SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

UFO berlegar di stadium Chelsea

>> Saturday, February 20, 2010


DUNIA

UFO berlegar di stadium Chelsea


LAKARAN yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan seorang saksi melukis objek yang dilihatnya dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Heathrow.


LONDON - Seorang pegawai polis Britain mendakwa dia melihat sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar di atas stadium kelab bola sepak Chelsea, Stamford Bridge pada 1999.
Maklumat itu didedahkan selepas fail tentera mengenai UFO tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia dan boleh didedahkan kepada orang awam sejak semalam.
Pegawai itu menyatakan dia melihat cahaya kekuningan dan objek itu bertukar dari empat segi kepada satu formasi berlian sebelum ia hilang daripada pandangan.
Fail itu mengandungi lebih 6,000 muka surat dan mempunyai maklumat mengenai UFO dari 1994 hingga 2000.
Ia turut mengandungi maklumat mengenai sebuah pesawat Boeing 737 yang mendekati Lapangan Terbang Manchester dan UFO.
Dalam fail itu mengandungi maklumat seorang saksi yang melihat satu objek dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 1993. - Agensi

Nota:Sumber berita dipetik dari Kosmo Online

Read more...

7,000 pasangan kahwin serentak


DUNIA

7,000 pasangan kahwin serentak


SERAMAI 7,000 pasangan berkahwin di sebuah pusat pameran di Goyang, Korea Selatan semalam.


GOYANG - Seramai 7,000 pasangan semalam menghadiri majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran Gereja Penyatuan yang disertai warga Korea Selatan dan sejumlah pengantin dari beberapa buah negara di dunia.
Majlis itu berlangsung di sebuah pusat pameran di sini sekali gus mencipta rekod upacara perkahwinan yang terbesar dalam tempoh sedekad.
Pergerakan Gereja Penyatuan diasaskan oleh Sun Myung Moon pada 1954,
Majlis sedemikian diperkenalkan sejak 1961 yang ketika itu hanya disertai 36 pasangan. - Agensi

Nota:Sumber berita dipetik dari Kosmo Online

Read more...

Manusia tertua dunia rai hari lahir

>> Friday, February 12, 2010


DUNIA

Manusia tertua dunia rai hari lahir


RODRIGUEZ


HAVANA – Seorang wanita, Juana Bautista de la Candelaria Rodriguez meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-125 pada minggu lalu di bandar Bayamo, Cuba.
Menurut agensi berita Prensa Latina, wanita itu dianggap sebagai individu paling tua di planet Bumi walaupun dakwaan itu tidak dapat sahkan.
Agensi berita itu melaporkan bahawa dokumen pendaftaran sivil mengesahkan dia dilahirkan pada 2 Februari 1885 di kampung Santa Rosa.
Namun, pihak Guinness Book of World Records menyatakan ia tidak pernah mendengar kes wanita itu.
“Buat masa kini, kami tidak menerima dakwaan berkaitan dengan individu itu,” kata jurucakap Guinness Book of World Records, Philip Robertson.
Agensi berita tersebut melaporkan bahawa parti hari lahir itu dihadiri oleh sejumlah saudara-mara termasuk 15 cicit dan empat cucunya.
Pada satu temu ramah dengan media Cuba menerusi telefon, Rodriguez berasa gembira dan bersedia menghadapi masa depan kehidupannya.
Pihak Guinness Book of World Records ketika ini membuat kajian semula berhubung individu tertua yang masih hidup selepas Gertrude Baines dari Georgia meninggal dunia pada tahun lalu semasa berumur 115 tahun. – AP
Nota:berita dipetik dari sumber kosmo

Read more...

Daki 1,037 anak tangga di bangunan unik


DUNIA

Daki 1,037 anak tangga di bangunan unik

SEORANG pelari mendaki tangga di bangunan Gherkin di London kelmarin.


SYDNEY - Seorang seniman jalanan terkenal, Chayne Hultgren menunjukkan aksinya menelan 18 bilah pedang secara serentak di sini semalam.
Dia memecahkan rekod Guinness World Records yang dipegangnya sendiri dua tahun lalu apabila dia telah menelan 17 bilah pedang secara serentak.
"Ia mengagumkan. saya berasa amat gembira," katanya yang berumur 31 tahun.
Dia mula berlatih semasa berumur 16 tahun.
"Ia tidak berbahaya jika anda mengetahui cara untuk melakukannya tetapi ia bukan sesuatu yang disyorkan oleh doktor," katanya.
Dia akan menelan pedang itu secara serentak sebelum mengeluarkannya semula.
"Bagi acara ini, saya melakukan banyak latihan dan meditasi. Saya turut belajar cara mengawal otot dan organ dalaman saya," katanya. - Agensi
Nota:berita dipetik dari sumber kosmo

Read more...

Empat wanita tayang payu dara


DUNIA

Empat wanita tayang payu dara


BEBERAPA aktiviti menunjuk perasaan tanpa memakai baju di sebuah pusat pengundian di Kiev semalam.


KIEV - Empat wanita muda sanggup mendedahkan payu dara mereka dalam satu tunjuk perasaan di sebuah pusat pengundian di sini semalam.
Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, wanita itu yang merupakan anggota kumpulan pergerakan kewanitaan kemudian ditarik keluar oleh pengawal-pengawal keselamatan sebelum seorang calon pilihan raya, Viktor Yanukovich tiba.
"Cukuplah merogol demokrasi kami," kata wanita-wanita tersebut yang membawa poster yang tertera ayat seperti 'tolong, rogol.'
SEORANG anggota keselamatan menarik keluar seorang wanita yang tidak berbaju di sebuah pusat pengundian di Kiev semalam.


Keempat-empat wanita itu tidak memakai baju cuma seluar jean dan pelekat di bahagian payu dara mereka.
Wanita-wanita itu memberitahu pemberita bahawa mereka menunjuk perasaan bagi menunjukkan bahawa demokrasi sudah mati di Ukraine tetapi ia tidak ditujukan kepada Yanukovich dan Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko. - AFP
Nota:berita dipetik dari kosmo

Read more...

Pekerja tengok gambar bogel tidak akan dipecat


DUNIA

Pekerja tengok gambar bogel tidak akan dipecat

GAMBAR menunjukkan Kiely (dalam bulatan) melihat gambar bogel Kerr semasa rakannya (kanan) diwawancara oleh rangkaian Channel 7 di Sydney.


SYDNEY - Seorang ahli perbankan Australia, David Kiely yang menjadi popular di Internet kerana dia melihat gambar bogel model Miranda Kerr pada skrin komputer semasa rakannya diwawancara menerusi siaran langsung berita Channel 7, tidak akan dipecat, kata Bank Macquarie dalam satu kenyataan semalam.
"Dia akan kekal menjadi kakitangan Macquarie. Macquarie dan kakitangan meminta maaf berhubung sebarang kesalahan yang mungkin telah berlaku," kata bank tersebut.
Kiely membuka e-mel pada Selasa lalu yang mengandungi gambar Kerr tanpa menyedari seorang rakannya sedang diwawancara secara langsung mengenai ekonomi Australia.
Wawancara itu disaksikan oleh ratusan ribu orang tetapi Kiely kemudian membuka semula maklumat mengenai ekonomi pada skrin komputer dan memandang ke arah kamera sebelum wawancara tersebut berakhir.
Nota:Dipetik dari sumber berita kosmo

Read more...

Tadika tawar jaga anak dirantai


DUNIA

Tadika tawar jaga anak dirantai


JINGDAN dirantai pada sebatang tiang lampu di Bejing pada Rabu lalu.


BEIJING - Kisah seorang bapa yang terpaksa merantai anak kecilnya berusia dua tahun pada sebatang tiang lampu di sini untuk keluar bekerja kerana hidup dalam kemiskinan berakhir apabila sebuah tadika semalam menawarkan penjagaan tiga tahun secara percuma, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah tadika membuat tawaran tersebut kepada bapa budak itu, Chen Chuanliu, 42, setelah gambar anak lelakinya, Jingdan yang dirantai di kompleks beli-belah Huaguan disiarkan ke seluruh dunia sehingga mencetuskan simpati daripada pelbagai pihak.
Bapa budak itu menerima tawaran tadika itu.
Sebelum ini dia pernah mendapat tawaran lumayan untuk mengambil Jingdan sebagai anak angkat tetapi menolaknya.
Chuanliu, seorang pemandu teksi, merantai budak lelaki itu pada setiap hari sejak dua minggu lalu supaya dia boleh keluar menghantar pelanggan.
Bagaimanapun, dia berhenti berbuat demikian beberapa hari lalu setelah dinasihati pegawai-pegawai pentadbiran tempatan.
Chuanliu bimbang dengan nasib Jingdan selepas seorang lagi anak perempuannya, Jinghong berumur empat tahun hilang semasa bermain dengan rakan-rakannya dan dia dipercayai diculik.
Lelaki itu tidak mempunyai gambar anaknya itu untuk disiarkan dalam iklan mencari orang hilang kerana kemiskinan.
Chuanliu menjelaskan, bagi mengelak perkara yang sama berlaku kepada Jingdan, dia merantai anaknya walaupun perbuatan tersebut dianggap kejam. - Agensi
Nota:Dipetik dari sumber berita kosmo

Read more...

Lelaki cium ayam disiasat

>> Monday, February 1, 2010


DUNIA

Lelaki cium ayam disiasat


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki bermain dengan seekor ayam di dalam sebuah tren di New York pada Selasa lalu.


NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.
Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.
"Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.
Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.
Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.
Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.
Jurucakap Pengangkutan Awam Pusat Bandar New York, Charles Seaton berkata, tidak ada penumpang yang melaporkan kejadian itu.
Kaiser merakamkan video dan gambar lelaki itu dengan menggunakan gajet Blackberry dan menyiarkan di laman blognya.
Imej rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube. - AP
Nota:Sumber berita kosmo

Read more...

Guru 100 tahun dapat ijazah


DUNIA

Guru 100 tahun dapat ijazah

Ames


CONCORD, New Hampshire - Seorang bekas guru, Harriet Richardson Ames menerima ijazah sarjana muda pendidikan kira-kira tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-100.
Seorang anak perempuannya berkata, ibunya meninggal dunia pada Sabtu lepas sehari setelah ijazah tersebut diletakkan di atas katilnya.
"Dia mempunyai impian dan dia tidak mati kempunan kerana impian terakhirnya telah tercapai," kata anak perempuan wanita itu, Marjorie Carpenter kelmarin.
Ames yang berusia 100 tahun pada 2 Januari lalu memperoleh sijil perguruan pada 1931 di Sekolah Keene Normal kini Kolej Negeri Keene, Amerika Syarikat (AS).
Dia kemudian mengajar di sebuah sekolah satu bilik darjah di Newbury Selatan, timur laut AS sebelum berpindah ke Sekolah Memorial di Pittsfield.
Sepanjang kerjayanya sebagai pendidik, Ames turut melakukan kerja-kerja kursus untuk melengkapkan jam kredit bagi memperoleh segulung ijazah tetapi dia berhenti separuh jalan apabila penglihatannya kabur setelah bersara pada 1971.
Namun, impian wanita itu diketahui seorang profesor perfileman Kolej Negeri Keene yang menemu bualnya beberapa tahun lalu.
Temu bual itu berkaitan sambutan 100 tahun kolej berkenaan yang disambut pada tahun lepas.
Pihak pentadbiran kolej kemudian meneliti semula semua kursus yang diambil oleh Ames dan berpuas hati bahawa wanita itu layak diberikan ijazah tersebut.
- AP
Nota:Sumber berita kosmo

Read more...

Kembar berkongsi jantung sedia dibedah

>> Sunday, January 24, 2010


DUNIA


Kembar berkongsi jantung sedia dibedah


GAMBAR fail menunjukkan Taylor (kiri) dan Emma bermain di sebuah padang di Queen Creek, Arizona pada 13 Mac tahun lalu.


MESA - Keluarga sepasang bayi kembar siam perempuan Amerika Syarikat (AS), Emma dan Taylor Bailey kini bersedia menghadapi apa jua kemungkinan selepas anak mereka itu dipisah menerusi pembedahan pemisahan dan pemindahan jantung.
Kembar siam itu bersambung pada bahagian dada dan berkongsi hati serta jantung semasa dilahirkan.
Pakar-pakar perubatan meramalkan Emma dan Taylor akan meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan tetapi mereka melangkaui ramalan apabila terus hidup selama dua tahun sebelum mengalami masalah jantung baru-baru ini.
Kini sepasukan pakar bedah Hospital Kanak-Kanak Seattle yakin pembedahan pemisahan itu boleh berjaya walaupun mereka belum pernah melakukan pembedahan pemisahan kembar siam yang berkongsi jantung.
Emma dan Taylor sebelum ini telah menjalani dua pembedahan persediaan dan perlu menjalani beberapa prosedur pembedahan sehingga akhir tahun ini sebelum boleh menjalani pembedahan utama itu.
"Kami menerima takdir dengan tenang. Kami memahami risiko pembedahan itu. Kami berdepan risiko lebih buruk jika cuma berpeluk tubuh," kata ibu mereka, Mandy Bailey.
Keluarga berkenaan sedang melakukan persiapan untuk mengadakan larian amal pada bulan depan setelah acara sama tahun lalu berjaya menarik penyertaan 1,000 pelari serta kehadiran 5,000 penonton. - AP
Nota:sumber berita kosmo

Read more...

Kuil dewi kucing ditemui


DUNIA


Kuil dewi kucing ditemui


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan kuil kucing yang ditemui di Iskandariah, Mesir.


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir semalam mengumumkan beberapa penyelidik arkeologi berjaya menemui sebuah kuil Ptolemaic berusia lebih 2,000 tahun yang digunakan untuk menyembah dewi kucing yang dikenali sebagai Bastet.
Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir menyatakan runtuhan kuil milik Ratu Berenice, isteri Raja Ptolemy III yang memerintah Mesir pada abad ketiga Sebelum Masihi (SM) dijumpai di kawasan Kom el-Dekkah di Iskandariah, 180 kilometer dari sini.
Ketua pasukan arkeologi yang menemui kuil itu, Mohammed Abdel-Maqsood berkata, runtuhan tersebut dipercayai sebagai kuil pertama Ptolemaic yang menunjukkan penyembahan dewi kucing masih berterusan selepas berakhir zaman Mesir kuno.
"Runtuhan yang tinggal cuma ialah 60 meter tinggi dan 15 meter lebar," kata Ketua Tertinggi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass dalam satu kenyataan.
Dia menyatakan kuil itu mengalami kemusnahan selepas kawasan tempat ia didirikan menjadi sebuah kuari.
Sejumlah 600 buah patung Ptolemaic ditemui semasa kerja-kerja mencari dilakukan itu termasuk koleksi berhala yang menggambarkan Bastet sebagai dewi perlindungan dan keibuan. - Agensi
Nota:sumber berita kosmo


Read more...

Nenek buta pancing ikan keli gergasi


DUNIA


Nenek buta pancing ikan keli gergasi


GAMBAR yang disiarkan di akhbar daily Telegraph menunjukkan Penfold bergambar dengan ikan keli yang ditangkapnya.


BARCELONA - Seorang nenek berusia 54 tahun dari Britain dan buta sebelah matanya, Sheila Penfold mencipta rekod untuk wanita apabila dia berjaya memancing seekor ikan keli terbesar seberat 97 kilogram (kg) di Sepanyol, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.
Dia yang dibantu suaminya, Alan, dan anaknya, Arthur memancing ikan, mengambil masa selama 30 minit bergelut untuk menariknya ke atas tebing semasa dia memancing di Sungai Ebro dekat sini baru-baru ini.
Jawatankuasa Rekod Perikanan Britain mengesahkan, tangkapan itu adalah yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita Britain mengatasi rekod sebelum ini oleh Bev Street, 46, yang pernah memancing ikan keli dengan berat 32kg.
Ia juga merupakan rekod bagi wanita yang memancing ikan di Sepanyol namun keluarga itu melepaskan ikan tersebut kembali ke dalam sungai.
Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London mendakwa ikan keli itu berukuran 2.48 meter panjang dan mereka memancing dari tebing sungai dengan menggunakan tiga batang joran yang berasingan. - Agensi
Nota:sumber berita kosmo

Read more...

Wanita rakam gambar hantu di kubur


DUNIA


Wanita rakam gambar hantu di kubur


GAMBAR rakaman English yang disiarkan di beberapa blog dan akhbar Daily Telegraph semalam menunjukkan dua imej kanak-kanak (dalam bulatan) sedang berjalan di tanah 
perkuburan St. Mark, selatan Sydney.


SYDNEY - Seorang wanita, Renee English merakamkan gambar yang menunjukkan dua imej kanak-kanak sedang berjalan di sebuah tanah perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia, lapor akhbarDaily Telegraph semalam.
Semasa dia merakamkan gambar itu, tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.
Imej itu kini menjadi perdebatan hangat sama ada mereka ialah kanak-kanak yang meninggal dunia 60 tahun lalu.
Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon.
Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.
Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut.
"Apabila memuat naik gambar kami (dia dan keluarganya), melihat kanak-kanak itu. Semua bulu roma saya kemudian berdiri dan saya berasa seram sejuk.
"Saya tidak dapat tidur dan saya tidak akan melihat filem seram lagi," katanya.
Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.
- Agensi
Nota:sumber berita kosmo


Read more...

Mungkin kes buaya sesat - Pakar

>> Wednesday, January 20, 2010


NEGARA




KESAN luka pada kaki kanan Mohamad Helme yang didakwanya mungkin gigitan buaya.



KERATAN muka depan Kosmo! Ahad semalam.


KUALA LUMPUR - Jika benar dakwaan ada buaya di pantai Port Dickson, reptilia itu telah tersesat dan tidak mungkin boleh hidup lama disebabkan sukar mencari makanan berbanding habitat asalnya.
Pensyarah Institut Oceanografic Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya di kawasan pantai bukan sesuatu yang mustahil kerana ia boleh hanyut dan dibawa arus pada waktu banjir.
"Walaupun secara rasionalnya buaya dari muara Sungai Linggi tidak 
mungkin hanyut ke Port Dickson kerana jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu.
Nota:dipetik dari sumber kosmo online

Read more...

Mangkuk tembikar hasilkan bunyi biola


NEGARA




MOHD. NOR menunjukkan mangkuk yang didakwa boleh menghasilkan bunyi seperti biola di Seberang Jerteh, Besut semalam.


BESUT - Sesiapa sahaja yang mendengar, pasti beranggapan bunyi itu datang dari gesekan rebab ataupun biola.
Namun, apabila didekati dan melihat sendiri, ramai pasti terkejut kerana bunyi yang terhasil itu datangnya dari sebuah mangkuk tembikar.
Itulah keunikan sebuah mangkuk tembikar buatan China yang dipercayai berusia ratusan tahun yang dimiliki seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR), Mohd. Nor Daud, 70, dari Kampung Seberang Jerteh, dekat sini.
Mangkuk berukur lilit 132 sentimeter dan 16 sentimeter tinggi itu mampu menghasilkan bunyi seakan-akan rebab atau biola dengan hanya menggerak-gerakkan tapak tangan di bibir mangkuk tersebut.
"Sebelum itu, mangkuk tersebut perlu diisi dengan air pada paras tertentu manakala tangan pula mesti dibasuh dengan bersih dan elok jika menggunakan sabun atau syampu," kata Mohd. Nor.
Nota:sumber dipetik dari berita kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP