SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Ikan seberat 113kg ditangkap

>> Thursday, July 1, 2010


DUNIA


GAMBAR menunjukkan Godi bersama ikan air tawar yang ditangkapnya.


MONTOVA, Itali - Seekor ikan air tawar gergasi sepanjang 2.5 meter dan seberat 113 kilogram (kg) yang ditangkap oleh seorang pemancing, Roberto Godi berusia 32 tahun di utara Itali telah memecahkan rekod ikan air tawar terbesar di Eropah, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu berjaya ditarik selepas 45 minit bertarung sekali gus mengatasi rekod sebelum ini seberat 112kg yang ditangkap oleh pemancing dari Perancis, Christophe Dubreuil di sungai Ebro Sepanyol. Namun, Godi melepaskan semula ikannya itu ke dalam sungai.
Dia juga telah menghantar maklumat hasil tangkapannya itu ke Persatuan Permainan Memancing Antarabangsa untuk mengesahkan rekodnya. - Agensi

Sumber:Berita dipetik dari Kosmo online

Read more...

Remaja lelaki bersisik ular

>> Saturday, June 5, 2010


DUNIA

GAMBAR menunjukkan Ari Wibawa yang mempunyai tubuh bersisik.


ENDE, Indonesia - Penduduk bandar ini di wilayah Nusa Tenggara Timur, gempar dengan kewujudan remaja lelaki bersisik seperti ular dan seorang budak perempuan berwajah mirip monyet.
Khabar mengenainya yang tersebar meluas tiga hari lalu ternyata benar apabila dua manusia ganjil itu dikunjungi oleh wartawan akhbar Kompas.
Seorang remaja berumur 13 tahun, Ari Wibawa memiliki tubuh bersisik mirip ular yang hendak bersalin kulit.
Setiap 41 hari dia berganti kulit dan ia berlaku sejak dia dilahirkan.
Seorang budak perempuan, Septiani Abdullah, 11, mempunyai wajah mirip monyet.
Seluruh tubuh Septiani bermula dari tengkuk ditumbuhi rambut lebat.
Ari ialah anak sulung pasangan Erman dan isterinya, Nur Ali yang berasal dari Desa Pondok Pucung, Tangerang, Pulau Jawa.
Menurut abang Ari, Arfan Afandi, setiap 15 minit, tubuh adiknya perlu dibasahkan dengan air manakala setiap tiga jam tubuhnya juga harus disapu dengan losen.
"Jika tidak disapu losen, tubuh Ari akan mengerut menyerupai patung seperti mayat hidup, mirip orang yang tubuhnya terbakar mengeras dan dia tidak boleh bergerak seperti kaku," kata Arfan.
Budak perempuan berwajah seperti monyet itu merupakan anak kedua pasangan Yusuf Abdullah dan Fatma Nusi dan berasal dari kampung Dumbaya Wulan, di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi
"Dia bermain dengan kanak-kanak lain yang normal. Hanya wajahnya terutama mulut dan hidungnya yang mirip monyet," kata ibu Septiani, Fatma. - Agensi

Sumber:Dipetik dari sumber kosmo online

Read more...

Wanita pijak bayi


DUNIA


SUSPEK mencampak bayi yang didukungnya ke tanah dan mula memijaknya di Zhengzhou, China, baru-baru ini.


ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.
Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.
Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.
Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat. - Agensi

Sumber:Dipetik dari kosmo online

Read more...

Wanita miliki paling banyak tatu


DUNIA


JULIA menunjukkan tatu pada perutnya.


NEW YORK - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Julia Gnuse mencipta rekod dunia Guinness World Records apabila dia memiliki tatu paling banyak di tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang menetap di Foothill Ranch, Lake Forest, California menghadiri pesta buku di sini kelmarin dengan menunjukkan 95 peratus tubuhnya dipenuhi tatu termasuk lukisan hutan dan kartun sehingga menampilkan wajah pelakon terkenal.
Menceritakan kenapa dia mempunyai banyak tatu, Julia berkata, pada mulanya dia membuat tatu di kakinya yang mengalami penyakit kulit melepuh apabila terdedah pada cahaya matahari.
Dia kemudian bertatu di perut, lengan dan belakang badan.
Menurutnya, dia kemudian menjadi seorang wanita yang ketagih tatu. - Agensi

Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Laju 6 kali bunyi


DUNIA


GAMBAR fail menunjukkan pesawat X-51A Waverider (dalam bulatan) berada di bawah sayap B-52 Stratofortress pada 9 Disember 2008.


WASHINGTON – Sebuah pesawat ujian milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-51A Waverider mencatat rekod dunia penerbangan supersonik selepas ia terbang selama enam minit pada kelajuan Mach 6 atau enam kali kelajuan bunyi iaitu kira-kira 7,416 kilometer sejam.
Tentera Udara AS melaporkan di laman webnya bahawa X-51A berlepas dari sebuah pesawat pengebom berat, B-52 Stratofortress di pesisir pantai selatan California kelmarin dan ia memecut hingga Mach 6 selama 200 saat sebelum hilang momentum menyebabkan ujian itu ditamatkan.
“Kami benar-benar teruja kerana ujian tersebut mencapai kejayaan dengan perubahan daripada penggunaan pesawat enjin kipas selepas Perang Dunia Kedua kepada enjin jet,” kata Pengurus Eksperimen Program X-51A, Charlie Brink.
Rekod sebelum ini cuma 12 saat. – AP

Sumber:Berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Dua ikan bersaing gelaran paling hodoh


DUNIA

GAMBAR menunjukkan ikan Blobfish.


BEIJING - Penemuan seekor ikan yang pada kebiasaannya hidup di Laut China Selatan mencetuskan persoalan adakah ia akan menggantikan ikan Blobfish sebagai yang paling hodoh di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan Blobfish pada kebiasannya wujud di perairan laut dalam di Australia dan Tasmania.
Namun, seekor ikan aneh yang baru ditemui di Laut China Selatan itu mempunyai sirip yang boleh menggenggam dan kelihatan seperti tangan dan memiliki sepasang 'kaki' kecil.
Ikan itu mempunyai wajah yang menunjukkan reaksi seperti baru sahaja mendapat berita paling buruk.
Seorang pemilik restoran Bao Sung di Fujian, timur China membeli ikan itu selepas ia timbul di sebuah lokasi akibat pencemaran.
"Siripnya sangat besar dan berotot. Ia boleh berjalan di atas meja," kata Bao. - Agensi

Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Muka seperti makhluk asing


DUNIA

IGOR (kiri) dan kembarnya, Grichka yang memiliki wajah seperti makhluk asing menghadiri satu parti di Cannes, Perancis kelmarin.


CANNES - Muka satu pasangan kembar yang merupakan pelakon televisyen terkenal di Perancis, Igor Bogdanoff dan Grichka Bogdanoff kini kelihatan seperti wajah makhluk asing
yang kerap disiarkan dalam filem dan televisyen, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan kembar itu sebelum ini popular semasa berlakon dalam siri fiksyen sainsTemps X pada 1980-an sebelum menjadi peminat pembedahan plastik.
Muka pasangan kembar itu menjadi seperti wajah makhluk asing yang dipaparkan dalam filem dan televisyen akibat kesan terlalu banyak menjalani pembedahan plastik.
Gambar wajah mereka seperti makhluk asing itu dirakamkan oleh jurugambar semasa mereka menghadiri satu parti di Cannes, Perancis kelmarin.
Mereka difahamkan menjalani banyak pembedahan plastik di bahagian pipi dan dagu termasuk menggunakan Botox. - Agensi


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Muka pahlawan di Scotland 700 tahun dibina semula


DUNIA

GAMBAR menunjukkan wajah seorang pahlawan di Scotland yang terbunuh kira-kira 700 tahun lalu.


DUNDEE - Wajah seorang pahlawan yang terbunuh kira-kira 700 tahun lalu pada zaman peperangan menuntut kemerdekaan Scotland dibina semula dengan menggunakan teknik forensik seperti yang disiarkan dalam siri televisyen popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.
Wajah itu dibina dan dipamerkan berdasarkan tengkorak yang ditemui pada 1997 di bawah lantai sebuah gereja kecil di Istana Stirling, Scotland.
Projek pembinaan semula wajah itu dilakukan oleh satu pasukan yang diketuai oleh pakar antropologi dari Universiti Dundee, Profesor Sue Black.
Analisis yang dilakukan terhadap tengkorak itu menunjukkan dia mati semasa berumur dalam lingkungan 20-an dan tubuhnya amat cergas dan tegap seperti seorang pemain ragbi profesional.
Pakar-pakar turut menemui beberapa kecederaan serius termasuk di dada dan di depan tengkorak.
Pahlawan itu didapati mati selepas terkena sebilah pedang yang ditusuk menembusi hidung dan rahangnya.
Pakar-pakar itu percaya dia terbaring semasa diserang.
"Pembinaan semula wajah itu memberikan kita gambaran kuat mengenai rupa bentuk pahlawan yang mati pada 1300-an," kata seorang lagi pakar antropologi, Dr. Richard Strachan. - Agensi

Read more...

Sebiji pisang ada dua isi

>> Friday, May 21, 2010


DUNIA

GAMBAR menunjukkan sebiji pisang mengandungi dua isi.


LONDON - Seprang pegawai penganjur sebuah acara larian amal, Dana Penyelidikan Barah Sedunia (WCRF) terkejut apabila dia mendapati sebiji pisang mengandungi dua isi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengurus Besar WCRF, Teresa Nightingale berkata, pisang itu disumbangkan oleh firma Dole Fresh UK yang sering menaja acara makan buah-buahan pada setiap Jumaat bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan buah-buah dan sayur-sayuran.
"Jika saya tidak melihat pisang itu dengan mata saya sendiri, saya mungkin menganggapnya ia sebagai satu gurauan," katanya.
Seorang saintis tanaman di Universiti Warwick, Ken Manning berkata, pisang unik itu mungkin terjadi sewaktu ia dalam proses pembesaran di peringkat awal.
"Ia amat luar biasa," katanya. - Agensi

Sumber:dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Tasik terpanas sejak 1,500 tahun

>> Thursday, May 20, 2010

DUNIA


GAMBAR menunjukkan beberapa ekor badak sumbu berendam di Tasik Tanganyika di Burundi pada 12 Mei lalu.


PARIS – Tasik Tanganyika yang merupakan tasik kedua paling dalam di dunia kini mengalami suhu panas buat kali pertama dalam tempoh 1,500 tahun, kata beberapa saintis semalam.Saintis berkata, suhu panas itu turut mengancam industri perikanan di tasik berkenaan.Jurnal Nature Geoscience melaporkan suhu permukaandi perairan tasik itu mencecah 26 darjah Celsius yang merupakan suhu yang belum pernah berlaku sejak 500 Tahun Masihi.“Penduduk di kawasan tengah Afrika bergantung kepada tangkapan ikan dari Tasik Tanganyika sebagai sumber protein yang utama,” kata pakar sains geologi di Universiti Arizona, Profesor Andrew Cohen.Kira-kira 10 juta penduduk di Burundi, Tanzania, Zambia dan Republik Demokratik Congo bergantung kepada tasik itu yang membekalkan sumber air untuk minuman. – AFP
Sumber:Berita kosmo online

Read more...

Penjara paling mewah di dunia

>> Thursday, May 13, 2010

DUNIA



GAMBAR menunjukkan bilik tidur yang mengandungi tingkap tanpa jeriji untuk banduan di Penjara Halden, Norway.


OSLO - Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini."Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka. - Agensi

Sumber:Kosmo Online

Read more...

Ibu dipenjara kerana tampar anak

DUNIA



COLLEEN bersama anaknya, Victoria.



SYDNEY - Seorang pendandan rambut, Colleen Gudmann dipenjara kerana menampar anak perempuannya, Victoria di sebuah balai polis, lapor sebuah akhbar semalam.
Colleen menampar semasa dia berada dalam keadaan terlalu marah selepas dia diberitahu polis bahawa anaknya ditahan kerana cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk memasuki sebuah kelab malam.
Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di balai polis berkenaan.
Colleen berkata, dia memberikan tamparan yang tidak kuat di pipi anaknya yang berumur 11 tahun itu.
"Perkara yang seterusnya yang saya ketahui ialah seorang anggota polis menjerit ke arah saya. Anggota-anggota polis kemudian membawa saya ke sebuah bilik dan menyatakan mereka mendakwa saya kerana melakukan satu serangan," katanya.
Seorang pegawai polis, Stefan Kent berkata, menampar muka seorang kanak-kanak merupakan satu perbuatan serangan.
"Dia (Colleen) menyerang anaknya di dalam bilik pendakwaan di hadapan beberapa anggota polis," katanya.
Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan selepas beberapa jam ditahan oleh polis. - Agensi

Sumber:Kosmo Online

Read more...

Saintis guna DNA hidupkan gajah purba

>> Saturday, May 8, 2010

DUNIA



GAMBAR menunjukkan seekor gajah purba.


MANITOBA - Sekumpulan saintis Kanada cuba mencipta gajah purba yang besar dengan menggunakan spesimen asid deoxyribonucleic (DNA) daripada beberapa tulang haiwan berkenaan yang ditemui di Siberia, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.Bercakap mengenai eksperimen pertama seumpamanya itu, seorang saintis di Universiti Manitoba, Profesor Kevin Campbell berkata, DNA akan digunakan bagi menghasilkan semula darah gajah purba yang dikenali sebagai Mammoth."Menggunakan DNA spesimen adalah seperti kami kembali ke masa lampau dan mengambil sampel darah gajah Mammoth sebenar," kata Campbell.Menurutnya, spesimen yang digunakan itu berusia sehingga 43,000 tahun.Menurutnya, gajah Mammoth memiliki bulu tebal dan enzim antibeku dalam darahnya bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sejuk.Projek untuk mewujudkan kembali gajah Mammoth yang memiliki ketinggian lebih 5 meter serta berat 12 tan itu bermula sejak tujuh tahun lalu apabila Profesor Campbell menghubungi Pusat DNA Purba Australia di Universiti Adelaide.Sebelum ini filem dan novel Jurrasic Park menceritakan DNA dalam fosil seekor serangga berusia berjuta-juta tahun digunakan untuk menghasilkan dinosaur. - Agensi

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Kayu 20 meter bukti kukuh bahtera Nabi Nuh

DUNIA




GAMBAR di laman YouTube menunjukkan serpihan kayu yang ditemui oleh satu kumpulan ekspedisi China-Turki di dalam lereng Gunung Ararat, Turki.


WASHINGTON - Seorang anggota ekspedisi China-Turki mempertahankan dakwaan mengenai penemuan serpihan bahtera Nabi Nuh di celah lereng Gunung Ararat setinggi 4,000 meter di Turki, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebelum ini terdapat pelbagai pihak yang meragui penemuan kumpulan itu selepas pendedahannya dibuat pada satu sidang akhbar pada minggu lalu di Hong Kong sehingga seorang saintis Britain mahu bukti lebih kukuh dikemukakan.
"Bagaimanakah sebuah kapal boleh berada di atas gunung," kata seorang anggota ekspedisi itu yang memasuki Gunung Ararat pada Oktober lalu, Yeung Wing-cheung.
Menurut seorang penyelaras ekspedisi itu, Clara Wei, satu-satunya rekod struktur kayu yang ditemui di gunung itu ialah daripada bahtera Nabi Nuh.
"Sehingga kini, saya percaya ini ialah satu penjelasan yang paling munasabah. Kami tidak mempunyai penjelasan lain. Kami tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan," tambahnya.
Menurut Wei: "Anda boleh menyewa beberapa ekor kuda untuk membawa beg tetapi anda tidak boleh mengimbangi kuda tersebut dengan kayu sepanjang 20 meter ( yang ditemui di dalam lereng gunung itu)."
Dia berkata, tidak ada tembikar dan bukti kebudayaan lain ditemui di gunung tersebut.
Pada Isnin lepas, kumpulan ekspedisi tersebut mengumumkan penemuan struktur dan serpihan kayu bahtera Nabi Nuh di dalam lereng Gunung Ararat, Turki dengan menyatakan ujian karbon menunjukkan barang yang ditemui itu berusia 4,800 tahun iaitu tarikh sama kejadian banjir besar berlaku.
Beberapa pihak meragui penemuan itu kerana pasuakan ekspedisi itu tidak mendedahkan lokasi sebenar tempat penemuan berkenaan.
Namun, kumpulan ekspedisi itu menyatakan lokasi sebenar tempat penemuan tersebut akan didedahkan selepas pemerintah Turki bersetuju menjadikan tempat penemuan sebagai kawasan arkeologi.
Pada Jumaat lalu, agensi berita AFP menyatakan, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengetahui bagaimana serpihan kayu yang didakwa daripada bahtera Nabi Nuh berjaya dibawa keluar dari negara itu ke China. - Agensi

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Pandu kereta guna kaki kanan

DUNIA



GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Jawa Pos kelmarin menunjukkan Alberta Aceng memandu dengan menggunakan kaki
kanannya.


WONOSOBO, Indonesia - Seorang lelaki, Alberta Aceng Dhani Setiawan bertekad untuk mencipta rekod dengan memandu sebuah kereta menggunakan satu kakinya dari Borobudur di Magelang hingga ke Istana Negara di Jakarta, lapor Jawa Pos kelmarin.Dia kini yang lahir tanpa dua tangan itu terus berlatih dan mengumpulkan dana tanpa mengenal erti putus asa bagi merealisasikan impiannya.Pada Khamis lalu, dia yang berumur 37 tahun kembali berlatih di Alun-Alun Wonosobo.Bapa dua anak itu yakin mampu memecahkan rekod tersebut kerana dia kerap memandu kereta ke Jogjakarta dan Solo. - Agensi

Read more...

Ibu itik panik di jalan New York

DUNIA



GAMBAR yang disiarkan akhbar New York Post semalam menunjukkan ibu itik bersama anak-anaknya menyeberangi sebatang jalan raya di New York kelmarin.


NEW YORK - Seekor ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan beberapa ekor anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor New York Post semalam.Ibu itik itu terbang di dua batang jalan raya sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai panduan untuk anak-anaknya melalui satu laluan trafik yang sibuk selepas ditinggalkan oleh ibunya.Seorang pekerja di Institut Kebudayaan Itali di sini, Valeria Anzolin yang melihat ibu itik yang panik itu sanggup menggunakan kertas akhbar untuk membawa sebahagian daripada anak haiwan tersebut ke tempat ibunya di tepi sebatang jalan raya.Namun, ibu itik itu hinggap di tempat lain.Dua anggota renjer di bandar raya itu, Sheridan Roberts dan Sunny Corrao mendapat idea dengan meletakkan anak-anak itik tersebut ke dalam sebuah bekas yang diletakkan di tepi sebatang jalan raya.Ibu itik itu mendekati bekas itu dan semua anaknya kemudian dibebaskan sebelum renjer tersebut memberi panduan kepada haiwan berkenaan untuk menuju ke sebuah tasik berdekatan. - Agensi

Read more...

Keranda emas untuk mayat samseng

DUNIA



KERANDA bersadur emas yang mengandungi mayat Carl Williams diusung keluar dari sebuah gereja di Melbourne semalam.


MELBOURNE - Mayat seorang samseng terkenal Australia, Carl Williams yang mati dibelasah oleh seorang banduan lain di sebuah penjara pada 19 April lalu diletakkan di dalam sebuah keranda bersalut emas dan dikebumikan di sini semalam.Mendiang yang juga pengedar dadah terlibat dalam satu siri kejadian pembunuhan kejam dengan mengarahkan pembunuhan beberapa samseng lain pada 1990-an di Melbourne sebelum pihak berkuasa menangkapnya pada 2007 dan dihukum penjara selama 35 tahun.Kisah hidupnya itu pernah disiarkan dalam siri drama televisyen popular, Underbelly.Dia mati diserang oleh seorang banduan di Penjara Barwon di sini dengan satu peralatan senaman manakala pengebumiannya dikawal ketat oleh anggota-anggota pihak berkuasa.Keranda Williams yang bersadur emas itu bernilai A$30,000 (RM89,025).Keranda emas itu mirip penyanyi terkenal, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu di LosAngeles.Bekas isteri Williams, Roberta dan anak perempuan mereka, Dhakota serta Judy Moran, balu seorang musuh mendiang turut hadir pada upacara pengebumian samseng itu di sebuah gereja. - Agensi

Read more...

Pandu kereta guna mata

>> Tuesday, April 27, 2010

DUNIA




SEORANG penyelidik menunjukkan peralatan yang disediakan dalam kereta yang dipandu dengan menggunakan mata.



BERLIN - Sekumpulan penyelidik Jerman dari Universiti Free di Jerman semalam berkata, mereka berjaya mencipta satu teknologi terbaru yang membolehkan sebuah kereta dapat dipandu dengan hanya menggunakan mata.Seorang penyelidik, Paul Rojas dan pasukannya turut mengadakan demonstrasi teknologi kereta itu yang dikenali sebagai eyeDriver di sebuah lapangan terbang terbiar di sini.Stering kereta itu akan bergerak mengikut pergerakan mata.Teknologi tersebut mampu mengesan arah pergerakan mata pemandu bagi mengemudi kereta sehingga pada kelajuan maksimum 50 kilometer sejam."Langkah seterusnya ialah untuk kami cuba memandu hampir 100 kilometer sejam namun cabaran terbesar ialah bagi mengemudikan kereta berkenaan di dalam sebuah bandar raya yang penuh dengan pejalan kaki dan pelbagai halangan lain," katanya.Bagaimanapun, aspek keselamatan menjadi kebimbangan seperti apakah yang bakal terjadi jika pemandu mengerling seketika ke arah seorang wanita cantik atau cuba mengambil telefon bimbit yang sedang berbunyi.Bagi menangani isu itu, kereta tersebut dilengkapi dengan alat pemanduan arah global (GPS), beberapa kamera, laser dan pengimbas supaya kenderaan tersebut dipandu secara automatik. - AP


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Cicak berkepala dua ditemui

DUNIA




GAMBAR menunjukkan seekor cicak yang berkepala dua di Henley Brook, Australia.



PERTH - Seekor cicak berkepala dua ditemui di Coogee, New South Wales, Australia oleh beberapa pekerja taman reptilia, lapor sebuah akhbar semalam.Reptilia dari spesies yang dikenali sebagai Shingleback itu kini ditempatkan di sebuah taman reptilia di Henley Brook, di sini.Cicak itu bukan sahaja mempunyai dua kepala tetapi juga mempunyai dua pasang kaki depan di sisi setiap kepalanya.Pergerakan cicak itu tidak lincah kerana ia mempunyai dua kepala dan kedua-dua mulutnya boleh memakan makanan.Salah satu kepala itu didapati lebih besar.Keadaan itu menyebabkan cicak yang mempunyai kepala lebih besar suka menyerang kepala 'kembarnya' yang lebih kecil. - Agensi


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Lintah bergigi dalam hidung budak 9 tahun

DUNIA




GAMBAR yang diperbesarkan menunjukkan gigi lintah yang hidup dalam hidung seorang budak perempuan.



LIMA - Seorang doktor Peru, Renzo Arauco-Brown menemui spesies baru lintah kecil dengan memiliki gigi tajam yang dijumpai menyorok di dalam hidung seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang bertugas di Universiti Peru Cayetano Heredia di sini menjumpai lintah itu semasa merawat kanak-kanak tersebut di sebuah klinik di wilayah Chanchamayo yang mengadu sakit kepala setelah mandi di sebuah tasik Amazon.
Lintah sepanjang 44.5 milimeter itu kemudian disahkan sebagai spesies baru oleh seorang kurator Muzium Semula Jadi Amerika Syarikat di New York, Mark Siddall semasa ia dibawa dari Peru ke negara tersebut untuk tujuan penyelidikan saintifik.
Ia kemudian dinamakan sebagai Tyrannobdella rex atau diringkaskan sebagai T-rex yang bererti raja lintah kejam kerana memiliki gigi tajam selebar 0.13 milimeter iaitu lebih lebar daripada ketebalan sehelai rambut manusia normal. - Agensi


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Ditangkap tidur bersama seluar dalam

DUNIA




SEJUMLAH seluar dalam dan coli yang disidai di luar rumah Kanket di Pattaya kelmarin.



PATTAYA - Polis bergegas ke sebuah rumah di sini setelah pemiliknya melaporkan kediamannya dipecah masuk seorang lelaki yang sedang tidur di bilik anak perempuannya, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) pada Ahad lalu, beberapa anggota polis dan pemilik kediaman tersebut, Phatira Kanket memasuki bilik tidur anak perempuannya dan mereka melihat seorang lelaki sedang tidur di atas sebuah katil bersama sejumlah seluar dalam wanita dan coli.Phatira, 41, yang berkerja sebagai seorang deejay pusat karaoke memberitahu, penjenayah tersebut mengambil seluar dalam itu yang dijemur di luar rumahnya.Polis kemudian mengejutkan lelaki itu dan membawanya ke sebuah balai polis tempatan untuk siasatan lanjut.Suspek, Amorn Natlumpa, 22, yang bekerja sebagai seorang mekanik berkata, dia keluar minum arak bersama dua rakannya malam kelmarin.Menurutnya, perkara terakhir yang diingatinya ialah rakan-rakannya menawarkan untuk menghantarnya pulang kerana dia terlalu mabuk.Polis, bagaimanapun enggan mempercayai 'cerita' lelaki itu dan dia akan didakwa kerana menceroboh serta cuba merompak. - Agensi 


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Tunggang kuda buta

DUNIA




GAMBAR menunjukkan Gallichan menunggang kuda peliharaannya yang buta di Jersey, Britain.



JERSEY, Britain - Seekor kuda jantan yang buta masih mampu berlari dan membawa tuannya, Laydia Gallichan, lapor sebuah akhbar semalam.Gallichan berkata, kuda baka Appaloosa yang bernama Herbie itu buta sebelah matanya sejak sembilan tahun lalu selepas terkena tangkai pokok jagung semasa meragut rumput di sini.Dua tahun lalu, haiwan itu kehilangan penglihatan sepenuhnya kerana ketumbuhan di matanya yang tidak buta.Dia yang menunggang kuda berusia 20 tahun itu berkata, walaupun buta, haiwan tersebut mampu menyesuaikan diri kerana ia kini memiliki daya pendengaran yang cukup baik."Kadangkala saya terlupa Herbie telah buta. Namun saya mahu masyarakat sedar, walaupun buta, ia bukannya penamat kehidupan," kata wanita itu.Dia turut menjadi 'pemandu' Herbie dengan memberi arahan dari atas padang.Semasa menunggang kuda itu, Gallichan akan berkata up, up bagi memberitahu haiwan itu supaya menaiki bukit.
Apabila menuruni tempat tinggi, dia akan menyebut perkataan steady kepada kuda tersebut. - Agensi


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Mumia Rom ditemui di Mesir

DUNIA




GAMBAR menunjukkan keranda batu yang mengandungi mumia wanita zaman Rom di Oasis Bahariya, Mesir baru-baru ini.



KAHERAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir menemui satu mumia Rom kuno di dalam keranda batu di sebuah kawasan perkuburan purba bersama beberapa topeng gipsum, kata satu kenyataan Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir semalam.
Keranda batu sepanjang satu meter yang ditemui baru-baru ini merupakan ukiran seorang wanita memakai jubah bangsa Rom.
Mumia seorang wanita yang mati semasa zaman Greco-Rom kira-kira 2,300 tahun dahulu ditemui dalam keranda itu.
Kumpulan arkeologi itu turut menemui satu kepingan emas dengan ukiran empat anak lelaki Horus iaitu dewa langit tamadun Mesir purba dan beberapa bekas tanah liat serta kaca di Oasis Bahariya, sekitar 300 kilometer ke barat daya Kaherah.
Makam yang mengandungi 14 kubur itu pertama kali ditemui semasa kerja-kerja menggali dilakukan bagi membina sebuah pusat kegiatan remaja. - AFP 


Sumber:Dipetik dari berita kosmo online

Read more...

Biawak gergasi baru ditemui

>> Tuesday, April 13, 2010

Biawak gergasi baru ditemui


GAMBAR menunjukkan cicak gergasi yang ditemui di satu lokasi hutan di Pulau Luzon, Filipina.


PARIS - Para saintis biologi di sini semalam melaporkan penemuan satu spesies biawak gergasi di kawasan hutan utara Pulau Luzon, Filipina baru-baru ini.
Penemuan mengejutkan haiwan liar berukuran dua meter panjang itu disiarkan menerusi jurnal saintifik Biology Letters terbitan Royal Society di Britain.
Cicak itu ditemui di sebatang sungai berlembah di Filipina.
Haiwan itu cuma makan buah-buahan hutan. Cicak jantan itu mempunyai dua zakar.
Salah satu sebab kenapa cicak itu tidak dapat dikesan ialah kerana ia tidak pernah meninggalkan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggalnya. - Agensi

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Haiwan aneh ditemui di China

DUNIA


Haiwan aneh ditemui di China


GAMBAR menunjukkan haiwan aneh yang ditemui di tengah China.


BEIJING - Para saintis bingung menentukan spesies seekor haiwan aneh yang ditemui di satu lokasi hutan di tengah China, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan tidak berbulu itu memasuki jerat sekumpulan pemburu di wilayah Sichuan selepas penduduk tempatan melaporkan mereka ternampak haiwan yang disangkakan seekor beruang.
"Ia seperti seekor beruang. Namun, haiwan itu tidak mempunyai bulu tetapi ia mempunyai ekor seperti kanggaru.
"Haiwan itu tidak mengeluarkan bunyi seperti beruang. Suaranya lebih mirip seekor kucing dan sentiasa berbunyi," kata salah seorang pemburu itu, Lu Chin.
Menurutnya, sebelum ini terdapat cerita rakyat bahawa seorang lelaki telah bertukar menjadi seekor beruang.
"Ada orang yang menganggap kami telah menangkapnya," kata Chin.
Pakar haiwan akan menghantar haiwan misteri itu ke Beijing. Sepasukan saintis di Beijing akan cuba untuk mengetahui spesies haiwan itu dengan melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA). - Agensi

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Taman orang kerdil di China

DUNIA


Taman orang kerdil di China


SEJUMLAH orang kerdil membuat satu persembahan di sebuah taman tema di wilayah Yunnan pada 26 Mac lalu.


HEIQIAOMU - Sebuah taman orang kerdil yang dibina di wilayah Yunnan, barat daya China, menjadi popular sejak dibuka pada September tahun lalu.
Taman itu menampilkan banyak rumah kecil berbentuk cendawan manakala orang-orang kerdil akan muncul dari rumah comel itu setiap kali melakukan persembahan.
Pelbagai persembahan mereka seperti tarian klasik, moden selain telatah lucu mereka berjaya menjadikan taman tersebut terkenal di China.
Lebih 100 orang kerdil dengan ketinggian 79 sentimeter sehingga 1.3 meter menganggap taman itu memberi nafas baru dalam kehidupan mereka.
"Kebanyakan kami didiskriminasi sebelum kami tiba di sini.
"Kami dihormati dan dilayan secara saksama di sini," kata seorang wanita kerdil, Ou Jielin, 24. - AFP

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Api bentuk wajah manusia

DUNIA


Api bentuk wajah manusia


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com menunjukkan api yang membentuk wajah seperti manusia dalam kebakaran di Pasar Kebayoran Lama, Jakarta Selatan semalam.


JAKARTA - Api yang sedang marak membentuk wajah seperti muka manusia di Pasar Kebayoran Lama, Jakarta.
Selatan, lapor akhbar Kompas.com semalam.
Pada kebakaran yang berlaku semalam itu, api tersebut membentuk mata, kening dan hidung.
Gambar itu, menurut akhbar berkenaan, dirakamkan oleh jurugambar Bian Harnansa semasa anggota-anggota jabatan bomba sedang memadamkan kebakaran. - Agensi

Sumber:berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Pemuda miliki separuh badan

DUNIA


Pemuda miliki separuh badan


EASTERDAY berjalan dengan menggunakan kedua-dua tangannya.


LOS ANGELES - Seorang pemuda berumur 35 tahun dari West Virginia, Amerika Syarikat (AS), Kenny Easterday hidup dengan separuh badannya kerana menghidap penyakit sacral agenesis yang menghalang tulang belakang daripada tumbuh dengan normal, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa dia berumur enam bulan, doktor memotong kedua-dua kaki Easterday dan menggunakan sebahagian daripada tulang kering bagi menyempurnakan pertumbuhan tulang belakangnya.
Satu dokumentari televisyen di AS menunjukkan pemuda itu bermain pool, boling, bekerja dan menjalin hubungan dengan tunangnya, Nicky berusia 33 tahun.
Dia dan Nicky menjalin hubungan selama tujuh tahun lalu.
Mereka kini sedang menunggu ujian sama ada Easterday ialah bapa seorang anak perempuan tunangnya itu. - Agensi



Sumber:berita kosmo online

Read more...

Makhluk aneh ditemui

DUNIA


Makhluk aneh ditemui


GAMBAR menunjukkan makhluk aneh yang ditemui di Teluk Mexico baru-baru ini.


NEW YORK - Sejenis makhluk aneh yang diberi jolokan pijat-pijat gergasi ditemui di Teluk Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.
Panjang makhluk itu ialah 76.2 sentimeter dan ia ditemui di sebuah lokasi pada kedalaman 2,590 meter di Teluk Mexico dekat Amerika Syarikat (AS).
Makhluk itu ditemui sedang melekat pada badan kapal selam yang dihantar ke dalam laut dari sebuah pelantar minyak di Teluk Mexico baru-baru ini.
Seorang pakar evolusi dari Pusat Evolusi Sintesis Carolina Utara, Profesor Craig McClain berkata: "Beberapa makhluk sepertinya bersaiz lebih besar lagi." - Agensi

Sumber:berita kosmo online

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP