SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Wanita paling rendah di dunia berasa gembira

>> Tuesday, November 23, 2010

DUNIA



HATICE KOCAMAN


ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman menyatakan perasaan gembiranya selepas dinobatkan sebagai wanita paling rendah di dunia pada awal tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam."Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 sentimeter dan seberat 6.8 kilogram (kg).


Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki berkata, semasa di zaman kanak-kanak, dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekolah kerana ketinggiannya."Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.
Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun.Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut.Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian anak mereka terhenti. - Agensi


Sumber:Kosmo online
 

Read more...

Katak Afrika makan tikus tanah

DUNIA



GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor katak Afrika memakan seekor tikus.


LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.


Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu."Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.


Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. - Agensi 

Sumber:Kosmo online

Read more...

Mesin automatik keluarkan ketam hidup

DUNIA



GAMBAR menunjukkan mesin pengeluaran ketam hidup.


BEIJING - Sebuah mesin pengeluaran ketam hidup diletakkan di stesen tren bawah tanah di Nanjing, China, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut Pengurus Besar Syarikat Twin Lake Crab, Wu Zhendi, sebanyak 100 ekor ketam hidup dijual dalam tempoh sehari.


"Pada mulannya, para pelanggan berasa ragu-ragu kerana mereka bimbang jika ketam itu masih hidup atau tidak," katanya.
Dia berkata, orang ramai kini kembali semula membeli ketam itu selepas mereka melihatnya masih hidup."Kami menjual ratusan ketam pada setiap hari dan lebih 100 ekor ketam pada hujung minggu," katanya.


Ketam yang dijual itu dikenali sebagai Dazha di China dan merupakan makanan popular di Nanjing.Ia mempunyai tiga saiz, kecil, sederhana dan besar dijual pada harga di antara 16.15 yuan (RM7.46) hingga 53 yuan (RM24.48) serta diletakkan di dalam bungkusan plastik.
Idea ganjil itu dikemukakan oleh seorang kakitangan syarikat Twin Lakes Crab Co., Tuanjie Shi.


"Saya pernah melihat banyak mesin pengeluaran automatik yang menjual minuman Coke dan snek dan menyebabkan saya menganggap ketam sepatutnya dijual menerusi mesin pengeluaran kerana ia kini menjadi produk yang standard," katanya. - Agensi

Sumber:Kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP