SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Pintu ke alam selepas mati ditemui di Mesir

>> Wednesday, March 31, 2010

DUNIA



GAMBAR menunjukkan pintu granit merah Mesir yang dianggap pintu ke alam selepas mati.


KAHERAH, Mesir - Sebuah pintu granit merah yang besar daripada makam purba penasihat ratu telah dijumpai di Luxor, Mesir, kata Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Hosni semalam.
Pintu batu berukir yang dipercayai oleh penduduk Mesir purba sebagai gerbang kepada kehidupan selepas mati itu digali berhampiran Kuil Karnak di Luxor dan milik makam User. User ialah penasihat Ratu Hatshepsut.
Ratu itu yang memerintah Mesir antara tahun 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi merupakan Firaun wanita yang paling lama menguasai takhta.
Pintu setinggi 17.5 meter dan setebal 19 inci itu diukir dengan teks-teks keagamaan dan mempunyai pelbagai pangkat yang dimiliki User seperti datuk bandar, wazir dan putera. - AFP





Nota:Sumber dipetik dari kosmo online

Read more...

Pelacur lelaki pertama bersara

DUNIA





LAS VEGAS - Pelacur lelaki pertama Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan negara itu akhirnya dilaporkan 'bersara' kelmarin dengan hanya mampu memperoleh 10 pelanggan wanita selama dua bulan bertugas sebagai pekerja seks sepenuh masa.
Dia yang cuma dikenali dengan nama komersial Markus, (gambar) 25, disahkan oleh pemilik rumah pelacuran Shady Lady Ranch, Jim Davis sebagai telah meninggalkan premis itu manakala seorang pekerja baru akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Davis bagaimanapun berharap pelacur yang berasal dari Alabama itu dapat kembali semula meneruskan kerjaya tetapi setakat ini, Markus tidak memberi sebarang ulasan berhubung keputusannya meninggalkan kerjaya pelacuran itu. - AP

Nota:Sumber dipetik dari kosmo online

Read more...

Budak hilang otak kanan

DUNIA



GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan otak Mott selepas dia menjalani pembedahan.


JAMESTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang budak perempuan di sini, Carolina Utara, sembuh setelah kehilangan separuh otaknya dalam satu pembedahan sekali gus dianggap satu keajaiban oleh doktor dan keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak tersebut, Cameron Mott berumur sembilan tahun menghidap penyakit ganjil, sindrom Rasmussen apabila otak kanannya 'dimakan' kuman semasa berusia tiga tahun dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.
Kanak-kanak itu menjalani pembedahan membuang otak kanannya pada 2008 dan doktor-doktor memberitahu dia akan lumpuh kerana sebelah kiri tubuhnya yang dikawal organ itu tidak akan berfungsi.
"Ia amat menakutkan kerana anda tidak dapat membayangkan keadaan anak anda selepas dia menjalani pembedahan otak itu," kata ibunya, Shelly Mott kepada Ann Curry iaitu hos program bual bicara Today Show, terbitan stesen televisyen NBC, baru-baru ini.
Namun, Cameron yang bercita-cita menjadi seorang penari balet, dibenarkan pulang selepas hanya empat minggu dia dibedah.
Dia menamatkan rawatan fisioterapi baru-baru ini dan kini boleh berlari dan bermain seperti kanak-kanak normal tetapi mengalami rabun penglihatan tidak serius. - Agensi

Nota:Sumber dipetik dari kosmo online

Read more...

Lelaki China miliki buah dada besar

DUNIA



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan Feng yang memiliki buah dada besar walaupun dia ialah lelaki.


BEIJING - Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.
Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.
"Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar," katanya.
Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya. - Agensi

Nota:Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Ikan 'bertubuh sasa'

>> Wednesday, March 17, 2010


DUNIA

Ikan 'bertubuh sasa'




LONDON - Beberapa saintis telah berjaya menghasilkan ikan troutyang genetiknya telah diubah dan perutnya mempunyai 'otot' seperti ahli sukan bina badan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan mutan itu merupakan hasil usaha selama sedekad Terry Bradley yang merupakan seorang profesor perikanan dan akuakultur di Universiti Rhode Island.
Ikan trout itu mengalami peningkatan jisim otot di antara 15 hingga 20 peratus lebih tinggi berbanding ikan biasa.
Peningkatan jisim otot akan memberi manfaat komersial apabila ikan ternakan boleh menjadi lebih besar tanpa perlu menambah jumlah makanannya. - Agensi

Sumber dipetik dari berita Kosmo Online

Read more...

Misteri ratusan burung jatuh dari langit


DUNIA

Misteri ratusan burung jatuh dari langit


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam menunjukkan sejumlah burung perling mati di halaman rumah Julie di Bath pada Ahad lalu.


BATH, England - Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock's The Birds berlaku di sini.
Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.
Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.
Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.
Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.
"Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar." kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.- Agensi

Sumber berita Kosmo Online

Read more...

Jual hantu dalam botol


DUNIA

Jual hantu dalam botol


WOODBURY menunjukkan salah satu botol kecil mengandungi hantu yang ditangkap.


PENDUDUK New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.
Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatanTradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup esok.
Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya pada tahun 1920-an serta sering mengganggu kehidupan keluarga wanita itu.
"Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini," katanya. - Agensi

Sumber berita Kosmo Online

Read more...

Makan kawan untuk kebal


DUNIA

Makan kawan untuk kebal


HARUN (kanan) diiringi seorang anggota polis untuk disiasat berhubung dakwaan membunuh rakannya.


MISTERI penemuan sebelah kaki manusia di belakang sebuah sekolah di sini Rabu lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki, Harun, 35, kelmarin yang dipercayai memakan mayat rakannya sendiri, lapor akhbar Jawa Pos semalam.
Suspek berasal dari Kendal, Jawa Tengah itu didakwa membunuh mangsa, Fahmi Iswandi yang juga rakan serumah sejak tiga bulan lalu dan mengawet mayat tersebut bagi mengelak ia berbau busuk, kata Ketua Polis Kota Batam, Suka Irawanto.
Hasil siasatan awal, Harun dikatakan berbuat demikian kononnya untuk mewarisi ilmu kebal rakannya itu yang didakwa sebagai kalis daripada sebarang senjata dan menyembah daging mangsa sebelum dimakan mentah pada setiap malam Jumaat.
"Fahmi dari Tegal, Jawa Tengah dipukul dengan benda tumpul di kepala dan lebih sadis, dua gigi mangsa dicabut untuk dijadi kalung tangkal manakala semua organ dimasak panggang kecuali jantung yang dimakan mentah," kata Suka. - Agensi

Sumber berita Kosmo Online

Read more...

Buaya patah gigi lawan dua lelaki

>> Monday, March 1, 2010


DUNIA



GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Telegraph menunjukkan Thurston (kiri) dan Willie berdepan dengan seekor buaya di dalam tangki di sebuah taman buaya di Darwin.


DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas.
Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.
Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini. - Agensi

Nota:Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Lamar kekasih dengan istana salji


DUNIA

Lamar kekasih dengan istana salji

GAMBAR menunjukkan istana salji yang dibina oleh Ryan Knoteck untuk melamar kekasihnya di Parma, Ohio.


PARMA - Seorang lelaki Ohio di Amerika Syarikat (AS) membina sebuah istana salji bagi melamar seorang teman wanita pada Ahad lalu.
Lelaki itu, Ryan Knotek berkata, dia mula membina istana satu tingkat dengan satu bilik itu semasa kekasihnya, Christi Lombardo keluar seketika ke bandar berdekatan di sini.
Knotek meletakkan beberapa batang lilin, kelopak bunga mawar, minuman wain dan sebuah alat pemanas mudah alih untuk menghangatkan bahagian dalam istana kecil itu.
Usaha lelaki itu berbaloi apabila kekasihnya bersetuju untuk berkahwin selepas melihat istana tersebut pada Ahad lalu. - AP

Nota:Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP