SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Tikus gergasi ditemui di dalam rumah

>> Tuesday, August 24, 2010


DUNIA

SEEKOR tikus gergasi yang ditembak mati.


BRADFORD, England - Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm).


Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut.

Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan. - Agensi


Sumber dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Peti sejuk 56 tahun masih berfungsi


DUNIA


GAMBAR menunjukkan Edmund Garrod bersama peti sejuk miliknya yang berusia 56 tahun.


LONDON - Sebuah peti sejuk dipercayai yang tertua di Britain masih berfungsi dengan baik selepas 56 tahun dibeli, lapor sebuah akhbar semalam.Pemiliknya, Edmund Garrod menggunakan peti sejuk model DE.30 buatan syarikat General Electric itu setiap hari sejak ia dihantar ke rumahnya ketika dia masih kanak-kanak pada 26 Jun 1954.

Peti sejuk setinggi paras pinggang berwarna krim itu berharga £69 (RM343.70) bersamaan sekitar £1,415 (RM7,049) pada harga sekarang.Ia dibeli ibu bapa lelaki tersebut untuk menyimpan susu mereka yang mudah menjadi masam."Saya menganggap peralatan elektrik pada masa itu (tahun 1950-an) dibuat dengan amat baik dan ia tahan lama," katanya. Dia menukarkan peti sejuk lama itu dengan sebuah peti sejuk moden dan canggih setelah memenangi satu pertandingan bagi mencari peti sejuk tertua di Britain. - Agensi

Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Tapak rumah berusia 10,500 tahun ditemui


DUNIA


SEJUMLAH serpihan kayu ditemui yang dipercayai runtuhan sebuah rumah berusia 10,500 tahun di Flixton, Britain, baru-baru ini.


FLIXTON, Britain - Sebuah tapak yang merupakan rumah kayu manusia zaman batu ditemui di sini yang dipercayai berusia 10,500 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Manchester, membuat penemuan itu baru-baru ini.Para penyelidik percaya lantai rumah itu mengandungi lantai yang terdiri daripada lapisan rumput.

Menurut seorang penyelidik, Dr Chantal Conneller dari Universiti Manchester, rumah itu mungkin digunakan selama 200 tahun hingga 500 tahun."Anda boleh menempatkan tiga atau empat orang di dalam rumah itu. Ia mungkin satu struktur ritual kerana terdapat bukti terdapat aktiviti ritual di tapak ini," katanya. - Agensi

Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Awan bawa ribut luar biasa

>> Friday, August 13, 2010


DUNIA


Awan hitam yang besar bergerak ke bandar Helsinki baru-baru ini.


HELSINKI, Finland - Beberapa gambar kejadian ribut luar biasa yang mencederakan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan kumpulan rock terkenal, Motley Crue membatalkan konsert mereka di Finland disiarkan media tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.Rakaman tersebut dibuat semasa awam berwarna hitam, angin kencang, hujan lebat dan petir melanda bandar raya Helsinki dan beberapa kawasan lain di negara itu baru-baru ini.

Sejumlah 40 orang cedera dengan dua lagi mengalami kecederaan serius semasa menonton konsert Motley Crue di Festival Sonisphere, di bandar Pori.Ribut itu turut menyebabkan sebuah pentas rosak teruk.Festival Heavy Metal Sonisphere dihadiri kira-kira 30,000 peminat yang mahu menyaksikan persembahan kumpulan terkenal seperti Iron Maiden, Alice Cooper dan Motley Crue.Sebuah pesawat yang disewa khas oleh band Iron Maiden turut rosak apabila ia berada dalam keadaan senget akibat ribut tersebut.Fenomena awan hitam luar biasa yang membawa ribut itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Gadis 17 tahun lelong dara di TV


DUNIA

Gadis 17 tahun lelong dara di TV

GAMBAR menunjukkan wajah Miss Spring.


BUDAPEST - Seorang gadis di Hungary akan melelong daranya menerusi sebuah stesen televisyen secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam.Remaja tersebut yang berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Miss Spring menyatakan, dia akan menyerahkan daranya kepada lelaki yang membayar harga tertinggi itu sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun.

Dia dilaporkan berbuat demikian bagi mengumpul wang untuk menyelamatkan rumah milik keluarganya daripada dilelong akibat hutang tertunggak."Hubungan seks itu cuma untuk semalam. Bagi saya, ia agak romantik kerana saya melakukannya dengan lelaki yang membayar wang untuk membantu keluarga saya daripada kehilangan tempat tinggal. Dia adalah penyelamat saya," katanya.

Pada mulanya, gadis itu mahu merahsiakan identitinya tetapi mengubah fikiran apabila kisahnya disiarkan media tempatan. - Agensi

Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

UFO paling besar di Manchester


DUNIA


GAMBAR lakaran artis menunjukkan bentuk objek terbang yang tidak dikenali berlegar di Lapangan Terbang Manchester pada 1995.


MANCHESTER - Sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) paling besar dalam sejarah dengan saiz 20 kali lebih besar daripada sebuah padang bola dilaporkan melintasi Lapangan Terbang Manchester, lapor sebuah akhbar semalam.Sekeping gambar lakaran UFO itu telah dihantar kepada Kementerian Pertahanan Britain oleh seorang pakar UFO pada 1995.Fail sulit penemuan itu telah didedahkan kepada umum semalam.

Sebelum ini fail itu dan beberapa laporan mengenai imej UFO yang dilihat oleh orang ramai disimpan di kementerian itu sejak sekian lama.Turut didedahkan ialah objek bercahaya yang dilihat dekat pangkalan Tentera Udara Diraja Britain di Woodbridge, Suffolk pada 1980.Fail mengenai seorang lelaki yang mengesan ketibaan sekumpulan makhluk asing di Lancanshire pada 1997 turut didedahkan kepada orang ramai. - Agensi

Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Tulang kaki lebih 47,000 tahun


DUNIA


GAMBAR menunjukkan tulang kaki berusia lebih 47,000 tahun yang ditemui di sebuah gua dekat Penablanca, Filipina.


MANILA - Pakar-pakar arkeologi menemui satu tulang tapak kaki yang dapat membuktikan bahawa kepulauan Filipina pertama kali dihuni manusia pada 67,000 tahun lalu, beberapa ribu tahun lebih awal berbanding tanggapan sebelum ini, kata seorang penyelidik Muzium Nasional negara berkenaan semalam.

Penyelidik arkeologi muzium tersebut, Taj Vitales berkata, tulang kaki itu ditemui di sebuah gua dan berusia lebih tua daripada tulang Orang Tabon yang dianggap manusia pertama tinggal di Filipina.Tulang Manusia Tabon berusia 47,000 tahun."Tulang ini menjadikan ia rangka manusia tertua pernah ditemui di kepulauan Filipina," kata Vitales.

Ahli-ahli arkeologi dari Universiti Filipina dan Muzium Nasional menemui tulang tapak kaki kanan itu pada 2007 di gua Callao dekat Penablanca, kira-kira 335 kilometer ke utara Manila.Berdasarkan lokasi penemuan tersebut, manusia pertama yang menghuni kepulauan berkenaan kini dinamakan Orang Callao manakala penemuan itu dipaparkan dalam edisi terbaru sebuah jurnal arkeologi bertajuk Journal of Human Evolution. - AFP


Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Parti bogel di tengah laut


DUNIA

Parti bogel di tengah laut

GAMBAR menunjukkan 10 lelaki dalam keadaan bogel di dalam sebuah bot kecil dekat Swansea Bay pada Sabtu lalu.


SWANSEA, Wales - Pasukan penyelamat tentera udara Britain (RAF) mendapati sekumpulan 10 lelaki di dalam sebuah bot kecil di tengah laut sedang berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu apabila sebuah helikopter pengawal pantai mengesan bot Blue Thunderdalam keadaan mencurigakan di perairan Mumbles Head di sini.
Pasukan pengawal pantai itu kemudian meminta bantuan pihak markas RAF Chivenor di Devon.

Sebuah helikopter penyelamat RAF bergegas ke tempat itu dan juruterbang mendapati bot yang dalam pelayaran untuk memancing ikan selama dua jam ke Swansea Bay, South Wales dipenuhi dengan sekumpulan lelaki bogel.Menurut seorang jurucakap RAF, lelaki-lelaki itu melambaikan tangan dan mereka dilihat tidak berdepan dengan sebarang ancaman kecemasan.

Semua penumpang berasal dari Bradleystoke, Bristol dan mereka melompat-lompat dalam keadaan bogel setelah helikopter itu melemparkan tembakan kecemasan ke dalam air.Kapten bot itu, Mark Thomas berkata, dia mahu menganjur acara yang unik di dalam bot tetapi sebelum sempat melakukannya, dia melihat rakan-rakan yang lain telah berbogel dan minum bir.Kumpulan itu dalam perjalanan ke Swansea untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka, Dave Lloyd. - Agensi


Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Saintis temui sungai di bawah laut

>> Thursday, August 12, 2010


DUNIA

Gambar menunjukkan lokasi sungai di bawah Laut 
Hitam dekat Turki.


LONDON - Sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai yang keenam terbesar di dunia di bawah Laut Hitam di Mediterranean, lapor sebuah akhbar semalam.Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis menganggarkan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.

Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan.Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.

Sungai bawah laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam.Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang.Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.

Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbarSunday Telegraph, pada setiap saat, sungai bawah laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah.Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. - Agensi


Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Lelaki 40 tahun setinggi 76 sentimeter

>> Wednesday, August 11, 2010


DUNIA

HUANG KAIQUAN didukung oleh ibunya.


CHENGDU - Seorang lelaki China, Huang Kaiquan cuba memperbaharui rekodGuinness untuk menjadi manusia paling pendek di dunia dengan ketinggian 76 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 40 tahun itu memiliki berat 12 kilogram dan kini menetap bersama ibunya, Cheng Fuxiu, 58, di Hejiang, wilayah Sichuan.
Rekod dunia masih dipegang oleh He Pingping yang juga rakyat China dan berasal dari Ulanqab, Inner Mongolia dengan ketinggian 74 sentimeter.
Namun, He Pingping meninggal dunia pada 13 Mac lalu semasa berusia 21 tahun.
Huang yang bersara daripada kerjaya lakonan ketika berusia 30 tahun setelah jatuh sakit berkata, ramai orang menyangka dia seorang kanak-kanak kerana ibunya kerap mendukungnya. - Agensi



Sumber dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Pasangan pengantin baru tertua di Britain


DUNIA



LONDON - Seorang lelaki, Henry Kerr menamatkan zaman bujangnya sekali lagi pada usia 97 tahun dengan pasangannya yang berumur 87 tahun, Valerie Berkowitz, lapor sebuah akhbar semalam.
Kerr berusaha selama empat tahun untuk memenangi hati wanita tersebut dengan menulis puisi-puisi cinta selain menghabiskan masa selama berjam-jam untuk berkongsi pengalaman hidup dengannya.
"Saya mungkin sudah melamarnya sejak dahulu lagi jika saya tahu bahawa wanita yang cantik dan bijak berusia 87 tahun itu masih meminati lelaki tua seperti saya," kata Kerr.
Dia percaya kehidupan cintanya berakhir ekoran kematian isterinya, Glady pada tahun 2004.
Namun, perasaan cinta timbul semula apabila dia bertemu dengan Berkowitz di sebuah rumah penjagaan di utara London.
Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis tradisional Yahudi yang dihadiri oleh 90 orang tetamu.
Mereka yang sudah mempunyai anak dan cucu itu akan pergi berbulan madu di sebuah lokasi rahsia. - Agensi


Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Nelayan Indonesia temui benda ganjil




GAMBAR menunjukkan benda ganjil berwarna hitam ditemui oleh nelayan di perairan selatan Pulau Gili Raja, Indonesia baru-baru ini.


JAKARTA - Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui satu benda ganjil berwarna hitam diperbuat daripada getah di perairan selatan Pulau Gili Raja, Sumenep, lapor sebuah akhbar semalam.
Benda ganjil itu yang tidak pernah dilihat di perairan tersebut menjadi tumpuan penduduk setempat untuk melihatnya.
Dua buah perahu digunakan untuk menarik benda ganjil itu selama enam jam ke pantai.
Salah seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Hasyim berkata, pada awalnya dia menganggap terdapat sebuah kapal besar sedang tenggelam.
"Ternyata, sebuah benda hitam dari getah dan dikelilingi bekas tayar dan diikat besi antikarat," katanya kepada wartawan Detiksurabaya.
Para nelayan yang menemui barang tersebut akan menjaganya dengan baik.
"Saya berharap benda hitam itu akan diambil oleh pemiliknya," katanya. - Agensi


Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP