SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Nenek dedah punca dia tumpaskan enam perompak

>> Friday, March 4, 2011


DUNIA


GAMBAR yang dirakamkan seorang jurugambar menunjukkan Ann Timson (dalam bulatan) memukul seorang perompak di depan sebuah kedai barang kemas di Norhampton, Britain pada Isnin lalu.


NORTHAMPTON - Seorang nenek di Britain, Ann Timson yang menumpaskan enam penjenayah yang mahu merompak sebuah kedai barang kemas dengan menggunakan beg tangannya, menafikan dia merupakan seorang wirawati, lapor sebuah akhbar kelmarin.
"Mungkin sesuatu yang bodoh buat saya kerana terlibat dalam kejadian itu tetapi seseorang perlu melakukan sesuatu," katanya selepas kejadian itu berlaku pada Isnin lalu.
Menurut jiran-jirannya, dia kerap memeriksan penduduk yang terdedah pada jenayah di kawasan perumahannya.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, nenek berusia 71 tahun itu memukul kesemua penjenayah itu dengan beg tangannya apabila dia melihat mereka cuba melarikan barang kemas dari sebuah kedai di sini.
"Saya sedang berdiri dan berbual dengan seorang wanita apabila saya terdengar bunyi bising dan melihat enam lelaki menaiki beberapa skuter di seberang jalan.
"Mereka sedang memukul seorang lelaki dan saya cuba masuk campur untuk membantu lelaki itu. Apa yang merisaukan saya ialah orang ramai hanya berhenti untuk melihat tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan perbuatan tersebut.
"Apabila saya berada dekat dengan mereka baru saya sedar bahawa kejadian itu adalah satu rompakan dan saya bertambah marah kerana mereka (kumpulan perompak) fikir mereka bebas melakukan jenayah di tempat terbuka pada siang hari," katanya.
Menurutnya, dia kemudian memukul seorang perompak itu dengan menggunakan beg tangannya tetapi lelaki itu melarikan diri manakala rakan-rakannya cuba memecahkan cermin untuk mencuri barangan kemas.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya tetapi saya terus menghayunkan beg saya. Saya memukul seorang perompak yang berada di atas skuter sehingga dia terjatuh. Dia mengangkat sebatang tukul besi untuk memukul saya, jadi, saya terus memukul sambil menjerit meminta pertolongan," jelas nenek itu.
Nasib warga emas itu baik, kerana orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu datang untuk menolongnya.
Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Salah seorang perompak itu ditangkap oleh orang awam.
Selepas perompak itu disoal siasat, polis telah memberkas tiga lagi rakannya yang lain dan bakinya kini diburu pihak berkuasa. - Agensi


Sumber dipetik dari kosmo online

Read more...

Perarakan Maulidur Rasul

>> Tuesday, February 15, 2011

Taman Sri Muda,Shah Alam,Perarakan Maulidur Rasul anjuran persatuan Aceh Malaysia yang diadakan diMasjid Al-Falah taman srimuda mendapat sambutan dari perbagai organisasi.Dianggarkan hampir 700 jemaah berarak bermula dari Masjid Al-Falah dan berakhir di Masjid Al-Falah juga.Tidak ketinggalan juga Ketua Balai Polis Taman Srimuda turut sama berarak bersama jemaah lain.

 Segak bergaya Sargen Halim(ketua balai polis taman srimuda)berarak dibarisan paling hadapan bersama dengan jawatankuasa Masjid Al-Falah.










Sekian dari saya udins penulis blog untuk krt dan srs Taman srimuda zon B.

 Barisan krt dan srs taman srimuda zon b


 Skuad bermotorsikal skim rondaan sukarela atau srs taman srimuda zon B pimpinan En.Sapari dan En.Kashfi



Sumber:dicopy dari blog saya sendiri srstamansrimuda.blogspot.com

Read more...

Hantar dadah guna lastik gergasi

>> Thursday, February 3, 2011


DUNIA


KAYU lastik gergasi bergerak bagi membaling bungkusan ganja melintasi sempadan Amerika Syarikat di Arizona pada minggu lalu.


PHOENIX – Penyeludup-penyeludup dadah di Mexico mempunyai lastik gergasi yang diperbuat daripada kayu untuk membaling dadah melepasi sempadan Amerika Syarikat (AS).
Pasukan Pengawal Kebangsaan AS yang mengendalikan sistem kamera kawalan jauh di Stesen Kawalan Sempadan Naco di negeri Arizona AS, menyatakan, mereka memerhatikan beberapa orang menggunakan sebuah mesin lastik untuk membaling beberapa pakej dipercayai ganja, melepasi sempadan pada minggu lalu.
Mereka kemudian menghubungi pasukan tentera Mexico yang melakukan satu serbuan ke lokasi tersebut yang menemui sebuah lastik gergasi setinggi 2.7 meter.
Seorang pegawai tentera berkata, lastik itu berupaya membaling ganja seberat dua kilogram sejauh beberapa ratus.
Sebanyak 15.87 kilogram ganja, sebuah kenderaan selain lastik gergasi itu dirampas askar-askar Mexico manakala para penyeludup itu berjaya melarikan diri. – Agensi




Sumber:kosmo online

Read more...

Ibu dipenjara kerana laku seks dengan rakan anak


DUNIA

CATHLEEN MILLER


CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Cathleen Miller, 40, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.
Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.
Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.
Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.
Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.
Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.
Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.
Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.
Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi


Sumber:kosmo online

Read more...

Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas


DUNIA



COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbarColumbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi


Sumber:kosmo online

Read more...

Raja penipu tiduri 2,500 wanita


DUNIA

PAUL BINT

LONDON - Seorang penipu di Britain, Paul Bint, 48, mendakwa dia memperoleh lebih £2 juta (RM9.4 juta) milik sejumlah wanita yang diperdayakannya untuk membeli kereta sport, barangan kemas serta tinggal di hotel-hotel mewah, lapor sebuah akhbar semalam.Digelar raja penipu kerana kelicikannya, Bint, 48, turut meniduri 2,500 wanita dengan menyamar sebagai seorang perunding hospital, peguam dan eksekutif bank untuk menggoda dan membawa mereka ke ranjang.


"Saya juga pernah menjalin hubungan dengan 10 wanita sekali gus dan menggunakan identiti berbeza apabila bersama mereka," katanya.Lelaki itu memiliki rekod jenayah seawal usia 15 tahun tetapi menyedari dia pandai menipu selepas mencuri sebuah stetoskop ketika berusia 21 tahun untuk menyamar sebagai seorang doktor di beberapa wad hospital.


Bagi mengelak disyaki oleh mangsanya, Bint banyak membaca buku mengenai pelbagai kerjaya selain memiliki daya ingatan yang baik.Dia yang dibebaskan setelah separuh jalan menjalani hukuman penjara tiga tahun beberapa hari lalu bagaimanapun, berikrar untuk tidak lagi menipu dan mahu menjalani kehidupan berlandaskan undang-undang. - Agensi

Read more...

RIBUT GREG 26 DEC 1996

>> Friday, December 24, 2010



Rupa sungai Pampang selepas 14 tahun ribut greg berlalu

KENINGAU 26 DECEMBER 1996 
Peristiwa awal pagi 26 December 1996 itu di luar jangkaan sama sekali.Ribut greg yang sudah pun berlalu di barat laut perairan Sabah tiba-tiba berpatah balik selepas bertembung dengan taufan Fern berdekatan kepulauan Filipina.Biarpun ribut tropika itu hanya berkelajuan 50 km/j,ia bukan sahaja memusnakan beratus-ratus kediaman malah menyebabkan banjir besar khususnya di daerah Kota Kinabalu,Tuaran,Papar dan Keningau.Tanda ingatan tragedi itu cukup memilukan.Seramai 238 orang terkorban dan kira-kira 7.600 penduduk hilang tempat berteduh.Mangsa bukan sahaja dipalit dengan kedukaan kehilangan orang yang tersayang bahkan kerugian akibat bencana itu mencecah sejuta ringgit.Namun dalam setiap malapetaka,wang ringgit dan harta sebenarnya bagaikan tidak bernilai berbanding nyawa.Walaupun Cuma tiga jam melanda,ribut greg telah membawa kesengsaraan yang besar kepada mereka yang masih hidup di tahun 2010 ini.
 


Kejadian itu menyebabkan beberapa kawasan landaaan ribut berubah pemandangannya bak padang jarak padang terkukur.Kebanyakan mangsa ditemui di dalam Lumpur dan runtuhan bangunan oleh anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan polis hutan (kini pasukan gerak am)pga,polis marin,Rejimen askar melayu DiRaja,pengakap sempadan dan pasukan khas mencari dan menyelamat (smart)serta penduduk sekitar.Empat batang sungai utama iaitu sungai Bayoya,Pampang,Senagang dan Liawan turut menjadi saksi kepada peristiwa yang menyayat hati itu.Kini semuanya telah pun berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh ribuan penududk di Sabah,khususnya di Keningau.



Setelah 14 tahun berlalu peristiwa rebut greg di Sabah,namun bahangnya tetap terasa hingga ke hari ini yang bertarikh 25 december 2010..Kenangan pahit ini akan dapat dirasakan pada setiap 26 december setiap tahun oleh mereka yang terselamat daripada bencana greg itu.Kita tidak dapat membayangkan berapa ramai manusia yang tidak sempat bertaubat telah menemui ajalnya pada saat itu,oleh yang demikian kita yang terselamat daripada bencana greg ini masih diberi peluang dan waktu oleh ALLAH S.W.T. untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadanya.Sebagai seorang muslim yang terselamat dari sesuatu malapetaka seharusnya bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T yang telah menciptakan muka bumi dan segala isinya.Semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan darinya jua dan kita sebagai hambanya harus redha pada setiap dugaan yang diturunkan kepada kita…Amin yarabbana Alamin….

Read more...

'Dikurung' dalam blok ais 24 jam

>> Friday, December 17, 2010

DUNIA



KLAUS FOX baring di dalam blok ais di Spittal, Austria baru-baru ini.


SPITTAL, Austria - Satu rekod baru dunia dicatat kelmarin oleh seorang ahli silap mata, Klaus Fox yang masih hidup selepas dia 'dikurung' di dalam blok ais selama 24 jam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Sepanjang aksi itu, Fox menyimpan sebuah telefon bimbit bersamanya bagi menghubungi teman wanitanya, Sabrina Pichler, jika berlaku kecemasan.Rekod dunia sebelum ini turut dicatatnya dengan masa lapan jam.Fox dan kekasihnya berharap untuk mengumpulkan dana untuk Tabung Anggota Bomba dan Penyelidikan Kanser melalui aksi cemas berkenaan. - Agensi 



Sumber:dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Wanita paling rendah di dunia berasa gembira

>> Tuesday, November 23, 2010

DUNIA



HATICE KOCAMAN


ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman menyatakan perasaan gembiranya selepas dinobatkan sebagai wanita paling rendah di dunia pada awal tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam."Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 sentimeter dan seberat 6.8 kilogram (kg).


Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki berkata, semasa di zaman kanak-kanak, dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekolah kerana ketinggiannya."Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.
Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun.Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut.Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian anak mereka terhenti. - Agensi


Sumber:Kosmo online
 

Read more...

Katak Afrika makan tikus tanah

DUNIA



GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor katak Afrika memakan seekor tikus.


LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.


Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu."Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.


Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. - Agensi 

Sumber:Kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP