LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan
seekor tikus tanah sebagai hidangannya.Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk
membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat
setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa
yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca
tajam.
Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan
Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut
dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus
adspersus itu."Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu
haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan
akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya,
termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.
Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu
makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik
dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak
lain sebagai makanannya.Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan
membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat
matahari yang terik.Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain
saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. -
Agensi
Sumber:Kosmo online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment