SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

DIHUKUM KERANA WAJAH SEPERTI SYAITAN

>> Tuesday, July 21, 2009

DIHUKUM KERANA WAJAH SEPERTI SYAITAN

MAIDSTONE- Seorang penduduk di kampung Seasalter , Kent , Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa , lapor sebuah akhbar semalam. Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnyakelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah RM 20 861. Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan pergerakannya, Dia menjalani pembedahan supaya dua tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang dua. Paslow mengaku di sebuah mahkamah majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai pembedahan itu. “ Ia merupakan kesalahan bodoh. Saya meminta maaf. Saya berasa amat kesal, “ katanya yang merupakan duda anak dua.

 

SSM10127

0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP