SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Diusir kerana terlalu gemuk

>> Thursday, July 1, 2010


DUNIA



GATWICK - Hasrat seorang lelaki Britain untuk menziarahi ibu saudaranya yang nazak di Kanada tidak kesampaian setelah diusir dari satu penerbangan antarabangsa kerana terlalu gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.
Sandy Russell (gambar) yang memiliki berat badan 203 kilogram tidak dapat menahan air mata apabila pramugari membawanya keluar daripada pesawat Air Transat.
Dia bagaimanapun ditawarkan penerbangan lain sekiranya dia bersetuju membayar penuh tiket untuk dua kerusi bagi penerbangan dari Gatwick ke Toronto.
Russel, 32, tidak mampu untuk membayar tambang sebanyak AS$ (RM3,700). Ibu saudaranya, Judy, meninggal dunia akibat kanser usus dua hari selepas tarikh sepatutnya Russel menemuinya.
"Saya sangat kecewa dan malu di tengah-tengah lapangan terbang itu. Saya tidak diberitahu bahawa saiz saya menjadi masalah. Malah, saya melepasi balai pelepasan dan daftar masuk tanpa sebarang masalah," katanya. - Agensi


Sumber:Dipetik Dari Berita Kosmo Online

Read more...

Anak kucing dua muka


DUNIA


GAMBAR menunjukkan seekor anak kucing yang mempunyai dua muka.


CHARLESTON, West Virginia - Seekor anak kucing yang dilahirkan pada minggu lalu mempunyai dua muka mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kucing yang diberikan nama Two Face oleh pemiliknya itu dilahirkan telah dibawa ke sebuah klinik haiwan kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya.
Selain dua muka, haiwan tersebut mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata.
Seorang doktor haiwan, Erica Drake, memberitahu anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah. - AP


Sumber:Berita Dipetik Dari Kosmo Online

Read more...

Pemilik ular kepala wanita ditangkap





GAMBAR menunjukkan ular berkepala wanita milik Zamroji yang sebenarnya cantuman antara kepala kelawar dengan badan ular.


JAKARTA - Pemilik tubuh seekor ular berkepala wanita yang sudah mengeras, Zamroji dari Kabupaten Blitar ditangkap polis untuk disoal siasat ekoran haiwan itu rupa-rupanya palsu dan bukan tulen, lapor sebuah akhbar semalam.
Zamroji yang merupakan seorang petani ditangkap kelmarin selepas ujian makmal oleh sebuah agensi perlindungan hutan mendapati kepala ular yang disangka wanita itu sebenarnya kepala kelawar yang dilekatkan pada badan ular jali.
Kepala kelawar itu dilekatkan pada badan ular itu yang didakwa oleh Zamroji ditemui di sawah miliknya pada Sabtu lalu di bawah pohon pisang.
Badan ular itu asli dan sudah direndam dengan air panas.
Rambut kuda ditanam pada kepala kelawar supaya ia kelihatan mirip seperti wajah wanita.
"Taring dan jari adalah milik kelawar yang diawet," kata seorang pegawai polis, Edi Herwiyanto.
Menurutnya, Zamroji mengaku haiwan yang dipamerkan kepada orang ramai itu sebenarnya palsu dan diperolehi daripada seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Cipto.
Sebelum ditangkap, Zamroji mendakwa pada malam Jumaat lalu dia bermimpi bertemu seorang wanita yang cantik sebelum menemui haiwan itu.
Ular palsu itu sepanjang 10 sentimeter (sm), manakala rambut di bahagian kepala itu sepanjang 8 hingga 10sm. Kukunya pula sepanjang 3sm dan terdapat taring pada mulutnya.
Pada awalnya, Zamroji mendedahkan penemuan haiwan itu kepada orang ramai selepas mendapat petunjuk yang memintanya berbuat demikian. - Agensi

Sumber:Dipetik Dari Berita Kosmo Online

Read more...

Budak banyak lengan dibedah


DUNIA

GAMBAR menunjukkan Deepak Paswan 
sebelum dia menjalani pembedahan 
di sebuah hospital di Bihar semalam.


BIHAR, India - Seorang budak lelaki India berusia tujuh tahun, Deepak Paswan akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang lapan anggota tambahan menyerupai kaki dan tangan di sebuah hospital dekat sini semalam.
Sepasukan 15 doktor di Hospital Fortis di Bangalore membuat pembedahan itu bagi membuang lebihan anggota tambahan tersebut yang sebenarnya merupakan daging parasit dan bersambung ke bahagian abdomen.
Anggota tambahan itu seolah-olah seperti empat tangan dan empat kaki.
Sebelum dia dibedah, terdapat penganut-penganut agama Hindu yang memujanya sebagai jelmaan Dewa Vishnu yang mempunyai banyak anggota badan.
"Dia sudah 100 peratus pulih," kata ketua pasukan pembedahan, Ramcharan Thiagrajan.
Menurutnya, pasukan pembedahan tersebut berdepan dengan cabaran untuk memastikan bahagian usus budak itu berfungsi dengan betul untuk tempoh jangka panjang.
Bapanya, Viresh Pasawan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana kos pembedahan yang mencecah 2.34 juta rupee (RM166,350) ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital berkenaan.
Anaknya dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mei lalu.
Pasawan yang berusia 30-an dan bertugas sebagai pekerja pembinaan menyifatkan pembedahan anaknya dianggap paling rumit serta berbahaya apabila ia mengambil masa selama empat jam.
Pasawan menganggap pembedahan anaknya itu sebagai ajaib. Dia berkata, anaknya itu akan pergi ke sekolah sebagai manusia normal selepas pulih daripada pembedahan. - AFP


Sumber:Dipetik Dari Berita Kosmo Online

Read more...

Wanita hutan ditemui dalam lubang najis


DUNIA


GAMBAR fail menunjukkan Rochom P'nhieng.


PHNOM PENH - Rochom P'nhieng yang diberi jolokan sebagai wanita hutan di Kemboja kerana tinggal di dalam hutan bersendirian sejak kecil telah ditemui di dalam lubang sebuah tandas sedalam 10 meter selepas dia melarikan diri dari rumah ibu bapanya Jumaat lepas.
Bapanya, Sal Lou, berkata, anak perempuannya itu ditemui selepas seorang jirannya yang keluar untuk menggunakan tandas terdengar tangisan meminta tolong dari dalam lubang itu.
Sal Lou dan beberapa penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian dan mereka menemui P'nhieng di lubang itu dengan badannya ditenggelami najis hingga ke paras dada.
"Penduduk kampung menarik keluar anak perempuan saya dari lubang tandas tersebut dan membersihkan badannya tetapi dia kelihatan pucat dan lemah," kata Sal Lou.
P'nhieng, dipercayai berumur 29 tahun, telah ditemui di hutan di wilayah Ratanakkiri pada Januari 2007 dan dia diakui oleh Sal Laou sebagai anaknya yang hilang pada 1988 ketika keluar menggembala kerbau.
Anggota-anggota keluarga wanita itu berkata, pada bulan lepas, P'nhieng menanggalkan pakaiannya dan melarikan diri semula ke hutan. - Agensi


Sumber:Dipetik Dari Berita Kosmo Online

Read more...

Kubur gladiator ditemui di Britain


DUNIA

GAMBAR menunjukkan satu rangka manusia gladiator yang ditemui di York, England baru-baru ini.


YORK - Sepasukan pakar arkeologi menemui kawasan perkuburan mengandungi hampir 80 rangka lelaki dipercayai gladiator dari empayar Rom yang disemadikan di utara England ribuan tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Serpihan tulang berusia 2,000 tahun itu menunjukkan lelaki tersebut dibawa dari empayar Rom untuk berlawan di utara England.
Seorang pegawai penyelidik Yayasan Arkeologi York, Kurt Hunter-Mann berkata, puluhan rangka lelaki itu mempunyai tanda-tanda luka akibat mengalami banyak kecederaan termasuk ditetak dengan kapak di kepala.
Saintis pada mulanya menyangka tanah perkuburan purba di utara England itu menempatkan mangsa pembunuhan beramai-ramai sebelum mendapati tengkorak sebahagian besar rangka berkenaan dipenggal selain mempunyai kesan gigitan harimau.
Rangka bertubuh sasa itu menyerupai gambaran pahlawan Rom seperti dilakonkan aktor terkenal Australia, Russel Crowe menerusi filem epik sejarah Gladiator.
Analisis tulang menunjukkan galdiator itu diimport oleh empayar Rom dari pelbagai tempat termasuk di Afrika dan kawasan sekitar Mediterranean.- Agensi


Sumber:Dipetik Dari Berita Kosmo Online

Read more...

Wanita pertama dayung rentasi Pasifik


DUNIA


ROZ SAVAGE mendayung perahunya ke Pelabuhan Madang, Papua New Guinea semalam.


SYDNEY – Kira-kira 5,000 pengunjung semalam memberikan penghormatan kepada warga Britain berusia 42 tahun, Roz Savage semasa dia tiba di Papua New Guinea sekali gus menjadi wanita pertama yang mendayung sebuah perahu melintasi Lautan Pasifik.
Pengunjung itu berkumpul di pelabuhan Madang di Papua New Guinea bagi meraikan ketibaan Savage manakala sejumlah penduduk kampung mendayung 100 buah kenu mengiringi perahu wanita berkenaan.
“Saya rasa seperti seorang bintang rock,” kata Savage kepada radio Australia, ABC.
Savage memulakan perjalanan dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Mei 2008 dan meredah laluan sejauh 4,800 kilometer ke Hawaii dalam tempoh 99 hari.
Pada pusingan kedua, dia berdayung dari Hawaii ke Tuvalu dan sering mengalami masalah bekalan makanan sebelum tiba di Kiribati selepas berada selama 104 hari di laut.
Perjalanan terakhir melibatkan masa selama 48 hari yang memaksanya berdepan cuaca buruk, menyelam dan hampir kehilangan perahu. – AFP


Sumber:Dipetik Dari Berita Kosmo Online

Read more...

Planet Musytari dihentam objek misteri


DUNIA

GAMBAR yang dirakamkan Anthony Wesley menunjukkan satu objek misteri (dalam bulatan) menghentam planet Musytari kelmarin.


LOS ANGELES - Planet Musytari dihentam lagi oleh sebuah objek misteri kelmarin.
Seorang ahli astronomi amatur, Anthony Wesley di Australia melaporkan dia menyaksikan satu cahaya terang dari sebuah objek yang menghentam planet itu.
Pengakuan itu turut disahkan lagi oleh seorang lagi ahli astronomi amatur dari Filipina.
Menurut Wesley, cahaya bebola api itu berlangsung selama dua saat.
Planet Musytari merupakan planet kelima mengelilingi matahari dan terbesar dalam sistem solar.
Pada tahun lalu, dia mengesan satu kawah sebesar Lautan Pasifik dekat Kutub Selatan planet tersebut yang dipercayai disebabkan oleh hentaman sebuah asteroid.
Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) kemudian menemui bukti bahawa planet berkenaan dihentam sebuah objek di Kutub Selatan. - Agensi


Sumber:Dipetik dari Berita Kosmo Online

Read more...

Ikan seberat 113kg ditangkap


DUNIA


GAMBAR menunjukkan Godi bersama ikan air tawar yang ditangkapnya.


MONTOVA, Itali - Seekor ikan air tawar gergasi sepanjang 2.5 meter dan seberat 113 kilogram (kg) yang ditangkap oleh seorang pemancing, Roberto Godi berusia 32 tahun di utara Itali telah memecahkan rekod ikan air tawar terbesar di Eropah, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu berjaya ditarik selepas 45 minit bertarung sekali gus mengatasi rekod sebelum ini seberat 112kg yang ditangkap oleh pemancing dari Perancis, Christophe Dubreuil di sungai Ebro Sepanyol. Namun, Godi melepaskan semula ikannya itu ke dalam sungai.
Dia juga telah menghantar maklumat hasil tangkapannya itu ke Persatuan Permainan Memancing Antarabangsa untuk mengesahkan rekodnya. - Agensi

Sumber:Berita dipetik dari Kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP