PERTH - Seekor cicak berkepala dua ditemui di Coogee, New South
Wales, Australia oleh beberapa pekerja taman reptilia, lapor sebuah
akhbar semalam.Reptilia dari spesies yang dikenali sebagai Shingleback itu kini ditempatkan di sebuah taman reptilia di Henley Brook, di sini.Cicak itu bukan sahaja mempunyai dua kepala tetapi juga mempunyai dua pasang kaki depan di sisi setiap kepalanya.Pergerakan cicak itu tidak lincah kerana ia mempunyai dua kepala dan kedua-dua mulutnya boleh memakan makanan.Salah satu kepala itu didapati lebih besar.Keadaan itu menyebabkan cicak yang mempunyai kepala lebih besar suka menyerang kepala 'kembarnya' yang lebih kecil. - Agensi
Sumber:Dipetik dari berita kosmo online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment