JUMPA ULAR SAWA MENGERAM KETIKA CARI REBUNG
>> Tuesday, July 21, 2009
JUMPA ULAR SAWA MENGERAM KETIKA CARI REBUNG
TEMERLOH- Seorang buruh ladang warga Indonesia yang dikenali sebagai Wak,45,nyaris di telan seekor ular sawa sepanjang enam meter ketika sedang mencari rebung di tebing Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit petang kelmarin.Katanya, dia terserempak dengan ular sawa seberat 67 kilogram itu yang sedang mengeram berpuluh biji telur di sarangnya pada pukul 5.30 petang semalam. Dia kemudian terus menghubungi beberapa penduduk kampung yang berada di kawasan berhampiran untuk memaklumkan penemuan ular sawa tersebut.Seorang penduduk,Tajudin Mohd. Zain,52, berkata, dia yakin kehilangan tiga ekor kambingnya lima bulan lalu mungkin kerana dibaham ular sawa tersebut.” Kami terpaksa menembak haiwan berkenaan kerana ia bertindak agresif ketika cuba ditangkap.” Disebabkan terlalu takut telur-telur ular itu akan menetas, kami mengambil keputusan membakar sarangnya,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment