SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

ULAR GERGASI TELAN BUAYA…

>> Friday, April 24, 2009


 

KOSMO! JUMAAT 10 APRIL 2009

 

ULAR GERGASI TELAN BUAYA…

LOS LLANOS – Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat Bandar Los Llonas,Venezuela,lapor sebuah akbar semalam.Detik-detik itu Berjaya dirakam oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya disebuah kawasan berpaya disebuah hutan di Negara berkenaan.Pada kebiasaannya filem-filem Hollywood kerap menunjukkan adengan ular gergasi yang kerap diberi jolokan  anaconda menelan manusia dan haiwan lain.Namun detik-detik menarik itu disaksikan sendiri oleh jurugambar yang menyaksikan pertarungan antara ular dengan buaya terbabit. Ular gergasi tersebut berwarna hijau dan bertindak membelit buaya malang itu kerana ia tidak mempunyai bisa untuk membunuh mangsa.Mulut ular itu yang anjal mampu untuk membaham buaya tersebut tetapi ia mengambil banyak masa untuk menelan tubuh haiwan berkenaan.Selepas menghabiskan makanan itu,ia kemudian mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dan menghadamkan hidangan istimewa yang sudah dinikmatinya. - Agensi.

Read more...

LELAKI 26 TAHUN BERTUBUH KANAK-KANAK


KOSMO! KHAMIS 16 APRIL 2009

 

NEW DELHI – Sekumpulan pakar  perubatan terkejut apabila mendapati kanak-kanak yang disangka berumur 2 tahun adalah lelaki dewasa berusia 26 tahun.Lapor sebuab akbar semalam.Lelaki yang dianggap bayi itu,jerly Lyngdoh tinggal bersama ibu dan  bapanya di Meghalaya,utara india.Dia kelihatan seperti kanak-kanak lain dengan ketinggian hanya mencecah 140 sentimeter.Namun,rahsiahnya terbongkar setelah  dia membuka mulut kerana semua giginya adalah gigi orang dewasa.Seorang pakar kanak-kanak Dr.J. Ryndong berkata,kes membabitkan jerly merupakan sesuatu yang pelik.”Hanya gigi menunjukkan dia seorang yang dewasa.Ini adalah satu keganjilan yang jarang berlaku,”katanya.Pakar-pakar percaya bahawa kanak-kanak yang mempunyai berat dibawah 10 kilogram itu mengalami rembesan hormone tidak normal sehingga menjejaskan tumbesarannya. – Agensi.

Read more...

MILIKI RAMBUT 2.5 METER

>> Sunday, April 5, 2009


KOSMO SABTU 4 APRIL 2009

WANITA CHINA MILIKI RAMBUT 2.5 METER

 

CHONGQING – Seorang warga china, Chenq Shiquin miliki rambut 2.5 meter laporan sebuah akhbar semalam. Shiquin yang memiliki sebuah salun kecantikan di sini tidak pernah memotong rambut sejak 16 tahun lalu. Shiquin mengambil masa dua jam hanya untuk mencuci rambutnya dan sejam lagi untuk menyikatnya. Walaupun rambut wanita itu tergolong dalam kategori  ekstrem, Shiquin bukan pemegang rekod rambut terpanjang di dunia kerana ia menjadi milik Xie Qiuping dari wilayah Guangxi. Qiuping memiliki rambut berukuran lebih lima meter panjang pada 2004 dan dia menyimpannya sejak berumur 13 tahun. - AGENCI

Read more...

CACING GERGASI

>> Wednesday, April 1, 2009


KOSMO RABU 01 APRIL 2009

             CACING GERGASI MAKAN BATU KARANG

CORNWALL – Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1,2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, laporan sebuah akhbar semalam. Cacing yang dinamakan Berry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeleda akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu. Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika. “Terdapat ‘benda’ yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memiliki rahang pelik dan badannya diliputi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia, “kata kurator akuarium itu, Matt Slater. Menurutnya , Berry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain. Cacing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika dia masi kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. - Agenci

Read more...

PESAWAT JADI BILIK DARJAH

KOSMO 01 APRIL 2009

            PESAWAT JADI BILIK DARJAH DI BRITIAN

STOKE-ON-TRENT – Sebuah pesawat komersial sepanjang 25 meter akan diubah suai menjadi bilik darjah yang pertama di Britian, laporan sebuah akhbar semalam. Pesawat yang tidak lagi digunakan itu tiba di Sekolah Rendah Kingsland di sini kemarin dengan dibawa oleh sebuah treler selepas terbang beribu-ribu jam dengan membawa sejumlah ahli perniagaan ke Irlend dan Sepanyol. Pesawat itu dibelih pada harga kurang $20,000 (RM104,271) atau separu daripada $40,000 (RM208,568) yang diperlukan untuk membina sebuah bilik darjah bergerak. Guru besar sekolah itu, David Lawrence berkata, pesawat tersebut akan dilengkapi papan putih, meja dan komputer riba bagi memudakan proses pembelajaran 30 orang murid. “bilik darja ini menyeronokan. Benarkah apa yang saya lihat ini?, “kata murid sekolah itu yang berumur 11 tahun, Connor Myatt. - Agensi

Read more...

KELAPA KEMBAR BAU WANGI


PETALING JAYA – kelapa kembar berbau wangi bak bunga melor.Bunyinya agak aneh tetapi itulah hakikatnya pada buah kelapa yang ditemui oleh dua orang peniaga yang menguruskan kedai menjual buah-buahan dan santan ditaman medan dekat taman Dato’Haron disini.Suhaimi mohd nor, 36 yang sudah tiga tahun berniaga disitu dan pernah bekerja mengopek kelapa dibagan Datoh,perak,berkata,”dea tidak pernah mendengar atau terjumpa dengan kelapa sedemikian rupa.”Jumaat lalu,seperti biasa abang ipar saya membelah stock kelapa untuk dikisar,barulah dia perasan yang kelapa itu kembar.”Bila kami berdua lihat dekat-dekat,bukan hanya kembar,malah ia mengeluarkan bau yang sangat wangi macam bau bunga melor.Kami pun simpan dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk,”katanya sambil memberitahu akan menyimpan kelapa itu kerana ia boleh dijadikan minyak

Read more...

PENGGALI KUBUR TERIMA NASIHAT ‘DEWA KEMATIAN’

>> Sunday, March 29, 2009

KOSMO ISNIN 16 MAC 2009
PENGGALI KUBUR TERIMA NASIHAT ‘DEWA KEMATIAN’

SINGAPURA – Seorang penggali kubur di sini, Wong Shun Feng manyatakan pengalaman melihat hantu, mengalami fenomena luar biasa dan dinasihati dewa-dewa merupakan sebahagian asam garam dalam perkerjannya. Dikenali dengan pangilan Tua Ya Pek iatu nama dewa kematian di kalangan rakan-rakannya, Shun Feng bertugas memindahkan mayat ke kawasan perkuburan baru di negara itu bagi memberi ruang pada pembangunan. Bagaimanapun, menurut Shun Feng, 53, kerja mengali kubur menjadi sukar kerana roh si mati engan berpinda dan tdak mau jasad mereka diganggu. Hantu sama seperti manusia. Mereka jua memiliki perasan. Bagaimana emosi anda jika terpaksa berpinda selepas tingal di sesuatu tempat selama 50 tahun?” soalnya. “Perna sekali, sebatang poko berhampiran sebuah kubur yang saya gali bergoncang walaupun tiada angi bertiup dan tangan kiri saya perna lumpu seperti mayat selepas mencarut di kawasan kubur,” tambah lelaki itu. Bagaimanapun, dia yang mempunyai pengalaman mengali kubur selama 30 tahun mengakui tidak gentar berdepan fenomena itu kerana percaya bahwa hantu dan roh jahat tidak dapat menjejaskan individu yang berniat baik sepertinya. - Agensi

Read more...

DILARANG MEMANDU SEHINGGA TAHUN 3000

KOSMO 8 JANUARY 2009
DILARANG MEMANDU SEHINGGA TAHUN 3000

SYDNEY – Seorang pesara wanita berumur 84 tahun, Luba Relic dilarang memandu kenderaan selama setahun lagi, laporan sebuah akbhar semalam. Hukuman terbaru itu menyebabkan jumla hukuman tidak boleh memandu kereta yang diterimanya adalah 1,000 tahun. Sebelum ini dia dilarang memandu sehinga tahun 2999 oleh mahkama kerana melakukan banyak kesalahn jalan raya seperti memandu tanpa lesan. Bagaimanapun, seorang majistrek bertindak melanjutkan tempo tersebut untuk setahun lagi berikut kesalahan terbaru yang dilakukan oleh wanita itu. Menurut keterangan di mahkamah, lesen memandu wanita itu telah digantung sebelum ini kerana sebap-sebap perubatan. Namun dia terus memandu kenderaan dan melangar sebuah kereta honda Civic di luar sebuah kedai di Oxford Street, daerahWarriewood pada September tahun lalu. Selain lanjutan larangan memandu itu, majistret tersebut mengarahkan wanita itu supaya membayar denda A$1,000 (RM2,520) dan menanggung segala kos pembaikan. - Agensi

Read more...

PENYU PURBA TANPA CENGKERANG

>> Saturday, March 28, 2009

KOSMO! AHAD 30 NOVEMBER 2008


PENYU PURBA TANPA CENGKERANG


BEIJING – Penemuan sebuah bongkoh fosih berusia 220 juta tahun di Guangling, barat daya China menceritakan evolusi penyu era purba yang badannya tidak di liputi cengkerang. Dr. Xiao-Chun Wu, saintis muzium semula jadi Kanada yang menemui fosil itu dalam laporannya kepada jurnal Nature berkata, cengkerang suda wujud tapi masi belum keras.
Plat menutupi dada penyu purba ini menunjukan haiwan itu mengunakan cengkerang tersebut untuk melindungi tubuhnya sewaktu berenang sebelum berkembang keras sepenunya.“Fosil ini mendedahkan moyang penyu memeliki gigi dan memiliki ekor panjang mana kala cengkerang itu membesar menjadi tulang belakang penyu moden,” katanya.- Agensi…..

Read more...

MAKHLUK ASING ( E.T )




KOSMO! SELASA 24 MAC 2009

FAIL MAKHLUK ASING DIDEDAH

LONDON – Makhluk asing (ET) seperti pisang, bercakap dengan loght Scandinavia dan objek tidak dikenali (UFO) berbentuk berlian perna dilihat di Britain, laporan sebuah media semalam berdasarkan pendedahan fail sulit kerajaan. Menurut akhbar berkenaan, kes ganjil melibatkan Et dan EFO itu disiasat oleh sabuah jabatan rahasia di kementerian pertahanan iaitu DI55.Semua fail sulit itu boleh diakses di laman web Arkib Kebangsaan yang menyatakan bahwa Britain didatangi banyak UFO sekitar hujung tahun 1980-an dan awal 1990-an.Fail itu turut merekodkan lukisan seorang lelaki di London barat yang melihat ET berbentuk pisang dan memiliki tangan dan kaki seperti manusia pada 16 mei 1989.Selain itu, para penyiasat DI55 turut menyoal seorang wanita di Norwich iaitu bandar kedua terbesar di Britain pada tahun 1989 selepas dia menyatakan dihampiri oleh ET yang bercakap dengan logat Scandinavia dan mendakwa bahwa ia dari planet lain.ET itu menjelaskan bahwa makhluk asing bertanggung jawab melukis bulatan gergasi di ladang-ladang gandum dan diarahkan untuk tidak berhubungan dengan manusia tetapi menyatakan ia melawat bumi dengan niat baik.Wanita itu yang terkejut dengan percakapan ET tersebut melarikan diri ke rumanya tetapi dia dikejutkan dengan bunyi dengung kuat dan berpaling lalu melihat sebuah piring terbang naik ke udara dan hilangdaripada pandangannya. - Agensi

Read more...

39,897 ORANG CIPTA REKOD BERCIUM


KOSMO! ISNIN 16 FEBRURI 2009

39,897 ORANG CIPTA REKOD BERCIUM

BANDA RAYA MEXICO – Satu rekod dunia bercium dicipta di sini apabilah hampir 40.000 orang berkucupan kemarin.
Sorang pegawai Gunness World Records mengasakan bahwa 39.897 orang bercium di dataran Zocalo sempena sambutan hari kekasi.
“Kita berjaya melakukannya. Panjang umur Mexico,” kata penyanyi kelahiran Mexico Susana Zavaleta.
Sebelum itu, majlis ciuman tersebut ditangguhkan selama beberapa jam kerana penganjur menungu kehadiran lebih ramai orang. - AP

Read more...

INFO HANTU RIMBA

>> Friday, March 27, 2009

Menurut kepercayaan tahyul sesetengah orang melayu,hantu rimba menjadi punca orang sesat dihutan.Ceritanya berpunca dari seorang lelaki yang tidur dalam keadaan mulut ternganga selepas sesat dalam hutan.Biji benih yang masuk kedalam mulutnya menjadi pokok.Dikatakan sesat didalam hutan ketika mencari kijang putih yang diidamkan oleh istri yang sedang hamil.Dia berjanji pada dirinya tidak akan pulang selagi tidak menjumpai haiwan itu.Ada yang mendakwa lelaki itu kecewa dan mati menjadi hantu rimba kerana gagal mencari haiwan berkenaan.Ada juga yang menyatakan hantu rimba berpunca daripada anak wanita yang hamil itu mati akibat kegagalan mencari ayahnya yang hilang didalam hutan.Hantu rimba selalu mengganggu manusia didalam hutan ketika hujan lebat yang disertai ribut dan kilat.Boleh diseru dengan memberikan jamuan dan mantera tertentu bagi pengamal perubatan tradisional.Hantu rimba tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali muka seseorang itu disapu dengan darah ayam betina putih pada waktu senja.Hantu rimba takut pada kunyit,daun pokok pinang liar,serbuk besi,kayu yang dimamah beruang,rotan yang terbalik sendirinya,kayu yang ddipanah petir,batu bezoar,akar pokok bersimpul atau tangkal yang dibungkus kain hitam dan diikat menggunakan tali hitam dipinggang atau tangan.Ayat-ayat suci al-Quran turut ditakuti hantu rimba ini.
info dari sumber:Buku 99 jelmaan makluk halus.
Pesanan dari saya : jangan terlalu percaya pada cerita tahyul kerana ia boleh membuat kita syirik kepada Allah swt.

Read more...

CICAK BERCAKAP MELALUI MATA


Dipetik dari Kosmo Ahad 30 november 2008


LOS ANGELES-Misteri komunikasi antara cicak akhirnya Berjaya dirungkai sekumpulan saintis dari Universiti Harvad dengan Universiti Los angeles yang rupa-rupanya bermula daripada jelingan mata mereka sendiri.Dengan menggunakan sebuah robot cicak daripada getah,penyelidik mendapati kaedah bahasa isyarat melalui kelipan mata adalah cara cicak menyampaikan mesej perhubungan.Dalam kajian diterbitkan jurnal terbaru PNAS,cicak robot mampu bercakap dengan anolis gundlachi,spesies cicak tropika berdagu kuning jantan disebuah hutan di Puerto rico.”Namun kaedah komunikasi ini didapati tidak sesuai jika sudut tempat tersebut diliputi oleh tumbuhan tebal atau pencahayaan yang lemah,” kata saintis,Dr.Terry Ord.-Agensi.

Read more...

IKAN LUMBA-LUMBA ALBINO DITEMUI

METRO SELASA 3 MAC 2009
IKAN LUMBA-LUMBA ALBINO DITEMUI

LOUSIANA: Seekor ikan lumba-lumba albino dikesan berenang di sebuah tasik di Lousuana.
Gambar mamalia itu di rakam oleh kapten bot sewa khas tempatan, Erik Rue.
Rue mengkaji ikan lumba-lumba ganjil itu sejak ia mula di hantar di tasik Calcasieu, tasik air masin di utaraTeluk Mexico, barat daya Amerika Syarikat.
Sejak di kesan dengan sekawan ikan lumba-lumba berwarna biasa tahun lalu, haiwan itu menarik lebi ramai pengunjung ke tasik itu.
Kali pertama Rue, 42, melihat ikan itu ialah ketika mamalia itu berenang bersama-sama empat ikan lumba-lumba lain dengan seekor kelihatan seperti ibunya.
“Saya ternampak sekawan ikan lumba-lumba dan menyedari seekor daripada nya berkulit cerah. Ia menakjubkan,” katanya.
“Saya belum perna melihat ikan lumba-lumba merah jambu. Seluru badan nya merah jambu dan kelihatan seola-ola baru keluar dari bengkel cat.
Ikan itu nampak sihat dan normal kecuali warnanya, yang kelihatan agak cantik.
“Mamalia itu berwarna merah jambu , dari muncung hinga ke ekornya dan matanya merah, menandakan ia albino.
“Kulitnya kelihatan licin dan berkilat. Sudah 40 hingga 50 kali saya melihatnya sejak kali pertama ternampak ikan itu.
“Ia kini semakin besar dan kadang kala dilihat berenang jauh dari ibunya untuk mencari makanan dan bermain. Namun, Ia masih tetap berhampiran kumpulannya di selat kapal Calcasieu,” Kata Rue.
Pakar biologi dari persatuan pemuliharaan ikan paus dan ikan lumba-lumba itu sebagai ‘amat cantik.’
“Belum pernah saya melihat ikan lumba-lumba berwarna seperti itu sepanjang karier saya.
“Walaupun merah jambu, ikan lumba-lumba itu sebenarnya albino. Anda boleh Mengesahkannya dengan melihat pada matanya.
“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis albino yang diwarisi oleh haiwan itu.” Katanya, - AP

Read more...

IKAN LUMBA-LUMBA DAN PAUS TERDAMPAR

METRO SELASA, 3 MSC 2009

IKAN LUMBA-LUMBA, PAUS TERDAMPAR

SYDNEY: Penyelamat mengunakan jet ski, jentolak dan kudrat manusia untuk menyelamatkan puluhan ikan paus dan lumba-lumba yang terdampar di sebuah pantai di selatan Australia semalam.

Kira-kira192 ikan paus dan sedozen ikan lumba-lumba terdampar di pantai naracoopa di pulau king, Tasmania, insiden keempat sejak beberapa bulan lalu.

Pegawai Taman, Chris Arthur berkata: 54 ikan paus dan tujuh ikan lumba masi hidup ketika operasi menyelamat bermula.

Lewat semalam , 48 haiwan berjaya di tolak kembali ke dalam laut, hasil kerjasama pegawai dan lebih 100 sukarelawan pulau king.

Jentolak mengorek longkang yang membenarkan airmengalir menghampiri ikan paus. Pada masa sama, sukarelawan membasahkan tubuh dan menyelimut ikan paus dengan kain basah bagi membantu menyejukannya.

Kumpulan sukarelawan kemudian mengunakan pengusung untuk menarik lumba-lumba ke air cetek. Pegawai di dalam bot kecil dan jet ski kemudian menarik ikan itu ke laut dalam.

“Penyalamat berharap ikan yang di selamatkan tidak kembali ke pantai.

“ Masi terlalu awal untuk membuat andaian,” kata jurucakap taman Hidupan Liar, Shelley Davison.

Tidak dapat di pastikan kenapa haiwan-haiwan itu terdampar di pulau itu yang terletak di pertengahan laluan antara Tasmania dan Australia.

Akbar Tasmania The Examiner, mandakwa haiwan-haiwan itu terperankap dalam arus cetek .

Junari lalu, 45 ikan paus terdampar di beting pasir sebuah kawasan terpencil di Tasmania.

Namun pengelamat menuang air selama beberapa hari ke atas kumpulan ikan paus itu ketika oparasi menyelamat dilaksanakan .

November lalu, 150 ekor ikan paus terbunuh selepas ia terdampar di pantai berbatu di kawasan persisisran Tesmania.

Semingu kemudian penyelamat berjaya menyelamatkan 11 dari pada 60 ikan paus yang terdampar di Tasmania. - AFP

Read more...

RAKAM GAMBAR HANTU

METRO 10 MARCH 2009
TAK SEDAR RAKAM GAMBAR HANTU DI MUR YORKSHIRE


LONDON : Colin foster tidak menyangka gambar yang dirakamnya ketika bercuti turut mengandungi hantu.
Dan pakar mengesakan gambar menakutkan itu adalah tulen.
Menurut Foster, 34, di merakam gambar itu ketika melawat kawasan mur di Yorkshire Utara menggunakan kamera digital barunya awal tahun ini.
Dia tidak menyadari sesuatu yang luar biasa sehingga pulang dan mula memeriksa gambar yang di rakamnya.
Foster berkata: “Teman wanita saya dan saya meneliti gambar itu apabila dia tiba-tiba menggenggam tangan saya dan berkata; “Berhenti.’
Dia mendesak saya membesarkan sekeping gambar. Mulanya saya tidak nampak. Tetapi apabila saya membesarkannya, kami berpandangan satu sama lain dengan mulut ternganga.”
Foster yang berasal dari Wordsley, West Mids, berkata; “Ketika saya merakam gambar itu saya memang terasa seperti di perhatikan.
“Malah, saya dapat merasakan betapa terpencil nya tempat itu.
“Rakan dan keluarga saya juga terkejut melihat gambar itu.”
Semalam pakar juga terkejut apabilah ditunjukkan gambar berkenaan – satu daripada beratus-ratus gambar yang dirakam oleh Fosterketika lawatannya ke utara England.
Seorang pakar, Craig Hamilton-Parker berkata; “Saya melihat gambar itu. Ia tidak mempunyai tanda dimanipulasi.
“Bentuk manusia dalam gambar itu membuat saya berkata: ‘Benar, ini adalah rakaman makhluk ghaib. Kawasan Mur Yorkshire terkenal kerna hantunya.”
Nick Thurston dari persatuan paranormal Britain berkata: “Imej itu sungguh jelas.”
Pengurusi persatuan itu, Clint Symonds pula berkata: “Gambar itu adalah antara yang akan membut anda duduk tegak dan berkata wow. Ia juga gambar yang memerlukan kajian mendalam.” - Agensi




seram juga yaa....hati-hati guna camera baru anda...

Read more...

LABAH-LABAH GERGASI

KOSMO! KHAMIS 18 SEPTEMBER 2008
LABAH-LABAH GERGASI

SEKOR Labah-Labah gergasi La Princesse telah direka oleh syarikat Perancis, Ka Machine baru-baru ini.
Kemunculannya adalah sebahagian dari pada sambutan kebudayaan di Eropah.
Labah-Labah gergasi itu kelihatan merayap di sekitar Liverpool, England baru-baru ini. Ia turut mencuri perhatian dengan melekap pada bangunan.
Diperbuat dari pada besi dan kayu pokok populus, ia dioperasikan oleh 12 individu yang ditempatkan di balik rangkanya.



Macam-macam cerita…hahhaha

Read more...

SPIDER-MAN PANJAT BANGUNAN HK

KOSMO! RABU 18 FEBRUARY 2009
SPIDER –MAN PANJAT BANGUNAN HK

HONG KONG- Pemanjat bangunan yang di beri jolokan SPIDER-MAN, Alain Robert memanjat bangunan setingi 62 tingkat di sini tanpa sembarang peralatan memanjat buat kali kedua semalam.
Dia yang berasal dari Perancis mengambil masa hanya 40 minit untuk tiba di atas bangunan pusat Cheung Kong milik lelaki terkaya Hong Kong, Li Ka-Shing.
Dia perna memanjat bangunan setingi 283 meter itu pada 2005.
Menurut jurucakap Robert, Peter Spurrier, beberapa pegawai polis menyoal siasat SPIDER-MAN itu selepas dia tiba di bumbung bangunan tetapi kemudian membebaskannya tanpa dikenakan sebarang dakwaan. - AP

Read more...

ULAR BERKAKI EMPAT


KOSMO! RABU 18 FEBRUARY 2009
HEBOH ULAR BERKAKI EMPAT


RENGAT- Seorang penduduk kota Rangat, Indragiri Hulu di wilayah Riau heboh dengan penemuan anak ular aneh, laporan sebuah akhbar semalam.
Ular berwarna hitam tersebut memeliki empat kaki dan dipelihara oleh Bujang, 26, dalam botol air mineral.
Panjang ular itu sekitar 15 centimeter “Mungkin ia masih kecil, tetapi saya tidak tahu nama haiwan ini ,” kata Bujang.
Di berkata, ular tersebut diperolehnya daripada seorang penduduk di desa Rantau Mapesai, Rangat seberang, Kecamatan Rangat pada ahad lalu.
Menurutnya, ular berkaki empat itu ditemui di depan rumah penduduk tersebut.
Sebelum ini, penduduk Gowa di Sulawesi Selatan gempar selepas seorang calon wakil rakyat, Muh Hatta Hamzah menemui seekor anak ular berkaki empat.
Dan turut menyimpan haiwan itu.


Wallahualam…

Read more...

GEDUNG BELI-BELAH BERHANTU

KOSM0! ISNIN 5 JANUARY 2009

Gedung beli-belah
Dipercayai berhantu


SHANGHAI – Gedung beli belah marks and spencer milik
Rakyat britan di sini gagal menarik kehadiran ramai pengunjung
Tempatan. Laporan sebuah akhbar semalam.
Bilangan pengunjung yang sedikit itu dipercayi akibat barang
Di gedung tersebut terlalu mahal dan lokasinya yang dikatakan berhantu.
Gedung itu dipercayi berhantu kerana seorang pengunjung, Harshit shah
Dari India jatu dari tinkat empat selepas bersandar pada sisi tepi eskalator pada awal Oktober lalu.
Seorang ahli pernagian. Wang Chuan berkata, ada sesuatu yang tidak kena dengan lokasi gedung itu apabila seorang penjung mati.
“Adalah munasabah tempat itu berhantu. Marks and Spencer sepatutnya menimbang mengadakan majlis feng shui untuk menyelesaikan masala itu” Kata seorang pakar feng shui,” Wang Shuo Yu.
Namun , seorang pengawal keselamatan, Zhao Dali menyatakan pendapatan sebulannya hanya 1,000 yauan (RM507.87) dan jumla itu tidak mencukupi untuk membeli sebuah jaket digedung itu.
Seorang pengunjung, Linda Wu berkata, kebanyakan pakaian yang terdapat di gedung itu adalah untuk golongan tua manakala penduduk China tidak membelanjakan wang bagi membeli pakaian. - Agensi

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP