SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

LALU LINTAS SESAK GARA-GARA AKSI SEKS

>> Thursday, June 18, 2009





BERLIN- Satu pasangan di Jerman mencetuskan kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer apabila mereka melakikan hubungan seks di atas besi penghadang kemalangan sebuah lebuh raya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.Para pemandu yang terkejut, menekan brek kenderaan masing-masing untuk tidak terlepas peluang menyaksikan ‘drama’ percuma tersebut di sini.Pihak berkuasa yang tiba di lokasi itu diberitahu mereka sebenarnya sedang menjalani penggambaran sebuah filem lucah.Aktres filem berkenaan yang di kenali sebagai Melanie dari Amerika Syarikat mengaku perbuatannya menyebabkan lalu lintas menjadi sesak. “Sebelum ini, saya kerap melakukan seks di tempat tertutup.Justeru, saya terfikir kenapa tidak menjalani penggambaran di tempat terbuka supaya orang ramai dapat melihat saya. Saya teruja melakukannya dan pemandu kenderaan turut menyukainya,” kata bintang porno tersebut.Bagaimanapun, seorang pegawai polis Jerman menyifatkan perbuatan wanita itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berisiko menyebabkan kemalangan jalan raya.


dipetik dari kosmo 12 june 2009

Read more...

BUNDCHEN BOGEL UNTUK MAJALAH FOTO

>> Tuesday, June 16, 2009

LONDON-Model terkaya di dunia, Gisele Bundchen beraksi tanpa seurat benang tetapi badannya dihiasi dengan tatu dalam sesi fotografi, lapor sebuah akhbar semalam.Bundchen yang merupakan model kelahiran Brazil menunjukkan aksi berani itu baru-baru ini untuk edisis terbaru majalah Photo Magazine.Sepanjang sesi penggambaran itu, Bundchen beraksi dengan hampir keseluruhan tubuhnya dicat.Gambar itu pastinya menjadikan isu terbaru majalah tersebut akan laris di pasaran.Baru-baru ini dia disenaraikan sebagai model yang menerima bayaran termahal di dunia oleh majalah Forbes.Menurut Forbes, model Heidi Klum berada di tempat kedua diikuti Kate Moss, Adriana Lima dan Doutzen Kroes.SSM12121

Read more...

BERGELAR RATU CANTIK SELEPAS KURUS


CARDIF- Seorang wanita gemuk di Wales, Natasha Suliman memenangi satu pertandingan ratu cantik seterusnya menjadi seorang model selepas berjaya menguruskan badan, lapor sebuah akhbar semalam.Natasha,22, memiliki berat badan 89 kilogram ketika bekerja di kedai kelengkapan rumah B&Q tetapi menerima tawaran menjadi model iklan jenama itu selepas berat badannya turun 32 kilogram.Pihak pengurusan B&Q menawarkan kerja itu kepada Natasha selepas mereka kagum dengan usaha dan kejayaannya dinobatkan sebagai Ratu Cantik Carmarthenshire,Wales.Gadis tersebut berkata, dia mengambil masa setahun untuk mengurangkan berat badannya dengan mengamalkan diet sayur-sayuran dan buah-buahan selain kerap bersenam.”Dua tahun lalu, saya gemuk kerana tidak menjaga pemakanan tetapi saya membuat keputusan untuk berubah selepas melihat diri saya di depan cermin.”katanya.Pihak pengurusan tempat Natasha bekerja menjadi penajanya apabila dia memasuki pertandingan ratu cantik.Dia kini layak menyertai pusingan akhir ratu cantik Wales dan berpeluang memasuki pertandingan ratu cantik dunia.
sumber dipetik dari kosmo 12 june 2009

Read more...

LELAKI PAKAI BAJU MANDI WANITA


SUGARCREEK- Seorang lelaki, Kevin Miller ditangkap di sini, Amerika Syarikat kerana mengganggu ketenteraman orang ramai apabila dia berkeliaran dengan memakai sehelai baju mandi wanita berwarna hijau, lapor sebuah akhbar semalam. Ketika ditahan, Miller mundar mandir sambil memakai baju mandi yang dipadankan dengan sepasang stoking putih dan but. Kejadian itu disahkan oleh seorang anggota polis perbandaran Sugarcreek, Sarjan Mark White. Polis berkata, pihaknya menerima 20 aduan daripada wanita dan gadis tentang Miller, 41, mendekati mereka dan bertanya sama ada mereka menyukai pakaian barunya itu.Lelaki tersebut tidak mengaku bersalah apabila didakwa kerana berkelakuan lucah di tempat awam di hadapan Hakim Mahkamah Daerah Xenia,Michael Murry baru-baru ini.
sumber...dipetik dari kosmo 12 june 2009

Read more...

>> Friday, June 5, 2009


KUCING BERSAYAP JADI TARIKAN

 

CHONGQING- Seekor kucing di China menarik perhatian orang ramai selepas haiwan berkenaan didapati memiliki sayap, lapor sebuah akhbar semalam. Pakar-pakar haiwan turut buntu berhubung fenomena ganjil yang berlaku di sini, barat China. Kucing berwarna putih itu dilahirkan dalam keadaan normal tetapi organ tambahan berbentuk sayap mula tumbuh pada sisi lehernya ketika haiwan tersebut berusia setahun. Beberapa pakar percaya ‘sayap’ itu sebenarnya satu proses mutasi dengan anggapan terdapat kembar siam kucing tersebut yang membesar di dalam badan mamalia berkenaan. Beberapa pakar lain pula menyatakan pembentukan sayap itu merupakan mutasi genetik dan berpunca daripada ibu haiwan berkenaan yang terdedah pada pencemaran kimia. Walaupun keadaannya ganjil, kucing tersebut dapat menjalani kehidupan seperti biasa manakala pemiliknya pula gembira kerana haiwan peliharaannya menarik perhatian ramai.

 

Read more...

42 TAHUN PELURU DI KEPALA

>> Tuesday, June 2, 2009

CHONGQIN- Seorang pesara di China, He Wenying akhirnya lega selepas sebutir peluru yang tertanam di dalam kepalanya sejak 42 tahun lalu akhirnya berjaya dikeluarkan, lapor sebuah akhbar semalam. Peluru berukuran 3.3 sentimeter panjang itu berada di antara telinga dan rahang wanita berkenaan ketika berlakunya Revolusi Budaya di China pada 1967. Ketika itu, sebutir peluru sesat mengenai Wenying apabila askar-askar komunis bertempur dengan kumpulan penentang. Pesara berkenaan yang kini berusia 65 tahun mengadu mengalami sakit kepala sejak itu tetapi hanya menyedari terdapat peluru pada kepalanya apabila dia mendapat rawatan di sebuah hospital berhampiran pada 1978 kerana sakit kepala. Bagaimanapun, beberapa doktor meminta Wenying pulang ke rumah kerana keadaan hospital berkenaan yang daif pada masa itu. Selama tiga dekad sakit kepala wanita itu datang dan pergi namun dia hanya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan selepas kesakitan merebak ke seluruh badannya. Peluru tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan beberapa orang doktor dan Wenying kini semakin sembuh dan dibenarkan pulang ke kediamannya.

SSM12036

Gambar diatas menunjukkan bentuk peluru yang terbenam dikepala  He wenying selama 42 tahun.

 

Dipetik dari berita kosmo

Read more...

TUKANG GUNTING RAMBUT UNIK

 

CHANGSHA- Seorang tukang gunting rambut di China, Wang Xiaoyu menunjukkan kemahiran istimewanya dan mungkin tidak ada pada orang lain, lapor sebuah akhbar kelmarin. Xiaoyu yang berumur 35 tahun menggunting rambut seorang wanita dengan tubuhnya berada dalam keadaan terbalik dekat kedai guntingnya di sini, pada 22 mei lalu. Ketika menggunting rambut, kakinya berada di atas kepala pelanggan. Kepala Xiaoyu berada di bahagian rambut pelanggan. Dia sudah menjadi tukang gunting rambut sejak 15 tahun lalu mengikut latihan seni mempertahankan diri selama 18 tahun. Menurut laporan media, dia cuba menarik lebih ramai pelanggan dengan memberikan perkhidmatan istimewa itu.

 

SSM12035

Read more...

DUKUN KECIL LANGGAR UNDANG-UNDANG

SSM12031 JOMBANG- Agensi kebajikan kanak-kanak di Indonesia mendesak pihak berkuasa tempatan melindungi hak budak lelaki berumur sembilan tahun dari Jawa Barat yang menjadi dukun kecil, lapor sebuah akhbar semalam. Suruhanjaya Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (KOMNAS) menyuarakan kebimbangan mengenai kebajikan dukun kecil itu, Muhammad Ponari. Menurutnya, kebimbangan itu disuarakan selepas Ponari dirawat di hospital kerana keletihan akibat didatangi oleh ribuan pesakit yang mahu mendapatkan sentuhan ajaibnya. Baru-baru ini, Ponari dikatakan mendapat seketul batu ajaib ketika hampir disambar petir dan dia didakwa mampu mengubati segala penyakit dengan mencelupkan batu tersebut ke dalam air. Pengerusi KOMNAS, Seto Mulyadi berkata, pihak berkuasa tempatan di Jombang sepatutnya menghalang sejumlah orang pergi ke kampung Balungsari di mana Ponari tinggal bersama keluarganya. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak (KPAI), Masnah Sari berkata, pekerjaan Ponari sebagai dukun kecil menyalahi Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak yang termaktub pada 2003.

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP