IKAN LUMBA-LUMBA DAN PAUS TERDAMPAR
>> Friday, March 27, 2009
METRO SELASA, 3 MSC 2009
IKAN LUMBA-LUMBA, PAUS TERDAMPAR
SYDNEY: Penyelamat mengunakan jet ski, jentolak dan kudrat manusia untuk menyelamatkan puluhan ikan paus dan lumba-lumba yang terdampar di sebuah pantai di selatan Australia semalam.
Kira-kira192 ikan paus dan sedozen ikan lumba-lumba terdampar di pantai naracoopa di pulau king, Tasmania, insiden keempat sejak beberapa bulan lalu.
Pegawai Taman, Chris Arthur berkata: 54 ikan paus dan tujuh ikan lumba masi hidup ketika operasi menyelamat bermula.
Lewat semalam , 48 haiwan berjaya di tolak kembali ke dalam laut, hasil kerjasama pegawai dan lebih 100 sukarelawan pulau king.
Jentolak mengorek longkang yang membenarkan airmengalir menghampiri ikan paus. Pada masa sama, sukarelawan membasahkan tubuh dan menyelimut ikan paus dengan kain basah bagi membantu menyejukannya.
Kumpulan sukarelawan kemudian mengunakan pengusung untuk menarik lumba-lumba ke air cetek. Pegawai di dalam bot kecil dan jet ski kemudian menarik ikan itu ke laut dalam.
“Penyalamat berharap ikan yang di selamatkan tidak kembali ke pantai.
“ Masi terlalu awal untuk membuat andaian,” kata jurucakap taman Hidupan Liar, Shelley Davison.
Tidak dapat di pastikan kenapa haiwan-haiwan itu terdampar di pulau itu yang terletak di pertengahan laluan antara Tasmania dan Australia.
Akbar Tasmania The Examiner, mandakwa haiwan-haiwan itu terperankap dalam arus cetek .
Junari lalu, 45 ikan paus terdampar di beting pasir sebuah kawasan terpencil di Tasmania.
Namun pengelamat menuang air selama beberapa hari ke atas kumpulan ikan paus itu ketika oparasi menyelamat dilaksanakan .
November lalu, 150 ekor ikan paus terbunuh selepas ia terdampar di pantai berbatu di kawasan persisisran Tesmania.
Semingu kemudian penyelamat berjaya menyelamatkan 11 dari pada 60 ikan paus yang terdampar di Tasmania. - AFP
0 comments:
Post a Comment