SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Remaja lelaki bersisik ular

>> Saturday, June 5, 2010


DUNIA

GAMBAR menunjukkan Ari Wibawa yang mempunyai tubuh bersisik.


ENDE, Indonesia - Penduduk bandar ini di wilayah Nusa Tenggara Timur, gempar dengan kewujudan remaja lelaki bersisik seperti ular dan seorang budak perempuan berwajah mirip monyet.
Khabar mengenainya yang tersebar meluas tiga hari lalu ternyata benar apabila dua manusia ganjil itu dikunjungi oleh wartawan akhbar Kompas.
Seorang remaja berumur 13 tahun, Ari Wibawa memiliki tubuh bersisik mirip ular yang hendak bersalin kulit.
Setiap 41 hari dia berganti kulit dan ia berlaku sejak dia dilahirkan.
Seorang budak perempuan, Septiani Abdullah, 11, mempunyai wajah mirip monyet.
Seluruh tubuh Septiani bermula dari tengkuk ditumbuhi rambut lebat.
Ari ialah anak sulung pasangan Erman dan isterinya, Nur Ali yang berasal dari Desa Pondok Pucung, Tangerang, Pulau Jawa.
Menurut abang Ari, Arfan Afandi, setiap 15 minit, tubuh adiknya perlu dibasahkan dengan air manakala setiap tiga jam tubuhnya juga harus disapu dengan losen.
"Jika tidak disapu losen, tubuh Ari akan mengerut menyerupai patung seperti mayat hidup, mirip orang yang tubuhnya terbakar mengeras dan dia tidak boleh bergerak seperti kaku," kata Arfan.
Budak perempuan berwajah seperti monyet itu merupakan anak kedua pasangan Yusuf Abdullah dan Fatma Nusi dan berasal dari kampung Dumbaya Wulan, di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi
"Dia bermain dengan kanak-kanak lain yang normal. Hanya wajahnya terutama mulut dan hidungnya yang mirip monyet," kata ibu Septiani, Fatma. - Agensi

Sumber:Dipetik dari sumber kosmo online

Read more...

Wanita pijak bayi


DUNIA


SUSPEK mencampak bayi yang didukungnya ke tanah dan mula memijaknya di Zhengzhou, China, baru-baru ini.


ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.
Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.
Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.
Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat. - Agensi

Sumber:Dipetik dari kosmo online

Read more...

Wanita miliki paling banyak tatu


DUNIA


JULIA menunjukkan tatu pada perutnya.


NEW YORK - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Julia Gnuse mencipta rekod dunia Guinness World Records apabila dia memiliki tatu paling banyak di tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang menetap di Foothill Ranch, Lake Forest, California menghadiri pesta buku di sini kelmarin dengan menunjukkan 95 peratus tubuhnya dipenuhi tatu termasuk lukisan hutan dan kartun sehingga menampilkan wajah pelakon terkenal.
Menceritakan kenapa dia mempunyai banyak tatu, Julia berkata, pada mulanya dia membuat tatu di kakinya yang mengalami penyakit kulit melepuh apabila terdedah pada cahaya matahari.
Dia kemudian bertatu di perut, lengan dan belakang badan.
Menurutnya, dia kemudian menjadi seorang wanita yang ketagih tatu. - Agensi

Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Laju 6 kali bunyi


DUNIA


GAMBAR fail menunjukkan pesawat X-51A Waverider (dalam bulatan) berada di bawah sayap B-52 Stratofortress pada 9 Disember 2008.


WASHINGTON – Sebuah pesawat ujian milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-51A Waverider mencatat rekod dunia penerbangan supersonik selepas ia terbang selama enam minit pada kelajuan Mach 6 atau enam kali kelajuan bunyi iaitu kira-kira 7,416 kilometer sejam.
Tentera Udara AS melaporkan di laman webnya bahawa X-51A berlepas dari sebuah pesawat pengebom berat, B-52 Stratofortress di pesisir pantai selatan California kelmarin dan ia memecut hingga Mach 6 selama 200 saat sebelum hilang momentum menyebabkan ujian itu ditamatkan.
“Kami benar-benar teruja kerana ujian tersebut mencapai kejayaan dengan perubahan daripada penggunaan pesawat enjin kipas selepas Perang Dunia Kedua kepada enjin jet,” kata Pengurus Eksperimen Program X-51A, Charlie Brink.
Rekod sebelum ini cuma 12 saat. – AP

Sumber:Berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Dua ikan bersaing gelaran paling hodoh


DUNIA

GAMBAR menunjukkan ikan Blobfish.


BEIJING - Penemuan seekor ikan yang pada kebiasaannya hidup di Laut China Selatan mencetuskan persoalan adakah ia akan menggantikan ikan Blobfish sebagai yang paling hodoh di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan Blobfish pada kebiasannya wujud di perairan laut dalam di Australia dan Tasmania.
Namun, seekor ikan aneh yang baru ditemui di Laut China Selatan itu mempunyai sirip yang boleh menggenggam dan kelihatan seperti tangan dan memiliki sepasang 'kaki' kecil.
Ikan itu mempunyai wajah yang menunjukkan reaksi seperti baru sahaja mendapat berita paling buruk.
Seorang pemilik restoran Bao Sung di Fujian, timur China membeli ikan itu selepas ia timbul di sebuah lokasi akibat pencemaran.
"Siripnya sangat besar dan berotot. Ia boleh berjalan di atas meja," kata Bao. - Agensi

Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Muka seperti makhluk asing


DUNIA

IGOR (kiri) dan kembarnya, Grichka yang memiliki wajah seperti makhluk asing menghadiri satu parti di Cannes, Perancis kelmarin.


CANNES - Muka satu pasangan kembar yang merupakan pelakon televisyen terkenal di Perancis, Igor Bogdanoff dan Grichka Bogdanoff kini kelihatan seperti wajah makhluk asing
yang kerap disiarkan dalam filem dan televisyen, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan kembar itu sebelum ini popular semasa berlakon dalam siri fiksyen sainsTemps X pada 1980-an sebelum menjadi peminat pembedahan plastik.
Muka pasangan kembar itu menjadi seperti wajah makhluk asing yang dipaparkan dalam filem dan televisyen akibat kesan terlalu banyak menjalani pembedahan plastik.
Gambar wajah mereka seperti makhluk asing itu dirakamkan oleh jurugambar semasa mereka menghadiri satu parti di Cannes, Perancis kelmarin.
Mereka difahamkan menjalani banyak pembedahan plastik di bahagian pipi dan dagu termasuk menggunakan Botox. - Agensi


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Muka pahlawan di Scotland 700 tahun dibina semula


DUNIA

GAMBAR menunjukkan wajah seorang pahlawan di Scotland yang terbunuh kira-kira 700 tahun lalu.


DUNDEE - Wajah seorang pahlawan yang terbunuh kira-kira 700 tahun lalu pada zaman peperangan menuntut kemerdekaan Scotland dibina semula dengan menggunakan teknik forensik seperti yang disiarkan dalam siri televisyen popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.
Wajah itu dibina dan dipamerkan berdasarkan tengkorak yang ditemui pada 1997 di bawah lantai sebuah gereja kecil di Istana Stirling, Scotland.
Projek pembinaan semula wajah itu dilakukan oleh satu pasukan yang diketuai oleh pakar antropologi dari Universiti Dundee, Profesor Sue Black.
Analisis yang dilakukan terhadap tengkorak itu menunjukkan dia mati semasa berumur dalam lingkungan 20-an dan tubuhnya amat cergas dan tegap seperti seorang pemain ragbi profesional.
Pakar-pakar turut menemui beberapa kecederaan serius termasuk di dada dan di depan tengkorak.
Pahlawan itu didapati mati selepas terkena sebilah pedang yang ditusuk menembusi hidung dan rahangnya.
Pakar-pakar itu percaya dia terbaring semasa diserang.
"Pembinaan semula wajah itu memberikan kita gambaran kuat mengenai rupa bentuk pahlawan yang mati pada 1300-an," kata seorang lagi pakar antropologi, Dr. Richard Strachan. - Agensi

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP