SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Kembar berkongsi jantung sedia dibedah

>> Sunday, January 24, 2010


DUNIA


Kembar berkongsi jantung sedia dibedah


GAMBAR fail menunjukkan Taylor (kiri) dan Emma bermain di sebuah padang di Queen Creek, Arizona pada 13 Mac tahun lalu.


MESA - Keluarga sepasang bayi kembar siam perempuan Amerika Syarikat (AS), Emma dan Taylor Bailey kini bersedia menghadapi apa jua kemungkinan selepas anak mereka itu dipisah menerusi pembedahan pemisahan dan pemindahan jantung.
Kembar siam itu bersambung pada bahagian dada dan berkongsi hati serta jantung semasa dilahirkan.
Pakar-pakar perubatan meramalkan Emma dan Taylor akan meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan tetapi mereka melangkaui ramalan apabila terus hidup selama dua tahun sebelum mengalami masalah jantung baru-baru ini.
Kini sepasukan pakar bedah Hospital Kanak-Kanak Seattle yakin pembedahan pemisahan itu boleh berjaya walaupun mereka belum pernah melakukan pembedahan pemisahan kembar siam yang berkongsi jantung.
Emma dan Taylor sebelum ini telah menjalani dua pembedahan persediaan dan perlu menjalani beberapa prosedur pembedahan sehingga akhir tahun ini sebelum boleh menjalani pembedahan utama itu.
"Kami menerima takdir dengan tenang. Kami memahami risiko pembedahan itu. Kami berdepan risiko lebih buruk jika cuma berpeluk tubuh," kata ibu mereka, Mandy Bailey.
Keluarga berkenaan sedang melakukan persiapan untuk mengadakan larian amal pada bulan depan setelah acara sama tahun lalu berjaya menarik penyertaan 1,000 pelari serta kehadiran 5,000 penonton. - AP
Nota:sumber berita kosmo

Read more...

Kuil dewi kucing ditemui


DUNIA


Kuil dewi kucing ditemui


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan kuil kucing yang ditemui di Iskandariah, Mesir.


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir semalam mengumumkan beberapa penyelidik arkeologi berjaya menemui sebuah kuil Ptolemaic berusia lebih 2,000 tahun yang digunakan untuk menyembah dewi kucing yang dikenali sebagai Bastet.
Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir menyatakan runtuhan kuil milik Ratu Berenice, isteri Raja Ptolemy III yang memerintah Mesir pada abad ketiga Sebelum Masihi (SM) dijumpai di kawasan Kom el-Dekkah di Iskandariah, 180 kilometer dari sini.
Ketua pasukan arkeologi yang menemui kuil itu, Mohammed Abdel-Maqsood berkata, runtuhan tersebut dipercayai sebagai kuil pertama Ptolemaic yang menunjukkan penyembahan dewi kucing masih berterusan selepas berakhir zaman Mesir kuno.
"Runtuhan yang tinggal cuma ialah 60 meter tinggi dan 15 meter lebar," kata Ketua Tertinggi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass dalam satu kenyataan.
Dia menyatakan kuil itu mengalami kemusnahan selepas kawasan tempat ia didirikan menjadi sebuah kuari.
Sejumlah 600 buah patung Ptolemaic ditemui semasa kerja-kerja mencari dilakukan itu termasuk koleksi berhala yang menggambarkan Bastet sebagai dewi perlindungan dan keibuan. - Agensi
Nota:sumber berita kosmo


Read more...

Nenek buta pancing ikan keli gergasi


DUNIA


Nenek buta pancing ikan keli gergasi


GAMBAR yang disiarkan di akhbar daily Telegraph menunjukkan Penfold bergambar dengan ikan keli yang ditangkapnya.


BARCELONA - Seorang nenek berusia 54 tahun dari Britain dan buta sebelah matanya, Sheila Penfold mencipta rekod untuk wanita apabila dia berjaya memancing seekor ikan keli terbesar seberat 97 kilogram (kg) di Sepanyol, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.
Dia yang dibantu suaminya, Alan, dan anaknya, Arthur memancing ikan, mengambil masa selama 30 minit bergelut untuk menariknya ke atas tebing semasa dia memancing di Sungai Ebro dekat sini baru-baru ini.
Jawatankuasa Rekod Perikanan Britain mengesahkan, tangkapan itu adalah yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita Britain mengatasi rekod sebelum ini oleh Bev Street, 46, yang pernah memancing ikan keli dengan berat 32kg.
Ia juga merupakan rekod bagi wanita yang memancing ikan di Sepanyol namun keluarga itu melepaskan ikan tersebut kembali ke dalam sungai.
Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London mendakwa ikan keli itu berukuran 2.48 meter panjang dan mereka memancing dari tebing sungai dengan menggunakan tiga batang joran yang berasingan. - Agensi
Nota:sumber berita kosmo

Read more...

Wanita rakam gambar hantu di kubur


DUNIA


Wanita rakam gambar hantu di kubur


GAMBAR rakaman English yang disiarkan di beberapa blog dan akhbar Daily Telegraph semalam menunjukkan dua imej kanak-kanak (dalam bulatan) sedang berjalan di tanah 
perkuburan St. Mark, selatan Sydney.


SYDNEY - Seorang wanita, Renee English merakamkan gambar yang menunjukkan dua imej kanak-kanak sedang berjalan di sebuah tanah perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia, lapor akhbarDaily Telegraph semalam.
Semasa dia merakamkan gambar itu, tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.
Imej itu kini menjadi perdebatan hangat sama ada mereka ialah kanak-kanak yang meninggal dunia 60 tahun lalu.
Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon.
Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.
Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut.
"Apabila memuat naik gambar kami (dia dan keluarganya), melihat kanak-kanak itu. Semua bulu roma saya kemudian berdiri dan saya berasa seram sejuk.
"Saya tidak dapat tidur dan saya tidak akan melihat filem seram lagi," katanya.
Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.
- Agensi
Nota:sumber berita kosmo


Read more...

Mungkin kes buaya sesat - Pakar

>> Wednesday, January 20, 2010


NEGARA




KESAN luka pada kaki kanan Mohamad Helme yang didakwanya mungkin gigitan buaya.



KERATAN muka depan Kosmo! Ahad semalam.


KUALA LUMPUR - Jika benar dakwaan ada buaya di pantai Port Dickson, reptilia itu telah tersesat dan tidak mungkin boleh hidup lama disebabkan sukar mencari makanan berbanding habitat asalnya.
Pensyarah Institut Oceanografic Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya di kawasan pantai bukan sesuatu yang mustahil kerana ia boleh hanyut dan dibawa arus pada waktu banjir.
"Walaupun secara rasionalnya buaya dari muara Sungai Linggi tidak 
mungkin hanyut ke Port Dickson kerana jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu.
Nota:dipetik dari sumber kosmo online

Read more...

Mangkuk tembikar hasilkan bunyi biola


NEGARA




MOHD. NOR menunjukkan mangkuk yang didakwa boleh menghasilkan bunyi seperti biola di Seberang Jerteh, Besut semalam.


BESUT - Sesiapa sahaja yang mendengar, pasti beranggapan bunyi itu datang dari gesekan rebab ataupun biola.
Namun, apabila didekati dan melihat sendiri, ramai pasti terkejut kerana bunyi yang terhasil itu datangnya dari sebuah mangkuk tembikar.
Itulah keunikan sebuah mangkuk tembikar buatan China yang dipercayai berusia ratusan tahun yang dimiliki seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR), Mohd. Nor Daud, 70, dari Kampung Seberang Jerteh, dekat sini.
Mangkuk berukur lilit 132 sentimeter dan 16 sentimeter tinggi itu mampu menghasilkan bunyi seakan-akan rebab atau biola dengan hanya menggerak-gerakkan tapak tangan di bibir mangkuk tersebut.
"Sebelum itu, mangkuk tersebut perlu diisi dengan air pada paras tertentu manakala tangan pula mesti dibasuh dengan bersih dan elok jika menggunakan sabun atau syampu," kata Mohd. Nor.
Nota:sumber dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Pelacur dipenjara jika enggan dipulihkan

>> Wednesday, January 6, 2010


DUNIA




anggota polis bercakap dengan dua pelacur yang ditangkap dalam satu operasi di Dallas pada November lalu.


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Pelacur-pelacur di sini kini dianggap mangsa jenayah seks dan diberikan pilihan sama ada dipenjarakan atau menjalani program pemulihan.
Program pemulihan itu dikendalikan bersama oleh pihak berkuasa tempatan dan badan bukan kerajaan.
"Kami ialah perintis program ini. Ia satu-satunya program yang diterajui polis sekali gus menjadi pencetus anjakan dalam amalan penguatkuasaan undang-undang," kata Renee Breazeale, pengarah pusat Homeward Boundram yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelacur-pelacur di Dallas.
Program itu bermula dengan operasi bulanan menangkap pelacur di beberapa lokasi pelacuran yang dianggap sebagai pusat jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis.
Pelacur yang memilih untuk menjalani program itu akan menyertai sesi kaunseling selama 45 hari sebelum menerima pelbagai bentuk bantuan dan insentif termasuk pendidikan, penjagaan kanak-kanak serta perumahan.
Kebanyakan pelacur yang ditahan pada bulan lalu dalam satu operasi tidak mengetahui mengenai program itu.
Dalam operasi itu, seorang pelacur remaja duduk di atas tanah dan muntah.
Seorang lagi wanita yang ditangkap itu memakai kasut tumit tinggi dan baju tanpa tali bahu.
Menurut seorang pegawai polis, Sarjan Louis Felini, pelacur-pelacur itu memperdagangkan seks untuk mendapatkan makanan dan tempat tidur. - AP


Read more...

Cuci tingkap bangunan tertinggi dunia di Dubai


DUNIA




GAMBAR menunjukkan tiga mesin yang digunakan untuk mengangkut pencuci tingkap di Burj Khalifa, Dubai semalam.



BANGUNAN Burj Khalifa dikelilingi kerlipan bunga api semasa majlis perasmiannya di Dubai, kelmarin.


MELBOURNE - Sebuah syarikat Australia menceritakan tugas yang mencabar semasa mencuci cermin bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menggunakan sejumlah baldi di sam-ping bantuan peralatan berteknologi tinggi berharga AS$7.3 juta (RM24.7 juta).
Pengurus Besar Cox Gomyl, Dale Harding berkata, syarikat berkenaan mencipta dan memasang beberapa mesin unik yang digunakan untuk membersihkan tingkap sebelum bangunan itu dirasmikan kelmarin.
Sebanyak 12 mesin itu dengan berat keseluruhan 13 tan mampu membawa sehingga 36 tukang cuci yang menggunakan air dan sabun untuk membersihkan 24,830 tingkap bangunan tersebut selama tiga bulan.
"Bahan pencuci yang kami gunakan itu sama seperti yang digunakan untuk mencuci cermin kedai. Tiada yang luar biasa mengenainya," kata Harding.
Tukang-tukang cuci itu berdiri di atas mesin tersebut yang bergerak di sebuah landasan mudah alih dan dipasang mengelilingi bangunan Burj Khalifa.
"Ia cabaran yang amat besar. Mereka mahukan bangunan itu sebersih yang mungkin sebelum majlis perasmiannya dan jadual kami pula singkat," jelas pengurus besar berkenaan.
Burj Khalifa sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai.
Nama baru itu diambil daripada nama pemerintah Dubai, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahayan.
Bangunan itu setinggi 828 meter itu memiliki 160 tingkat. - AFP


Read more...

Bangunan condong' di Liuzhou

>> Saturday, January 2, 2010


DUNIA


'Bangunan condong' di Liuzhou




Sebuah bangunan kediaman terbelah dua di bandar Liuzhou kelmarin.
KANAN: Orang ramai berjalan di sebuah pusat komersial dekat dengan bangunan condong di bandar Liuzhou.



LIUZHOU - Bandar raya Paris terkenal dengan menara condongnya, Eiffel Tower yang menjadi produk pelancongan Perancis.
Namun, di bandar Liuzhou, selatan China, terdapat sebuah bangunan yang terbelah dua dan condong selepas berlaku kesilapan teknikal semasa meletupkannya kelmarin.
Berikutan kesilapan teknik letupan, bangunan 22 tingkat itu terbelah dua dengan salah satu bahagian condong manakala sebuah lagi tidak tumbang sepenuhnya.- Agensi

Nota:Cerita dipetik dari berita kosmo online



Read more...

Datuk 88 tahun belajar sekolah rendah

>> Thursday, December 31, 2009



ABU BAKAR bergambar bersama rakan-rakan sekelasnya di Kano.


KANO, Nigeria - Seorang datuk berumur 88 tahun, Abubakar Muhammad Barinjimi di sini masih belajar di sebuah sekolah rendah swasta dengan cita-cita untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam tempoh 25 tahun.
Datuk kepada 60 orang cucu itu menaiki bas sekolah sejauh enam kilometer ke sekolah itu di sini untuk belajar bersama rakan-rakan sekelasnya yang berumur tujuh tahun.
Dua cucunya turut belajar di sekolah itu.
"Saya tekad memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang teologi sebelum meninggalkan dunia," kata Abubakar.
Digelar Baba yang bermaksud bapa oleh penduduk setempat, dia memasuki sekolah rendah itu tahun lalu bagi mempelajari bacaan al-Quran dengan betul sebagai prasyarat untuk menjadi pakar teologi.
Setelah memperoleh ijazah kelak, Abubakar bercita-cita untuk berdakwah mengenai Islam kepada orang bukan Islam yang bertutur dalam bahasa Inggeris.
Salah seorang anaknya, Sani Barinjimi berumur 42 tahun yang bertugas sebagai guru sebuah kolej berkata, dia dan saudaranya yang lain terkejut apabila bapanya mahu belajar.
Menurutnya, pihak keluarga memberikan bantuan kewangan dan sokongan kepada bapanya itu.
Jika masih hidup dan berjaya dalam peperiksaan, dia akan mendapat ijazah kedoktoran semasa berumur 120 tahun. - AFP


Read more...

Paderi benarkan mencuri

>> Thursday, December 24, 2009


Paderi benarkan mencuri




YORK - Seorang paderi di Britain, Tim Jones (gambar) mengundang kemarahan banyak pihak kerana dia menyatakan kadangkala adalah sesuatu yang boleh diterima untuk seseorang yang amat memerlukan sesuatu barang mencurinya di sebuah rangkaian kedai besar tetapi bukannya melakukan perbuatan itu di kedai runcit.
Dia menyampaikan ceramah kontroversi itu pada Ahad lalu di Gereja Lawrence di sini.
Jones berkata, mencuri dianggap dibolehkan jika seseorang itu amat memerlukan sesuatu barang dan tidak mengambilnya melebihi keperluannya.
Kelmarin, ceramah mirip legenda pencuri Robin Hood itu mengundang bantahan daripada kalangan paderi lain, pemilik kedai dan pihak polis.
"Gereja England tidak pernah menyuruh seseorang untuk mencuri di kedai atau melanggar undang-undang," kata Paderi Besar, Richard Seed.
Namun, Jones berkata, mencuri di kedai mungkin membantu mereka yang mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak menerimanya kerana sebab-sebab birokrasi. - AP


Read more...

Bomoh pijak pesakit


Bomoh pijak pesakit

YADAV memijak seorang kanak-kanak yang menghidap <br>selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.
YADAV memijak seorang kanak-kanak yang menghidap
selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.

Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Nota:sumber dipetik dari http://www.hmetro.com.my

Read more...

UFO ganjil berbentuk piramid di Moscow

>> Monday, December 21, 2009





GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan imej objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk piramid berlegar-legar di bangunan Kremlin, Moscow.
MOSCOW - Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan berlegar-legar di bangunan Kremlin di sini mengejutkan penduduk Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut beberapa saksi, UFO itu sama seperti imej kapal angkasa Imperial dalam filem Star Wars.Imej itu yang dirakamkan pada waktu malam dari sebuah kereta oleh jurugambar amatur disiarkan berulang kali dalam laporan berita di negara tersebut.Satu klip UFO berbentuk tiga segi itu yang berlegar-legar di Medan Merah di sini turut disiarkan di laman YouTube di Internet.Seorang peminat UFO yang pernah bekerja dengan Jabatan Pertahanan Britain selama tiga tahun berkata, klip itu merupakan yang paling ganjil pernah dilihatnya.Dia berkata: "Pada mulanya, saya menganggap ia merupakan satu pantulan tetapi ia kelihatan berada di belakang satu garisan tenaga sekali gus teori pantulan tersebut tidak boleh digunakan."Setakat ini polis Rusia enggan memberikan sebarang komen.- Agensi



Read more...

Budak ditusuk jarum selamat dibedah

>> Sunday, December 20, 2009







SAO PAULO - Sepasukan doktor bedah Brazil semalam berjaya mengeluarkan empat batang jarum sepanjang lima sentimeter daripada seorang budak lelaki berusia dua tahun yang ditusuk oleh bapa tirinya.Seorang jurucakap hospital di Salvador dekat sini, Susy Moreno berkata, jarum itu dikeluarkan terlebih dulu kerana terletak di kawasan kritikal tubuh yang boleh menyebabkan maut.Doktor percaya, dia yang menjadi mangsa amalan ilmu hitam bapa tirinya, ditusuk hampir 30 batang jarum, kurang daripada jangkaan awal lebih 50 batang ketika dimasukkan ke hospital Rabu lalu.Bapa tiri kanak-kanak itu, Roberto Carlos Magalhaes ditahan pihak polis selepas mengaku melakukan jenayah kejam tersebut lebih sebulan lalu kerana desakan oleh seorang wanita simpanannya.Polis berkata, suspek wanita, Angelina Ribeiro meminta lelaki itu membunuh mangsa sebagai ritual balas dendam terhadap isteri Magalhaes kononnya untuk mereka dapat kekal hidup bersama. – Agensi




Read more...

Ibu terkecil di dunia dapat cahaya mata

>> Saturday, December 12, 2009






STACEY bersama anaknya yang baru dilahirkan di sebuah hospital di Cincinnati, Ohio baru-baru ini.
CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS) - Ibu terkecil di dunia, Stacey Herald selamat melahirkan anak ketiganya, Malachi lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum ini, doktor memberi amaran kepada Stacey yang tingginya 0.7 meter mengenai risiko baginya untuk mengandung dan melahirkan anak kerana tubuhnya yang kecil.Bagaimanapun, ibu berusia 35 tahun itu nekad untuk berkeluarga dan telah melahirkan dua anak perempuan Kateri dan Makya masing-masing berumur tiga tahun dan 18 bulan sebelum memperoleh bayi ketiganya.Dia berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ketinggian 1.7 meter iaitu Will Herald, 27.Bayi lelaki yang baru dilahirkannya itu memiliki berat cuma 0.9 kilogram.Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal menerusi pembedahancaesarean di sebuah hospital di sini pada 28 November lalu.Herald terpaksa menggunakan kerusi roda kerana menghidap penyakit ganjil genetik, Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang rapuh dan paru-parunya cacat selain merencatkan tumbesarannya. - Agensi


Read more...

Isteri bakar kemaluan suami dibicara Januari



ADELAIDE - Seorang isteri di Australia yang membakar kemaluan suaminya gara-gara cemburu akan didakwa pada Januari depan kerana membunuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Tertuduh iaitu Rajini Narayan, 44, (gambar) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide pada Jumaat lepas kerana tuduhan membunuh, membakar dan membahayakan nyawa.
Rajini yang juga ibu kepada tiga anak membakar zakar suaminya, Satish Narayan pada Disember tahun lalu.
Satish melecur teruk dan meninggal dunia beberapa minggu kemudian manakala rumah keluarga berkenaan turut rosak dan memerlukan kos $1 juta dolar Australia (RM3 juta) untuk dibaiki.
"Saya merupakan seorang isteri yang cemburu. Zakar suami saya hanya milik untuk saya seorang," tertuduh dilaporkan memberitahu jirannya selepas kejadian tersebut. - Agensi

Read more...

Surat paling mahal RM10.8j







TANDA tangan Washington masih kelihatan pada halaman 
surat ini yang dibeli pada acara lelongan di New York kelmarin.

SEPUCUK surat yang ditulis sendiri oleh presiden pertama Amerika Syarikat (AS), George Washington dilelong pada harga AS$.32 juta (RM10.8 juta), sekali gus mencipta rekod dunia baru.
Acara berlangsung di Christie kelmarin memecah rekod surat paling mahal sebelum ini yang juga ditulis oleh Washington, dan dilelong pada 2002 lalu dengan harga AS$834,000 (RM2.8 juta).
Surat itu ditulis Washington pada 1787 kepada seorang sepupunya yang meminta pengesahan berhubung draf perlembagaan baru bagi pengisytiharan kemerdekaan AS.
Namun agensi lelongan Christie tidak mendedahkan identiti pembida yang berjaya memperoleh warkah bersejarah itu. - AP

Read more...

Peniaga keranda berebut mayat

>> Friday, December 4, 2009




PETUGAS pengurus pengebumian menyiapkan satu mayat wanita di Guatemala City baru-baru ini.



GUATEMALA CITY - Pihak pengurusan mayat di ibu negara Guatemala semakin galak sehingga pengendali bisnes itu mendapat gelaran sinis sebagai 'Calaqueros' atau penjual tengkorak.
Mereka sanggup mengejar ambulans, menunggu di luar bilik mayat atau bergegas ke tempat jenayah untuk bertemu dengan anggota keluarga si mati bagi menjual pelbagai pakej pengebumian.
Bandar ini yang terkenal dengan kadar pembunuhan tinggi menyebabkan ramai pengusaha merasuah pihak berkuasa seperti polis dan bomba bagi mendapatkan mayat.
Mereka juga sedia menawarkan bantuan daripada permohonan sijil kematian atau permit pembakaran mayat kepada jualan keranda dengan harga semurah AS$150 (RM515).
Pengendali bisnes ini ada di mana-mana malah sebuah rumah pengurusan mayat di sini terletak dalam bekas bengkel kenderaan yang kini menjual keranda dan pelbagai urusan mayat.
Perang antara beberapa kumpulan samseng dan pengedar dadah menjadikan Guatemala City antara 10 bandar raya paling bahaya di dunia yang mencatat kadar kematian tertinggi. - AP

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP