Kereta bertukar menjadi bot laju
KERETA
Python bergerak di atas air.
LOS ANGELES - Sebuah
firma di California,
Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kereta yang boleh menjadi bot paling laju,
lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta bot itu dikenali
sebagai Python dan dikeluarkan oleh firma WaterCar. Ia mempunyai lima tempat duduk itu dan
mampu dipandu pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j) di darat dan 97km/j jika
di atas air.
Penciptanya, Dave March
berkata, kereta itu 48km/j lebih laju berbanding saingan terdekat, Gibbs
Aquada.
"Kereta bot sebelum
ini tidak laju di atas air. Misi saya untuk menyaksikan kereta yang berprestasi
tinggi yang turut merupakan bot laju," katanya.
KERETA
Python keluar dari permukaan air.
Berat Pyton ialah 1,723
kilogram dan menggunakan enjin V8 kereta sport Chevrolet Corvette keluaran
firma automobil terkenal AS, General Motors.
Kereta itu dijual pada
harga AS$198,600 (RM678,900) dan pemandunya akan menekan butang supaya
keempat-empat tayarnya condong bagi membolehkan ia bergerak di atas air.
Semasa berada di atas
air, kereta itu menggunakan enjin Dominator 500 kuasa kuda. - Agensi
Lelaki cerita seks disebat 1,000 kali
GAMBAR
menunjukkan Mazen bercerita kisah seks kepada
wartawan program Bold Red Line di dalam kenderaannya.
RIYADH - Sebuah mahkamah
Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 1,000 sebatan ke atas
seorang rakyatnya, Mazen Abdul-Jawad, 32, kerana dia bercerita mengenai
aktiviti seksnya dalam satu program bual bicara televisyen, kata seorang
peguamnya semalam.
Menurut
peguam Mazen, Sulaiman al-Jumeii, anak guamnya itu tidak mengetahui
perbualannya dengan wartawan program bual bicara Bold Red Line terbitan Perbadanan
Penyiaran Lebanon (LBC) telah dirakamkan untuk disiarkan pada 15 Julai lalu.
Sulaimen berkata, dia
merancang untuk membuat rayuan dan yakin hukuman terhadap Mazen yang termasuk
larangan perjalanan dan bercakap kepada media selama lima tahun selepas pembebasannya akan
dibatalkan.
Program itu yang dapat
ditonton di Arab Saudi mencetuskan kritikan ramai penduduk menyebabkan sejumlah
200 orang memfailkan aduan terhadap Mazen yang bertugas dengan syarikat
penerbangan Saudia.
MAZEN
menunjukkan bilik tidurnya dalam program Bold Red Line.
Selepas program itu
disiarkan, kerajaan Arab Saudi mengarahkan dua buah pejabat cawangan LBC di
negara itu ditutup dan menangkap Mazen serta tiga lelaki lain yang terlibat
dalam perbincangan terbuka berhubung seks dalam program itu.
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian
dihukum penjara dua tahun dan 300 sebatan.
Program Bold Red Line itu menyiarkan kenyataan
Mazen bahawa dia menjalin hubungan seks buat pertama kali semasa berumur 14
tahun.
Mazen kemudian membawa
penonton memasuki bilik tidurnya dan menunjukkan patung mainan seks.
Menurut peguam Mazen
itu, anak guamnya membuat kenyataan tersebut dengan merujuk kepada pengalaman
seksual orang lain manakala anak patung seks dibekalkan oleh stesen televisyen
terbabit. - Agensi
WAJAH
sebenar Lady Gaga (kiri) jauh berbeza semasa dia berada di pentas (kanan).
New York - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS)
yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga suka menampilkan imej seksi dan
berahi di atas pentas namun tidak ramai yang tahu wajahnya yang sebenar, lapor
sebuah akhbar semalam.Akhbar itu menyiarkan
wajah sebenar Lady Gaga yang namanya Stefani Germanotta tanpa mekap dan pakaian
seksi.Gambar itu menunjukkan
wajah Lady Gaga jauh berbeza jika dibandingkan semasa dia memakai mekap dan
berpakaian seksi.Lady Gaga lahir daripada
sebuah keluarga yang mempunyai nilai-nilai baikPenyanyi
lagu Just Dance itu mula belajar bermain
piano semasa berusia empat tahun dan belajar di sekolah persendirian Covent of
the Sacred Heart.Selebriti terkenal,
Paris Hilton pernah belajar di sekolah itu.Semasa berusia 17 tahun,
Lady Gaga diterima memasuki program muzik di New York dan mula menulis lagu pertamanya
ketika berumur 13 tahun.Lady Gaga meminati lagu
klasik ciptaan Beethoven dan falsafah.Adakah dia terlalu bijak
untuk menjadi seorang bintang pop? - Agensi
UFO jejaki peluru berpandu Iran
IMEJ
rangkaian berita Fox News menunjukkan satu objek misteri (dalam bulatan)
menjejaki peluru berpandu Iran
baru-baru ini.
TEHERAN - Sebuah objek
terbang tidak dikenali (UFO) dilihat di angkasa ketika pihak berkuasa Iran mengadakan
satu ujian peluru berpandu baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.Klip video itu
menunjukkan objek misteri tersebut memecut di ruang udaranya sebelum membelah
awan ketika rakaman tertumpu pada peluru berpandu Iran sejurus selepas ia
dilancarkan.Rakaman itu menunjukkan
UFO itu bertindak menjejaki peluru berpandu itu.Iran melancarkan dua peluru
berpandu jarak dekat pada Sabtu lepas sekali gus membangkitkan kemarahan Barat
dan Israel.Satu
laporan di Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan rangkaian berita Fox News mendedahkan kehadiran
UFO itu ketika peluru berpandu kedua dilancarkan.Klip video itu
menunjukkan peluru berpandu Shahab-3 melonjak ke udara.Namun, selepas 38 saat
segumpal awan berhampiran terbelah dua oleh sebuah objek terbang yang bergerak
pada kelajuan tinggi.Mengulas mengenai isu
tersebut, seorang pakar UFO dari Britain, Nick Pope, menyifatkan
insiden yang jarang berlaku itu sebagai satu fenomena menakjubkan.Menurutnya, kelajuan
objek misteri itu menunjukkan ia bukan pesawat buatan manusia."Namun, mungkin
juga ia sebuah pesawat kawalan jauh milik Amerika Syarikat (AS). Sebelum ini,
AS merahsiakan pembuatan pesawat prototaip daripada pengetahuan umum selama
beberapa tahun," katanya. - Agensi
Guru
sedia bilik khas untuk murid merokok
SEBUAH sekolah rendah di Wales, Britain
melarang semua guru daripada menghisap rokok tetapi arahan itu tidak pula
tertakluk kepada murid-murid.Pihak pengurusan sekolah di Headlands, Penarth itu turut
menyediakan satu kawasan tertutup khas untuk kanak-kanak merokok antara setiap
waktu pelajaran.Guru besarnya, Matthew Burns berkata, langkah itu sebagai usaha
untuk mengehadkan kegiatan merokok pelajar dalam satu kawasan kecil sahaja.Jurucakap Persatuan Perubatan British, John Jenkins berkata,
pihaknya menyifatkan tindakan sekolah itu sebagai amat tidak wajar dilakukan. –
Agensi
Susu diperah ke arah anggota polis
SEORANG
penternak memerah susu lembu ke arah
anggota polis di Brussels
kelmarin.
BRUSSELS - Penternak-penternak Belgium
memandu beratus-ratus buah traktor dan membawa seekor lembu di sini kelmarin
sebelum melontar botol dan tahi ayam ke arah pasukan polis bagi membantah harga
susu yang menjunam di Eropah.Lebih 2,500 petani turut
melambakkan tahi lembu dan menyembur susu yang diperah dari lembu tersebut di
jalan-jalan raya di sini selain bertindak membakar tayar serta jerami sebagai
tanda protes di luar Ibu Pejabat Kesatuan Eropah di sini.Mereka turut menyimbah
susu dari balang-balang besar di sebuah dataran di sini sebelum membakar mercun
bagi melepaskan lembu itu.Namun akibat takut
dengan letupan mercun, lembu itu bertempiaran lari dan mengejar seorang pekerja
pejabat sebelum ia berjaya ditangkap oleh beberapa penternak. - AP
Ferrari jadi 'besi buruk'
KERETA
Ferrari 360 Modena kini menjadi 'besi buruk' selepas terlibat dalam kemalangan.
DURHAM - Sebuah kereta sport
Ferrari 360 Modena yang berharga kira-kira £110,000 (RM601,269) bertukar
menjadi 'besi buruk' selepas kenderaan itu terlibat dalam kemalangan ngeri,
lapor sebuah akhbar semalam.Kereta itu terbabas
ketika melalui selekoh di sebatang jalan dekat sini sebelum ia terbalik
beberapa kali dan terbakar pada Ahad lalu.Seorang pemilik trak
penunda, Eddie Jeacock berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian dia
menyangka bahawa nahas jalan raya itu merupakan satu kemalangan maut.
GAMBAR
menunjukkan model Ferrari 360 Modena.
Bagaimanapun, pemandu
kereta itu yang berusia 32 tahun dan berasal dari sini cuma mengalami patah
buku lali dan dirawat di Hospital Diraja Sunderland.Kecederaan penumpang
Ferrari tersebut iaitu seorang wanita berusia 37 tahun pula lebih serius tetapi
tidak mengancam nyawa."Sukar untuk
percaya bahawa seseorang masih hidup selepas terbabit dalam kemalangan dahsyat
seperti ini," kata Jeacock. - Agensi
0 comments:
Post a Comment