SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

ULAR GERGASI TELAN BUAYA…

>> Friday, April 24, 2009


 

KOSMO! JUMAAT 10 APRIL 2009

 

ULAR GERGASI TELAN BUAYA…

LOS LLANOS – Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat Bandar Los Llonas,Venezuela,lapor sebuah akbar semalam.Detik-detik itu Berjaya dirakam oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya disebuah kawasan berpaya disebuah hutan di Negara berkenaan.Pada kebiasaannya filem-filem Hollywood kerap menunjukkan adengan ular gergasi yang kerap diberi jolokan  anaconda menelan manusia dan haiwan lain.Namun detik-detik menarik itu disaksikan sendiri oleh jurugambar yang menyaksikan pertarungan antara ular dengan buaya terbabit. Ular gergasi tersebut berwarna hijau dan bertindak membelit buaya malang itu kerana ia tidak mempunyai bisa untuk membunuh mangsa.Mulut ular itu yang anjal mampu untuk membaham buaya tersebut tetapi ia mengambil banyak masa untuk menelan tubuh haiwan berkenaan.Selepas menghabiskan makanan itu,ia kemudian mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dan menghadamkan hidangan istimewa yang sudah dinikmatinya. - Agensi.

Read more...

LELAKI 26 TAHUN BERTUBUH KANAK-KANAK


KOSMO! KHAMIS 16 APRIL 2009

 

NEW DELHI – Sekumpulan pakar  perubatan terkejut apabila mendapati kanak-kanak yang disangka berumur 2 tahun adalah lelaki dewasa berusia 26 tahun.Lapor sebuab akbar semalam.Lelaki yang dianggap bayi itu,jerly Lyngdoh tinggal bersama ibu dan  bapanya di Meghalaya,utara india.Dia kelihatan seperti kanak-kanak lain dengan ketinggian hanya mencecah 140 sentimeter.Namun,rahsiahnya terbongkar setelah  dia membuka mulut kerana semua giginya adalah gigi orang dewasa.Seorang pakar kanak-kanak Dr.J. Ryndong berkata,kes membabitkan jerly merupakan sesuatu yang pelik.”Hanya gigi menunjukkan dia seorang yang dewasa.Ini adalah satu keganjilan yang jarang berlaku,”katanya.Pakar-pakar percaya bahawa kanak-kanak yang mempunyai berat dibawah 10 kilogram itu mengalami rembesan hormone tidak normal sehingga menjejaskan tumbesarannya. – Agensi.

Read more...

MILIKI RAMBUT 2.5 METER

>> Sunday, April 5, 2009


KOSMO SABTU 4 APRIL 2009

WANITA CHINA MILIKI RAMBUT 2.5 METER

 

CHONGQING – Seorang warga china, Chenq Shiquin miliki rambut 2.5 meter laporan sebuah akhbar semalam. Shiquin yang memiliki sebuah salun kecantikan di sini tidak pernah memotong rambut sejak 16 tahun lalu. Shiquin mengambil masa dua jam hanya untuk mencuci rambutnya dan sejam lagi untuk menyikatnya. Walaupun rambut wanita itu tergolong dalam kategori  ekstrem, Shiquin bukan pemegang rekod rambut terpanjang di dunia kerana ia menjadi milik Xie Qiuping dari wilayah Guangxi. Qiuping memiliki rambut berukuran lebih lima meter panjang pada 2004 dan dia menyimpannya sejak berumur 13 tahun. - AGENCI

Read more...

CACING GERGASI

>> Wednesday, April 1, 2009


KOSMO RABU 01 APRIL 2009

             CACING GERGASI MAKAN BATU KARANG

CORNWALL – Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1,2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, laporan sebuah akhbar semalam. Cacing yang dinamakan Berry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeleda akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu. Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika. “Terdapat ‘benda’ yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memiliki rahang pelik dan badannya diliputi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia, “kata kurator akuarium itu, Matt Slater. Menurutnya , Berry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain. Cacing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika dia masi kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. - Agenci

Read more...

PESAWAT JADI BILIK DARJAH

KOSMO 01 APRIL 2009

            PESAWAT JADI BILIK DARJAH DI BRITIAN

STOKE-ON-TRENT – Sebuah pesawat komersial sepanjang 25 meter akan diubah suai menjadi bilik darjah yang pertama di Britian, laporan sebuah akhbar semalam. Pesawat yang tidak lagi digunakan itu tiba di Sekolah Rendah Kingsland di sini kemarin dengan dibawa oleh sebuah treler selepas terbang beribu-ribu jam dengan membawa sejumlah ahli perniagaan ke Irlend dan Sepanyol. Pesawat itu dibelih pada harga kurang $20,000 (RM104,271) atau separu daripada $40,000 (RM208,568) yang diperlukan untuk membina sebuah bilik darjah bergerak. Guru besar sekolah itu, David Lawrence berkata, pesawat tersebut akan dilengkapi papan putih, meja dan komputer riba bagi memudakan proses pembelajaran 30 orang murid. “bilik darja ini menyeronokan. Benarkah apa yang saya lihat ini?, “kata murid sekolah itu yang berumur 11 tahun, Connor Myatt. - Agensi

Read more...

KELAPA KEMBAR BAU WANGI


PETALING JAYA – kelapa kembar berbau wangi bak bunga melor.Bunyinya agak aneh tetapi itulah hakikatnya pada buah kelapa yang ditemui oleh dua orang peniaga yang menguruskan kedai menjual buah-buahan dan santan ditaman medan dekat taman Dato’Haron disini.Suhaimi mohd nor, 36 yang sudah tiga tahun berniaga disitu dan pernah bekerja mengopek kelapa dibagan Datoh,perak,berkata,”dea tidak pernah mendengar atau terjumpa dengan kelapa sedemikian rupa.”Jumaat lalu,seperti biasa abang ipar saya membelah stock kelapa untuk dikisar,barulah dia perasan yang kelapa itu kembar.”Bila kami berdua lihat dekat-dekat,bukan hanya kembar,malah ia mengeluarkan bau yang sangat wangi macam bau bunga melor.Kami pun simpan dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk,”katanya sambil memberitahu akan menyimpan kelapa itu kerana ia boleh dijadikan minyak

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP