SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Bayi Kepala Dua Meninggal

>> Thursday, July 30, 2009

Prediksi tim medis Rumah Sakit Umum Daerah Arifin Ahmad, Pekanbaru, yang menyebut bayi kembar conjoined twins parapagus dicephalus tetrabrachius (kembar dengan dua kepala, empat lengan, dua tulang belakang, dan rongga dada menyatu - red) tidak berumur panjang, terbukti. Bayi berjenis kelamin laki-laki anak pasangan Badrun (33) dan Nurhayati (23), warga RT 3, Desa Belantara Raya, Kecamatan Gaung, Indragiri Hilir ini, menghembuskan nafas terakhir  di ruang Perimatologi RSUD Arifin Achmad, Selasa (28/7) pukul 01.30 WIB.

Dirut RSUD Arifin Ahmad, Yulwiriati Moesa mengatakan, bayi tersebut meninggal karena mengalami gagal pernafasan. Sehari sejak dilahirkan bayi dua kepala ini terus menggunakan alat bantu pernafasan, CPAP. "Bayi langsung dibawa ke Indragiri Hilir (rumah orangtuanya), karena ibunya kan baru melihat sebentar," kata Yulwiriati. Menurut dia, pihak rumah sakit mengizinkan karena itu merupakan hak pasien. "Pihak keluarga minta segera dibawa,  itu hak mereka. Jadi kita izinkan," kata dia.

Bayi dua kepala yang belum sempat diberinama ini dilahirkan Jumat (24/7) lalu di RSUD Puri Husada, Indragiri Hilir. Karena tidak sanggup menangani, pihak RSUD Puri Husada merujuknya ke RSUD Arifin Ahmad. Dari hasil rontgen yang dilakukan, diketahui bagian dada ke atas organ tubuh bayi memang kembar, namun ke bawah satu. Seperti kepala ada dua, tulang punggung dua, tangan ada tiga. Jantung bayi ada dua. Bagian tubuh lainnya, untuk kaki hanya ada dua, alat kelamin satu, dan anus satu. "Mengenai limpa, hati dan organ dalam lain belum bisa dipastikan juga. Sebab, dari hasil rontgen pada bagian tengah hanya kelihatan putih saja. Untuk memastikan harus dilakukan CT scan," kata dr Andreas Makmur SpRad, salah seorang tim dokter yang menangani bayi tersebut, Sabtu lalu.

Hingga menjelang akhir hidupnya, kandungan oksigen bayi masih di bawah normal yang seharusnya 95-100 persen.

 

sumber dipetik dari HARIAN GLOBAL

 

090729_bayi

SSM10221

Read more...

WANITA BANTU BUAT LUKISAN BERUSIA 25000 TAHUN

>> Tuesday, July 21, 2009

WANITA BANTU BUAT LUKISAN 25 000 TAHUN

PARIS- Satu kajian terbaru menunjukkan sekumpulan wanita turut sama membantu membuat beberapa lukisan yang berumur lebih 25 000 tahun dalam Gua Pech Merli dan Gargas di Perancis, lapor sebuah akhbar semalam.Seorang pengkaji lukisan purba dari Universiti State Pennsylvvania,Amerika Syarikat (AS),Profesor Dean Snow berkata, terdapat bekas rapak tangan wanita pada lukisan di gua itu.Dengan menggunakan bentuk tangan manusia moden, dia membandingkan ukuran bekas tapak tangan yang terdapat dalam gua tersebut.”Saya mempunyai banyak data manusia berketurunan Eropah yang membenarkan saya mengimbas tangan mereka sebagai data rujukan,” katanya.Dia menggunakan nisbah jari bagi mengenal pasti sama ada lelaki atau perempuan yang membuat bekas tapak tangan yang kecil.” Jari telunjuk yang panjang dan jari kelima yang pendek adalah ciri-ciri kewanitaan,” katanya yang merujuk pada bekas tapak tangan di kedua-dua gua itu.

SSM10041

Read more...

JUMPA ULAR SAWA MENGERAM KETIKA CARI REBUNG

JUMPA ULAR SAWA MENGERAM KETIKA CARI REBUNG

TEMERLOH- Seorang buruh ladang warga Indonesia yang dikenali sebagai Wak,45,nyaris di telan seekor ular sawa sepanjang enam meter ketika sedang mencari rebung di tebing Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit petang kelmarin.Katanya, dia terserempak dengan ular sawa seberat 67 kilogram itu yang sedang mengeram berpuluh biji telur di sarangnya pada pukul 5.30 petang semalam. Dia kemudian terus menghubungi beberapa penduduk kampung yang berada di kawasan berhampiran untuk memaklumkan penemuan ular sawa tersebut.Seorang penduduk,Tajudin Mohd. Zain,52, berkata, dia yakin kehilangan tiga ekor kambingnya lima bulan lalu mungkin kerana dibaham ular sawa tersebut.” Kami terpaksa menembak haiwan berkenaan kerana ia bertindak agresif ketika cuba ditangkap.” Disebabkan terlalu takut telur-telur ular itu akan menetas, kami mengambil keputusan membakar sarangnya,” ujarnya.

SSM10042

Read more...

DIHUKUM KERANA WAJAH SEPERTI SYAITAN

DIHUKUM KERANA WAJAH SEPERTI SYAITAN

MAIDSTONE- Seorang penduduk di kampung Seasalter , Kent , Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa , lapor sebuah akhbar semalam. Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnyakelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah RM 20 861. Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan pergerakannya, Dia menjalani pembedahan supaya dua tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang dua. Paslow mengaku di sebuah mahkamah majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai pembedahan itu. “ Ia merupakan kesalahan bodoh. Saya meminta maaf. Saya berasa amat kesal, “ katanya yang merupakan duda anak dua.

 

SSM10127

Read more...

BAYI ADA 10 JARI DI KAKI KANAN

 

 

BAYI ADA 10 JARI DI KAKI KANAN

XIANGFAN- Seorang bayi berumur tujuh bulan di China dilahirkan dengan mempunyai sepuluh jari di kaki kananya , lapor sebuah akhbar semalam.Bayi perempuan itu diperiksa oleh sekumpulan doktor di sebuah pusat perubatan di sini pada selasa lalu sebelum dia menjalani pembedahan untuk membuang jari kakinya yang lain.Pakar-pakar perubatan berharap dia akan pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan itu di Hospital Perbandaran Xiangfan , Di wilayah Hubei. SSM10122

Read more...

JET F-18 TERBANG DEKAT APARTMENT

 

 

DETROIT-SEbuah jet pejuang F-18 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) membuat demonstrasi dengan terbang dekat sebuah apartment di Sungai Detroit baru-baru ini , lapor sebuah akhbar semalam. Pesawat tersebut dibenarkan untuk terbang di sungai itu sebagai salah satu acara pembukaan rasmi satu perlumbaan bot di Bandar raya ini. “Saya seperti tidak percaya bagaimana mereka (juruterbang) terbang dekat dengan bangunan kami, saya pasti juruterbang itu melambaikan tangan kea rah saya ,” kata seorang penduduk.

 

SSM10086

Read more...

AKSI UNIK PELAGAK NGERI

AKSI UNIK PELAGAK NGERI

LONDON-Pelagak ngeri dari Australia , Robbie Maddison menggunakan penggunakan unik apabila dia membuat lompatan dengan menggunakan motosikal ketika menyeberangi Tower Bridge, lapor sebuah akhbar semalam.Ketika bahagian tengah jambatan itu terangkat , Maddison yang berumur 27 tahun melakukan aksi dengan memusingkan motosikalnya sewaktu berada di udara.Dia membuat aksi itu pada 2.55 pada waktu tempatan.Menurutnya , dia sudah merancang untuk melakukan aksi itu pada tahun lalu. “Ia merupakan satu perasaan yang menakjubkan untuk terbang antara dua menara jambatan itu dan menyeberangi Sungai Thames. :Orang menyatakan saya seorang yang gila tetapi saya mahu melangkaui sempadan sukan dan saya suka menyahut cabaran besar,” katanya.Dia tidak mengalami sebarang kecederaan ketika membuat aksi itu.

SSM10087

SSM10088

Read more...

TUNJUK PUNGGUNG KE ARAH KERETA API

TUNJUK PUNGGUNG KE ARAH KERETA API

LOS ANGELOS-Kira-kira 100 orang termasuk wanita menunjukkan punggung ke arah kereta api yang sedang melintasi landasan di daerah Orange , di sini pada Sabtu lalu , lapor sebuah akhbar semalam.Tradisi itu bermula pada 1979 apabila seorang pelanggan K.T. Smith membuat tawaran akan memberi minuman percuma kepada sesiapa yang boleh berlari ke landasan dan menunjukkan punggung ke arah kereta api. SEjak itu , pada minggu ke dua setiap Julai , orang ramai akan melondehkan seluar untuk menunjukkan punggung mereka ke arah kereta api bagi meneruskan tradisi tersebut.

 

SSM10093

Read more...

IMEJ HANTU DI TINGKAP RUMAH

IMEJ HANTU DI TINGKAP RUMAH

HILLINGDON-Seorang ibu tiga anak , Anne Marie Logie yang sedang mencari sebuah rumah baru menerusi enjin carian Google Street View menemui imej yang di percayai hantu di tingkap atas kediaman itu, lapor akhbar semalam.Ketika kejadian Logie yang berumur 28 tahun sedamg melayari laman tersebut untuk menunjukkan kepada ibunya gambar rumah empat bilik itu.Namun dia berkata , “Ia (imej itu) menyeramkan saya.Saya terpaksa menutup computer.”Logie berhasrat untuk menghubungi seorang pengusir hantu jika dia berpindah ke rumah itu di sini , barat London.

SSM10092

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP