SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

>> Sunday, April 22, 2012


DUNIA

Ikan yu gergasi jadi bahan pameran


DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.


KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.
"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.
Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.
Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.
Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribunebahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.
Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu. - Agensi

Sumber:kosmo online

0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP