SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Perarakan Maulidur Rasul

>> Tuesday, February 15, 2011

Taman Sri Muda,Shah Alam,Perarakan Maulidur Rasul anjuran persatuan Aceh Malaysia yang diadakan diMasjid Al-Falah taman srimuda mendapat sambutan dari perbagai organisasi.Dianggarkan hampir 700 jemaah berarak bermula dari Masjid Al-Falah dan berakhir di Masjid Al-Falah juga.Tidak ketinggalan juga Ketua Balai Polis Taman Srimuda turut sama berarak bersama jemaah lain.

 Segak bergaya Sargen Halim(ketua balai polis taman srimuda)berarak dibarisan paling hadapan bersama dengan jawatankuasa Masjid Al-Falah.










Sekian dari saya udins penulis blog untuk krt dan srs Taman srimuda zon B.

 Barisan krt dan srs taman srimuda zon b


 Skuad bermotorsikal skim rondaan sukarela atau srs taman srimuda zon B pimpinan En.Sapari dan En.Kashfi



Sumber:dicopy dari blog saya sendiri srstamansrimuda.blogspot.com

Read more...

Hantar dadah guna lastik gergasi

>> Thursday, February 3, 2011


DUNIA


KAYU lastik gergasi bergerak bagi membaling bungkusan ganja melintasi sempadan Amerika Syarikat di Arizona pada minggu lalu.


PHOENIX – Penyeludup-penyeludup dadah di Mexico mempunyai lastik gergasi yang diperbuat daripada kayu untuk membaling dadah melepasi sempadan Amerika Syarikat (AS).
Pasukan Pengawal Kebangsaan AS yang mengendalikan sistem kamera kawalan jauh di Stesen Kawalan Sempadan Naco di negeri Arizona AS, menyatakan, mereka memerhatikan beberapa orang menggunakan sebuah mesin lastik untuk membaling beberapa pakej dipercayai ganja, melepasi sempadan pada minggu lalu.
Mereka kemudian menghubungi pasukan tentera Mexico yang melakukan satu serbuan ke lokasi tersebut yang menemui sebuah lastik gergasi setinggi 2.7 meter.
Seorang pegawai tentera berkata, lastik itu berupaya membaling ganja seberat dua kilogram sejauh beberapa ratus.
Sebanyak 15.87 kilogram ganja, sebuah kenderaan selain lastik gergasi itu dirampas askar-askar Mexico manakala para penyeludup itu berjaya melarikan diri. – Agensi




Sumber:kosmo online

Read more...

Ibu dipenjara kerana laku seks dengan rakan anak


DUNIA

CATHLEEN MILLER


CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Cathleen Miller, 40, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.
Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.
Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.
Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.
Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.
Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.
Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.
Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.
Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi


Sumber:kosmo online

Read more...

Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas


DUNIA



COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbarColumbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi


Sumber:kosmo online

Read more...

Raja penipu tiduri 2,500 wanita


DUNIA

PAUL BINT

LONDON - Seorang penipu di Britain, Paul Bint, 48, mendakwa dia memperoleh lebih £2 juta (RM9.4 juta) milik sejumlah wanita yang diperdayakannya untuk membeli kereta sport, barangan kemas serta tinggal di hotel-hotel mewah, lapor sebuah akhbar semalam.Digelar raja penipu kerana kelicikannya, Bint, 48, turut meniduri 2,500 wanita dengan menyamar sebagai seorang perunding hospital, peguam dan eksekutif bank untuk menggoda dan membawa mereka ke ranjang.


"Saya juga pernah menjalin hubungan dengan 10 wanita sekali gus dan menggunakan identiti berbeza apabila bersama mereka," katanya.Lelaki itu memiliki rekod jenayah seawal usia 15 tahun tetapi menyedari dia pandai menipu selepas mencuri sebuah stetoskop ketika berusia 21 tahun untuk menyamar sebagai seorang doktor di beberapa wad hospital.


Bagi mengelak disyaki oleh mangsanya, Bint banyak membaca buku mengenai pelbagai kerjaya selain memiliki daya ingatan yang baik.Dia yang dibebaskan setelah separuh jalan menjalani hukuman penjara tiga tahun beberapa hari lalu bagaimanapun, berikrar untuk tidak lagi menipu dan mahu menjalani kehidupan berlandaskan undang-undang. - Agensi

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP