PATTAYA - Polis bergegas ke sebuah rumah di sini setelah pemiliknya
melaporkan kediamannya dipecah masuk seorang lelaki yang sedang tidur
di bilik anak perempuannya, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 9.30 pagi (waktu tempatan)
pada Ahad lalu, beberapa anggota polis dan pemilik kediaman tersebut,
Phatira Kanket memasuki bilik tidur anak perempuannya dan mereka
melihat seorang lelaki sedang tidur di atas sebuah katil bersama
sejumlah seluar dalam wanita dan coli.Phatira, 41, yang berkerja sebagai seorang deejay pusat karaoke
memberitahu, penjenayah tersebut mengambil seluar dalam itu yang
dijemur di luar rumahnya.Polis kemudian mengejutkan lelaki itu dan membawanya ke sebuah balai polis tempatan untuk siasatan lanjut.Suspek, Amorn Natlumpa, 22, yang bekerja sebagai seorang mekanik
berkata, dia keluar minum arak bersama dua rakannya malam kelmarin.Menurutnya, perkara terakhir yang diingatinya ialah rakan-rakannya
menawarkan untuk menghantarnya pulang kerana dia terlalu mabuk.Polis, bagaimanapun enggan mempercayai 'cerita' lelaki itu dan dia akan didakwa kerana menceroboh serta cuba merompak. - Agensi
Sumber:Dipetik dari berita kosmo online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment