CACING GERGASI
>> Wednesday, April 1, 2009
KOSMO RABU 01 APRIL 2009
CACING GERGASI MAKAN BATU KARANG
CORNWALL – Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1,2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, laporan sebuah akhbar semalam. Cacing yang dinamakan Berry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeleda akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu. Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika. “Terdapat ‘benda’ yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memiliki rahang pelik dan badannya diliputi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia, “kata kurator akuarium itu, Matt Slater. Menurutnya , Berry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain. Cacing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika dia masi kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. - Agenci
0 comments:
Post a Comment