SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Muka pahlawan di Scotland 700 tahun dibina semula

>> Saturday, June 5, 2010


DUNIA

GAMBAR menunjukkan wajah seorang pahlawan di Scotland yang terbunuh kira-kira 700 tahun lalu.


DUNDEE - Wajah seorang pahlawan yang terbunuh kira-kira 700 tahun lalu pada zaman peperangan menuntut kemerdekaan Scotland dibina semula dengan menggunakan teknik forensik seperti yang disiarkan dalam siri televisyen popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.
Wajah itu dibina dan dipamerkan berdasarkan tengkorak yang ditemui pada 1997 di bawah lantai sebuah gereja kecil di Istana Stirling, Scotland.
Projek pembinaan semula wajah itu dilakukan oleh satu pasukan yang diketuai oleh pakar antropologi dari Universiti Dundee, Profesor Sue Black.
Analisis yang dilakukan terhadap tengkorak itu menunjukkan dia mati semasa berumur dalam lingkungan 20-an dan tubuhnya amat cergas dan tegap seperti seorang pemain ragbi profesional.
Pakar-pakar turut menemui beberapa kecederaan serius termasuk di dada dan di depan tengkorak.
Pahlawan itu didapati mati selepas terkena sebilah pedang yang ditusuk menembusi hidung dan rahangnya.
Pakar-pakar itu percaya dia terbaring semasa diserang.
"Pembinaan semula wajah itu memberikan kita gambaran kuat mengenai rupa bentuk pahlawan yang mati pada 1300-an," kata seorang lagi pakar antropologi, Dr. Richard Strachan. - Agensi

0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP