SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

INFO HANTU RIMBA

>> Friday, March 27, 2009

Menurut kepercayaan tahyul sesetengah orang melayu,hantu rimba menjadi punca orang sesat dihutan.Ceritanya berpunca dari seorang lelaki yang tidur dalam keadaan mulut ternganga selepas sesat dalam hutan.Biji benih yang masuk kedalam mulutnya menjadi pokok.Dikatakan sesat didalam hutan ketika mencari kijang putih yang diidamkan oleh istri yang sedang hamil.Dia berjanji pada dirinya tidak akan pulang selagi tidak menjumpai haiwan itu.Ada yang mendakwa lelaki itu kecewa dan mati menjadi hantu rimba kerana gagal mencari haiwan berkenaan.Ada juga yang menyatakan hantu rimba berpunca daripada anak wanita yang hamil itu mati akibat kegagalan mencari ayahnya yang hilang didalam hutan.Hantu rimba selalu mengganggu manusia didalam hutan ketika hujan lebat yang disertai ribut dan kilat.Boleh diseru dengan memberikan jamuan dan mantera tertentu bagi pengamal perubatan tradisional.Hantu rimba tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali muka seseorang itu disapu dengan darah ayam betina putih pada waktu senja.Hantu rimba takut pada kunyit,daun pokok pinang liar,serbuk besi,kayu yang dimamah beruang,rotan yang terbalik sendirinya,kayu yang ddipanah petir,batu bezoar,akar pokok bersimpul atau tangkal yang dibungkus kain hitam dan diikat menggunakan tali hitam dipinggang atau tangan.Ayat-ayat suci al-Quran turut ditakuti hantu rimba ini.
info dari sumber:Buku 99 jelmaan makluk halus.
Pesanan dari saya : jangan terlalu percaya pada cerita tahyul kerana ia boleh membuat kita syirik kepada Allah swt.

0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP