DUKUN KECIL LANGGAR UNDANG-UNDANG
>> Tuesday, June 2, 2009
JOMBANG- Agensi kebajikan kanak-kanak di Indonesia mendesak pihak berkuasa tempatan melindungi hak budak lelaki berumur sembilan tahun dari Jawa Barat yang menjadi dukun kecil, lapor sebuah akhbar semalam. Suruhanjaya Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (KOMNAS) menyuarakan kebimbangan mengenai kebajikan dukun kecil itu, Muhammad Ponari. Menurutnya, kebimbangan itu disuarakan selepas Ponari dirawat di hospital kerana keletihan akibat didatangi oleh ribuan pesakit yang mahu mendapatkan sentuhan ajaibnya. Baru-baru ini, Ponari dikatakan mendapat seketul batu ajaib ketika hampir disambar petir dan dia didakwa mampu mengubati segala penyakit dengan mencelupkan batu tersebut ke dalam air. Pengerusi KOMNAS, Seto Mulyadi berkata, pihak berkuasa tempatan di Jombang sepatutnya menghalang sejumlah orang pergi ke kampung Balungsari di mana Ponari tinggal bersama keluarganya. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak (KPAI), Masnah Sari berkata, pekerjaan Ponari sebagai dukun kecil menyalahi Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak yang termaktub pada 2003.
0 comments:
Post a Comment