SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

Semua berita dipetik dari berita kosmo!

>> Friday, October 9, 2009




NASA 'letupkan' bulan hari ini



LAKARAN imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan berpisah dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).



WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan bulan hari ini.
Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa peninjau.
Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.
Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu yang terbentuk.
Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi sebelum melakukan rempuhan yang kedua.
Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz padang bola sepak terbentuk.
Orang ramai boleh menyaksikan peristiwa bersejarah itu secara dalam talian dengan melawat laman web televisyen NASA.
"Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi," kata pegawai pengendali LCROSS, Brian Day.
Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena pancaran matahari.
Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui teleskop gergasi dari bumi.
"Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu kami akan menemuinya," kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony Colaprete.
Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. – Agensi






'Pondan' belasah samseng mabuk













Lurwell dan Lilley(kanan)






SWANSEA, England - Dua lelaki berpakaian wanita yang membelasah sehingga lembik dua samseng yang menyerang mereka kelmarin tidak disangkal lagi memiliki tubuh yang sasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun berpakaian wanita dan bermekap, Daniel Lurwell dan James Lilley bukan pondan seperti sangkaan dua samseng itu, Dean Gardener dan Jason Fender, masing-masing berumur 19 serta 22 tahun semasa mereka cuba membelasah kedua-duanya.
Kedua-dua samseng itu tidak menyangka bahawa Lurwell, 23, dan Lilley, 22, sebenarnya ialah ahli gusti kurungan profesional Britain yang popular dengan gelaran Lionheart dan Lights Out.
Menurut dua ahli gusti itu, mereka keluar menghadiri satu parti bujang dengan memakai pakaian wanita di sini apabila dua samseng yang mabuk itu tiba-tiba muncul dan menghamburkan kata-kata kesat.
"Salah seorang daripada mereka mengejek saya dengan menyatakan, cantik baju awak dan budak gay sebelum menumbuk saya," kata Lilley.


"Beberapa saat kemudian, saya membelasah kedua-dua samseng itu sehingga mereka rebah ke lantai," tambah ahli gusti itu.
Dua samseng itu yang ditangkap berpandukan imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengaku bersalah kerana berkelakuan agresif sebelum dihukum melakukan kerja komuniti selama empat bulan oleh hakim, memakai tag elektronik dan dikenakan perintah berkurung. - Agensi






Pertandingan ratu cantik plastik









BUDAPEST - Pertandingan ratu cantik lazimnya mencari wanita yang jelita namun sebuah syarikat di sini menganjurkan pertandingan mencari ratu plastik di Hungary, lapor sebuah akhbar semalam.
Peserta-peserta itu merupakan pesakit beberapa pakar bedah. Mereka perlu menunjukkan apa sahaja aset plastik termasuk payu dara, hasil sedut lemak dan pemindahan rambut.
Sekumpulan hakim pertandingan bukan sahaja menilai prestasi semasa hari pertandingan malah mereka akan turut memeriksa rekod perubatan peserta.
Namun, pertandingan yang bermula hari ini di sini turut mencetuskan ketegangan berikutan beberapa insiden di belakang tabir.
"Saya akan menyaman pembekal rambut kerana bahan yang mereka bekalkan terbakar ketika ia diwarnakan.
"Nasib baik ia terbakar sebelum dipasang ke kepala saya," kata seorang peserta, Alexandra Horvath.
Pihak penganjur berkata, acara itu membenarkan peserta berumur 19 hingga 38 menyertainya bagi meraikan kecantikan tubuh baru mereka. - Agensi






0 comments:

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP