SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Raya dan Merdeka

>> Monday, August 29, 2011


Tinggal beberapa hari saja kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga hari Kemerdekaan Negara kita Malaysia yang tercinta.Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berhari Raya dan selamat hari Merdeka kepada semua rakyat malaysia dimana jua anda berada ketika membaca ucapan ku ini.Maaf zahir dan batin kupinta dari semua rakan blogger dan pelawat blog ini.

Read more...

Polis cari pemilik kasut gergasi ditemui

>> Wednesday, August 3, 2011

DUNIA



DENISE BOSTOCK memegang sepasang kasut bersaiz 21 yang ditemui di sebuah stesen minyak di Ilkeston, Britain pada bulan lalu.


ILKESTON, Britain - Polis di Derbyshire mencari pemilik sepasang kasut gergasi yang mempunyai saiz 21, lapor sebuah akhbar semalam.Kasut itu diimport dari Amerika Syarikat (AS). Berdasarkan saiz kasut itu, pemiliknya mungkin mempunyai ketinggian lebih 2.1 meter sama dengan bintang bola keranjang AS, Shaquille O'Neal.Bintang bola keranjang itu setinggi lebih 2.1 meter dan memakai kasut bersaiz 22.




Kasut itu ditemui di sebuah stesen minyak di sini pada bulan lalu.
"Ia (mencari pemilik kasut itu) seperti kisah Cinderella," kata seorang kakitangan sokongan dengan Polis Derbyshire, Denise Bostock.Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen dari Turki memakai kasut bersaiz 28 dengan ketinggian 2.49 meter. - Agensi

Sumber:Kosmo online

Read more...

Hutan di dalam gua

DUNIA



KAWASAN hutan yang terdapat dalam gua Son Doong, di daerah Bo Trach, Vietnam.


HANOI - Sebuah gua yang mengandungi hutan terdapat di Taman Negara Vietnam di daerah Bo Trach, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar hutan yang terdapat dalam gua itu dirakamkan oleh Carsten Peter, 52, dari Jerman baru-baru ini. Ia ditemui oleh kumpulan pencari gua dari Britain pada 2009.
Gua itu sepanjang 4.02 kilometer, lebar 100.54 meter dan setinggi 243.84 meter. - Agensi

Sumber: Kosmo online

Read more...

Misteri helikopter Rusia angkut UFO

DUNIA



KLIP video di laman YouTube semalam menunjukkan sebuah helikopter tentera Rusia mengangkut sebuah piring terbang.


MOSCOW - Satu klip video yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah helikopter tentera Rusia mengangkut sebuah piring terbang, lapor laman Allnewsweb.com semalam.

Imej itu telah mencetuskan perdebatan di dalam forum-forum objek terbang tidak dikenali (UFO) di Internet.Ada di antara komen dalam forum itu mendakwa piring terbang itu mungkin UFO yang jatuh dekat Irkutsk, Rusia pada awal tahun ini. - Agensi



Sumber:Kosmo online

Read more...

Wanita miliki payu dara terbesar

DUNIA



Chelsea Charms


LONDON – Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan, lapor sebuah akhbar semalam.Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.

Muncul di stesen televisyen Britain dalam program This Morning di stesen ITV kelmarin, Chelsea menyatakan dia menjalani tiga pembedahan yang bermula ketika dia berusia 20 tahun untuk membesarkan payu daranya sehingga bersaiz gergasi seperti sekarang.Pembedahan ketiganya yang dinamakan Implan Payu Dara Tali

Polipropilena kini diharamkan Britain.
“Ia merupakan sejenis salur yang mengepam cecair ke dalam poket payu dara, cecair itu diserap oleh implan dengan menyebabkan payu dara terus membesar,” katanya.
Charms masih menanti payu daranya diukur secara rasmi manakala seorang wanita, Maxi Mounds kini merupakan pemegang rekod payu dara terbesar di dunia. – Agensi

Sumber:Kosmo online

Read more...

Lelaki 87 tahun pernah berkahwin 107 kali

DUNIA



BELLO MAASABA duduk bersama tiga orang isterinya.


BIDA - Seorang lelaki di Nigeria, Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Anak bongsunya baru berusia sebulan.
Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan Islam, Bello kini memiliki 86 isteri berusia dari 19 tahun hingga 64 tahun. Sembilan isterinya telah meninggal dunia manakala dia menceraikan 12 yang lain.
"Saya mendapat ilham daripada Tuhan yang memberitahu saya wanita yang mana patut saya berkahwin," kata warga emas tersebut.


"Tanpa ilham tersebut, saya tidak akan mengahwini lebih daripada dua isteri," tambahnya. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah yang memiliki 89 bilik di sini.
Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang.
Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.


Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.
Mengenai kehebatannya di ranjang, Bello memberitahu, ia adalah anugerah Tuhan. "Sekiranya saya gagal memuaskan isteri-isteri saya, mereka akan meninggalkan saya," ujarnya. - Agensi

Sumber:Kosmo online

Read more...

Lelaki 91 tahun jadi penari balet tertua

DUNIA





LONDON - Seorang datuk berusia 91 tahun, John Lowe (gambar) yang pernah berkhidmat sebagai askar Britain di Malaya kini menjadi penari balet yang paling tua di negara ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lowe mempunyai empat orang anak dan 11 cucu tetapi isterinya, Catherine sudah meninggal dunia 25 tahun lalu.
"Cucu saya suka dengan apa yang saya lakukan ini," katanya.
Namun, kata Lowe, dia dinasihatkan oleh anak-anaknya supaya tidak terlalu aktif dan melarangnya memusingkan badan sehingga 360 darjah.
Lowe belajar tarian balet sejak 11 tahun lalu dan menghadiri kelas tiga kali seminggu.
Dia turut berlatih di rumahnya di Elly, Cambridgeshire.
Namun, dia tetap mengingati kenangan pahitnya semasa ditahan tentera Jepun ketika bertugas di Malaya pada 1942.
Menurutnya, dia ditahan selepas anggota-anggota pasukannya menyerah diri kepada Jepun.
Lowe berkata, dia dihantar ke pusat tahanan tentera Jepun di Changi, Singapura sebelum dihantar ke Taiwan.
Dia kemudian dibebaskan selepas bandar Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Tentera Berikat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS). - Agensi


Sumber:Kosmo online

Read more...

Jet hipersonik paling laju

DUNIA



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan lakaran artis pesawat hipersonik yang dirancang pembinaan oleh syarikat aeroangkasa, EADS.


LE BOURGET - Syarikat aeroangkasa, EADS yang membina pesawat Airbus semalam mendedahkan rancangan untuk membina pesawat penumpang hipersonik yang mengambil masa cuma dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo.
Ketua Pegawai Teknikal EADS, Jean Botti berkata, pesawat tersebut mirip jet supersonik Concorde yang pernah digunakan oleh syarikat Air France.
Pesawat itu kini sedang dimajukan dengan kerjasama Jepun.
Ia dianggarkan boleh membawa di antara 50 hingga 100 penumpang.
Pembinaan pesawat itu dikenali sebagai projek pengangkutan kelajuan tinggi sifar pencemaran.
Bagaimanapun, Ketua EADS, Louis Gallois berkata, ia mengambil masa di antara 30 hingga 40 tahun untuk membina pesawat tersebut. - Reuters

Read more...

Kenderaan tenggelam kerana pemandu percaya GPS

>> Thursday, June 23, 2011

DUNIA



GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.


WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.


Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam kedalam tasik.Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi



SUMBER DIPETIK DARI BERITA KOSMO ONLINE

Read more...

Kereta api unik untuk masa depan

>> Friday, May 27, 2011


DUNIA


KERETA API unik yang dicipta oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, timur laut Jepun baru-baru ini.


TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder.
Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi. - Agensi


Sumber:dipetik dari kosmo online

Read more...

Bapa seret anak yang berbogel


DUNIA


LU TAN menyeret anak lelakinya dalam keadaan bogel di bandar Hechi, China baru-baru ini.


HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.
Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."
Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.
Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.
Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.
Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.
"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi


Sumber:dipetik dari kosmo online

Read more...

Gunting dalam perut wanita selama tiga tahun

>> Saturday, April 16, 2011


DUNIA


GAMBAR sinar X menunjukkan sebilah gunting dalam perut Veronika Cruz.


SAO PAULO, Brazil - Sebilah gunting besar tertinggal di dalam perut seorang wanita, Veronika Cruz selama tiga tahun selepas dia menjalani pembedahan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gunting itu tertinggal semasa dia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital di sini.
Selepas pembedahan itu, dia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya sehingga mengakibatkan dia pengsan namun beberapa doktor menafikan dakwaan Cruz.
Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan. - Agensi

Sumber:kosmo online

Read more...

Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian




MELANIE SCHACHNER (dua dari kanan) dan Rene Schachner (dua dari kiri) bergambar dalam keadaan bogel di Feldkirchen, Austria baru-baru ini


FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.
Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi

Sumber:kosmo online

Read more...

Kecoh kucing lahir anak anjing?


DUNIA



SEEKOR anak anjing (kanan) dikatakan mencetuskan kekecohan kerana ia dikatakan dilahirkan oleh seekor kucing betina di Yangshan, China baru-baru ini.




YANGSHAN, China - Seorang wanita, Zhou Yun terkejut apabila kucing peliharaannya yang baru melahirkan anak dilihat memelihara seekor anak anjing di belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar akhbar semalam.Yun berkata, dia sudah mengetahui kucingnya itu akan melahirkan anak.Namun, dia berasa terkejut apabila melihat seekor anak haiwan tersebut seperti anjing.
"Setelah diperiksa dengan teliti memang sah ia anak anjing," kata Yun di sini baru-baru ini.Menurutnya, haiwan itu turut melahirkan seekor lagi anak yang memang merupakan kucing tetapi ia telah mati.Namun, dia kini kebingungan bagi meyakini bahawa kucing peliharannya itu telah melahirkan seekor anak anjing.Yun menyatakan dia memang memelihara seekor anjing yang selalu tidur dan makan bersama kucing betina itu.
Bagaimanapun, seorang presiden sebuah klinik haiwan peliharaan, Lai Xiaoyun berkata, adalah mustahil kucing boleh melahirkan anak anjing.Menurut Xiaoyun, kucing itu mungkin menemui seekor anak anjing dan membawa ia pulang selepas seekor anak haiwan itu mati semasa dilahirkan."Kucing dan anjing merupakan dua spesies berbeza dan amat mustahil ia mempunyai keturunan yang sama," katanya. - Agensi
SUMBER:KOSMO ONLINE

Read more...

Budak tiga tahun miliki berat 59.87kg

>> Thursday, March 24, 2011


DUNIA

LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah Guandong, China baru-baru ini.


BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.
Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.
Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.
Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.
Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.
Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.
Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.
Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.
Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.
Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.
"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. - Agensi

Sumber:kosmo online

Read more...

Laluan pejalan kaki unik


DUNIA


LALUAN pejalan kaki yang kelihatan seperti curam di Alicante, Sepanyol.


ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam.
Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya.
Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai. - Agensi

Sumber:kosmo online

Read more...

Bumi berharga RM14,844 trilion

>> Friday, March 4, 2011


DUNIA

GAMBAR menunjukkan rupa bentuk Bumi.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang saintis telah mencipta formula untuk menilai harga planet Bumi dan dia menetapkan Bumi berharga 3,000 trilion (RM14,844 trilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis berkenaan yang bertugas di Universiti California-Santa Cruz, Greg Laughlin, membuat pengiraan itu berdasarkan faktor usia Bumi, saiz, suhu jisim dan beberapa statistik penting yang lain.
Dia mendapati Bumi adalah planet termahal berbanding planet-planet lain di cakerawala.
Cruz mencipta formula tersebut untuk menetapkan nilai planet-planet yang ditemui oleh kapal angkasa Kepler berharga £600 juta (RM2.9 bilion) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
"Saya percaya selama ini sukar untuk kita membayangkan nilai sesuatu planet terutamanya planet- planet yang menyerupai Bumi," katanya pada minggu lalu.
"Justeru, saya mencipta formula metrik ini supaya mudah untuk saya membuat penilaian sama ada sesuatu planet itu berharga atau sebaliknya," tambah Cruz.
Menurutnya, terdapat sekitar 1,235 planet di alam semesta dengan Marikh bernilai sekitar £10,000 (RM49,500), Zuhrah pula cuma 1 penny (RM0.04). - Agensi

Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Kanak-kanak serigala di Bangkok


DUNIA

SUPATRA SASUPHAN


BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.
"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.
Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.
Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.
Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Agensi

Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Sepasang naga dilihat di Kalimantan


DUNIA


SEORANG penumpang bot sempat merakamkan gambar naga raksasa sepanjang 40 meter 
di Sungai Mahakam, Kutai Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu.


KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.
Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.
Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.
Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.
Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.
"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.
Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.
Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.
Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. - Agensi

Sumber dipetik dari kosmo online

Read more...

Nenek dedah punca dia tumpaskan enam perompak


DUNIA


GAMBAR yang dirakamkan seorang jurugambar menunjukkan Ann Timson (dalam bulatan) memukul seorang perompak di depan sebuah kedai barang kemas di Norhampton, Britain pada Isnin lalu.


NORTHAMPTON - Seorang nenek di Britain, Ann Timson yang menumpaskan enam penjenayah yang mahu merompak sebuah kedai barang kemas dengan menggunakan beg tangannya, menafikan dia merupakan seorang wirawati, lapor sebuah akhbar kelmarin.
"Mungkin sesuatu yang bodoh buat saya kerana terlibat dalam kejadian itu tetapi seseorang perlu melakukan sesuatu," katanya selepas kejadian itu berlaku pada Isnin lalu.
Menurut jiran-jirannya, dia kerap memeriksan penduduk yang terdedah pada jenayah di kawasan perumahannya.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, nenek berusia 71 tahun itu memukul kesemua penjenayah itu dengan beg tangannya apabila dia melihat mereka cuba melarikan barang kemas dari sebuah kedai di sini.
"Saya sedang berdiri dan berbual dengan seorang wanita apabila saya terdengar bunyi bising dan melihat enam lelaki menaiki beberapa skuter di seberang jalan.
"Mereka sedang memukul seorang lelaki dan saya cuba masuk campur untuk membantu lelaki itu. Apa yang merisaukan saya ialah orang ramai hanya berhenti untuk melihat tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan perbuatan tersebut.
"Apabila saya berada dekat dengan mereka baru saya sedar bahawa kejadian itu adalah satu rompakan dan saya bertambah marah kerana mereka (kumpulan perompak) fikir mereka bebas melakukan jenayah di tempat terbuka pada siang hari," katanya.
Menurutnya, dia kemudian memukul seorang perompak itu dengan menggunakan beg tangannya tetapi lelaki itu melarikan diri manakala rakan-rakannya cuba memecahkan cermin untuk mencuri barangan kemas.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya tetapi saya terus menghayunkan beg saya. Saya memukul seorang perompak yang berada di atas skuter sehingga dia terjatuh. Dia mengangkat sebatang tukul besi untuk memukul saya, jadi, saya terus memukul sambil menjerit meminta pertolongan," jelas nenek itu.
Nasib warga emas itu baik, kerana orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu datang untuk menolongnya.
Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Salah seorang perompak itu ditangkap oleh orang awam.
Selepas perompak itu disoal siasat, polis telah memberkas tiga lagi rakannya yang lain dan bakinya kini diburu pihak berkuasa. - Agensi


Sumber dipetik dari kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP