini, saya percaya ini ialah satu penjelasan yang paling munasabah. Kami tidak mempunyai penjelasan lain. Kami tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan," tambahnya.
Menurut Wei: "Anda boleh menyewa beberapa ekor kuda untuk membawa beg tetapi anda tidak boleh mengimbangi kuda tersebut dengan kayu sepanjang 20 meter ( yang ditemui di dalam lereng gunung itu)."
Dia berkata, tidak ada tembikar dan bukti kebudayaan lain ditemui di gunung tersebut.
Pada Isnin lepas, kumpulan ekspedisi tersebut mengumumkan penemuan struktur dan serpihan kayu bahtera Nabi Nuh di dalam lereng Gunung Ararat, Turki dengan menyatakan ujian karbon menunjukkan barang yang ditemui itu berusia 4,800 tahun iaitu tarikh sama kejadian banjir besar berlaku.
Beberapa pihak meragui penemuan itu kerana pasuakan ekspedisi itu tidak mendedahkan lokasi sebenar tempat penemuan berkenaan.
Namun, kumpulan ekspedisi itu menyatakan lokasi sebenar tempat penemuan tersebut akan didedahkan selepas pemerintah Turki bersetuju menjadikan tempat penemuan sebagai kawasan arkeologi.
Pada Jumaat lalu, agensi berita AFP menyatakan, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengetahui bagaimana serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh berjaya dibawa keluar dari negara itu ke China. - Agensi

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Pandu kereta guna kaki kanan

DUNIA



GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Jawa Pos kelmarin menunjukkan Alberta Aceng memandu dengan menggunakan kaki
kanannya.


WONOSOBO, Indonesia - Seorang lelaki, Alberta Aceng Dhani Setiawan bertekad untuk mencipta rekod dengan memandu sebuah kereta menggunakan satu kakinya dari Borobudur di Magelang hingga ke Istana Negara di Jakarta, lapor Jawa Pos kelmarin.Dia kini yang lahir tanpa dua tangan itu terus berlatih dan mengumpulkan dana tanpa mengenal erti putus asa bagi merealisasikan impiannya.Pada Khamis lalu, dia yang berumur 37 tahun kembali berlatih di Alun-Alun Wonosobo.Bapa dua anak itu yakin mampu memecahkan rekod tersebut kerana dia kerap memandu kereta ke Jogjakarta dan Solo. - Agensi

Read more...

Ibu itik panik di jalan New York

DUNIA



GAMBAR yang disiarkan akhbar New York Post semalam menunjukkan ibu itik bersama anak-anaknya menyeberangi sebatang jalan raya di New York kelmarin.


NEW YORK - Seekor ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan beberapa ekor anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor New York Post semalam.Ibu itik itu terbang di dua batang jalan raya sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai panduan untuk anak-anaknya melalui satu laluan trafik yang sibuk selepas ditinggalkan oleh ibunya.Seorang pekerja di Institut Kebudayaan Itali di sini, Valeria Anzolin yang melihat ibu itik yang panik itu sanggup menggunakan kertas akhbar untuk membawa sebahagian daripada anak haiwan tersebut ke tempat ibunya di tepi sebatang jalan raya.Namun, ibu itik itu hinggap di tempat lain.Dua anggota renjer di bandar raya itu, Sheridan Roberts dan Sunny Corrao mendapat idea dengan meletakkan anak-anak itik tersebut ke dalam sebuah bekas yang diletakkan di tepi sebatang jalan raya.Ibu itik itu mendekati bekas itu dan semua anaknya kemudian dibebaskan sebelum renjer tersebut memberi panduan kepada haiwan berkenaan untuk menuju ke sebuah tasik berdekatan. - Agensi

Read more...

Keranda emas untuk mayat samseng

DUNIA



KERANDA bersadur emas yang mengandungi mayat Carl Williams diusung keluar dari sebuah gereja di Melbourne semalam.


MELBOURNE - Mayat seorang samseng terkenal Australia, Carl Williams yang mati dibelasah oleh seorang banduan lain di sebuah penjara pada 19 April lalu diletakkan di dalam sebuah keranda bersalut emas dan dikebumikan di sini semalam.Mendiang yang juga pengedar dadah terlibat dalam satu siri kejadian pembunuhan kejam dengan mengarahkan pembunuhan beberapa samseng lain pada 1990-an di Melbourne sebelum pihak berkuasa menangkapnya pada 2007 dan dihukum penjara selama 35 tahun.Kisah hidupnya itu pernah disiarkan dalam siri drama televisyen popular, Underbelly.Dia mati diserang oleh seorang banduan di Penjara Barwon di sini dengan satu peralatan senaman manakala pengebumiannya dikawal ketat oleh anggota-anggota pihak berkuasa.Keranda Williams yang bersadur emas itu bernilai A$30,000 (RM89,025).Keranda emas itu mirip penyanyi terkenal, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu di LosAngeles.Bekas isteri Williams, Roberta dan anak perempuan mereka, Dhakota serta Judy Moran, balu seorang musuh mendiang turut hadir pada upacara pengebumian samseng itu di sebuah gereja. - Agensi

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP