SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Lawa, kucing istimewa 26 jari

>> Monday, October 25, 2010


NEGARA


BAKRI dan isterinya menunjukkan kucing istimewa berjari 26 bernama Lawa di Kampung Alor Sena, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Seekor kucing betina milik pasangan suami isteri di Kampung Alor Sena dekat sini memang istimewa. Ini kerana ia yang diberi nama Lawa memiliki 26 jari pada kakinya.
Lebih istimewa, Lawa dikatakan cekap menjaga sekitar rumah tuannya yang terletak di kawasan sawah daripada ancaman haiwan perosak seperti tikus mungkin lantaran jari kakinya yang banyak itu.
Lawa yang berusia enam bulan, memiliki tujuh jari di kaki kanan dan kiri hadapan manakala dua kaki belakangnya masing-masing mempunyai enam jari.
Menurut pemiliknya, Bakri Abu Hanifah, 49, sejak dia memelihara Lawa empat bulan lalu ketika usianya dua bulan, masalah tikus sawah yang kerap mengganggu rumah dan kebun mereka sudah tiada lagi.
"Menariknya, Lawa tidak makan tikus yang dibunuhnya dan dalam sehari, Lawa tangkap lebih lima ekor tikus," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Sena dekat sini semalam.
Bakri yang merupakan seorang pekebun menemui Lawa yang terperangkap pada perangkap musang yang dipasang di kebunnya.

Sumber berita dipetik dari: kosmo online

Read more...

Tin terlekat pada kepala kucing


DUNIA


PENYELAMAT cuba mengeluarkan tin makanan yang terlekat pada kepala seekor kucing di bandar Linz, Austria baru-baru ini.


LINZ, Austria - Kepala seekor kucing betina tersangkut pada satu tin makanan semasa ia mencari makanan di belakang sebuah pasar raya di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.Anggota-anggota jabatan bomba menyelamatkan kucing itu selepas mendapatkan maklumat daripada orang awam yang menghubungi talian kecemasan 999, baru-baru ini.Kucing itu merayau-rayau di jalanan dengan tin terlekat di kepalanya.
Pemotong logam digunakan untuk menanggalkan tin makanan itu daripada kepala haiwan tersebut sebelum ia dihantar ke sebuah pusat perlindungan kucing."Kucing itu tidak dapat melihat ke arah mana ia berjalan atau apa yang dilakukannya."Adalah sesuatu yang ajaib kerana ia tidak berjalan keluar, pergi ke jalan raya dan dilanggar kereta," kata seorang anggota bomba. - Agensi

Sumber berita dipetik dari: kosmo online

Read more...

Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir


DUNIA

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.
Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.
Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol."Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya."Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan."Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.
Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP

Sumber berita dipetik dari: kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP