SAHABAT PENULIS

DAFTAR PENGUNJUNG

web page traffic statistics

BERITA DIPETIK DARI BERITA KOSMO

>> Wednesday, September 30, 2009

bayi paling berat di Indonesia




BAYI paling berat di Indonesia (kanan) menangis di sebelah bayi normal di sebuah hospital di Medan, Sumatera Utara semalam.





JAKARTA - Seorang wanita Indonesia melahirkan bayi lelaki seberat 8.7 kilogram (kg) iaitu yang terberat pernah dicatatkan di negara itu, kata seorang doktor semalam.
Bayi yang masih belum diberi nama itu mempunyai ketinggian 62 sentimeter dan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean kelmarin di sebuah hospital awam di wilayah Sumatera Utara.
"Pembedahan itu sukar kerana bayi itu amat berat terutama ketika proses untuk membawanya keluar dari rahim ibu.
"Kakinya amat besar," kata Dr. Binsar Sitanggang yang mengambil bahagian dalam pembedahan itu.
Bayi itu berada dalam keadaan sihat walaupun pada mulanya diberikan oksigen bagi mengatasi masalah pernafasannya, tambahnya.
"Dia (bayi itu) mempunyai selera makan yang besar. "Pada setiap minit dia hampir tidak berhenti untuk minum susu.
"Bayi ini amat luar biasa. Cara dia menangis tidak seperti bayi normal. Ia amat kuat," kata Dr. Binsar.
Menurutnya, berat badan luar biasa itu mungkin disebabkan oleh ibunya, Ani yang berumur 41 tahun mempunyai penyakit diabetes. - AFP







Kucing 9.98kg




SEORANG jururawat haiwan memegang Socrates yang seberat 9.98 kilogram




NORTH SHEILDS, England - Seekor kucing yang diberi nama Socrates oleh pemiliknya, Bill Duncan menjalani diet bagi mengurangkan berat badannya yang seberat 9.98 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.Berat badan itu menyebabkan kucing itu tidak dapat bergerak kemungkinan kerana kegemarannya makan keju dan kerepek.Namun, kini kucing yang berusia lima tahun itu dipilih untuk menjadi salah seekor finalis dalam pertandingan diet Kelab Sihat Haiwan anjuran sebuah agensi perlindungan haiwan.Cuma tinggal 100 hari lagi untuk mencapai sasaran berat badan 4.5 kilogram, ia mendapat diet makanan yang merupakan separuh daripada yang dimakannya sebelum ini."Disebabkan oleh bulunya yang panjang, saya tidak mengetahui berat badannya," kata pemiliknya di sini."Apabila saya memberinya makan, kucing itu kini merungut dan melihat ke arah saya seperti bertanya di manakah baki makanan yang lain," tambahnya.- Agensi





Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?






GAMBAR menunjukkan makhluk asing yang masih hidup pada Mei 1997 di sebuah ladang di Metepec, Mexico.





METEPEC, Mexico - Adakah terdapat abang bayi makhluk asing yang ditemui di Mexico tinggal di kalangan manusia?
Sebelum ini, seorang petani menemui bayi makhluk asing itu yang kelihatan seperti cicak, berekor, bergigi dan mempunyai kepala pada 1997 sebelum membunuhnya.
Bangkai bayi makhluk asing tersebut kemudian dikaji oleh saintis-saintis selama dua tahun dan semua ujian untuk menghasilkan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan ganjil itu menemui kegagalan.
Makhluk itu mempunyai ciri-ciri haiwan reptilia seperti giginya.
Namun, makhluk itu turut mempunyai ciri-ciri manusia seperti sendi dan telinga.
Seorang wartawan sebuah akhbar, Michael Remke pergi ke Metepec untuk melihat bangkai bayi makhluk itu.
"Matanya menyeramkan," katanya.
Namun, seorang pekerja, Francisco Garcia menyatakan dia melihat satu lagi makhluk seperti itu.
"Saya melihat makhluk asing kedua yang masih hidup. Ia seorang jantan setinggi kira-kira 70 sentimeter. Saya melihatnya menyusup keluar dari sebuah pintu ladang dan kemudian melarikan diri," katanya.
Adakah makhluk itu menyembunyikan diri di kawasan itu atau sudah pergi ke bandar raya Mexico yang sejauh 65 kilometer dari sini? - Agensi




Tinggal dalam terowong di Las Vegas




STEVEN dan Kathryn tinggal dalam terowong bawah tanah di Las Vegas.


LAS VEGAS - Satu pasangan kekasih, Steven dan Kathryn tinggal dalam terowong banjir yang kotor di bawah tanah bandar raya Las Vegas di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Steven dan Kathryn tidak bekerja tetapi mereka merayau-rayau di kasino yang banyak terdapat di Las Vegas dengan harapan akan menemui wang yang ditinggalkan oleh penjudi mabuk di mesin-mesin perjudian.
Walaupun berdepan dengan risiko penyakit, ancaman labah-labah dan banjir, kebanyakan penghuni terowong itu mempunyai perabot dan pelbagai perhiasan lain.
Steven berpindah ke terowong itu dua tahun lalu selepas dia kehilangan kerja sebagai kakitangan sebuah hotel kerana masalah heroin.
"Kami pernah menemui wang sebanyak AS$997 (RM3,455) di dalam satu mesin perjudian. Saya turut menemui wang berjumlah AS$500 (RM1,733) beberapa kali," kata Steven.
Satu lagi pasangan, Amy dan JR tinggal di terowong itu dengan harapan untuk mencari pekerjaan di Las Vegas.
"Saya mempunyai sejumlah buku, pemain cakera padat dan pakaian serta gambar anak saya yang telah meninggal dunia 11 tahun lalu," kata Amy.
Menurutnya, walaupun berdepan dengan ancaman labah-labah dan banjir, terowong itu merupakan tempat terbaik untuk dijadikan tempat tinggal untuk golongan tidak berumah.- Agensi




Anak panah tertusuk pada tubuh budak




GAMBAR menunjukkan tubuh belakang Tian ditusuk anak panah.


BEIJING - Seorang budak yang berumur dua tahun semakin pulih selepas tubuh belakangnya terkena sebilah anak panah akibat perbuatan jirannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak itu, Tian Tian sedang bermain di perkarangan rumah keluarganya di China apabila dia terkena anak panah di bahagian belakang badannya di Nanyang.
Menurut neneknya, Yi Tsou: "Dia menjerit dan saya kemudian melihat anak panah itu tertusuk di belakang tubuhnya. Saya hampir pengsan."
Anggota-anggota perubatannya kemudian menarik anak panah itu dan mereka kini menunggu sama ada ia menyebabkan kerosakan pada tulang belakangnya.
Menurut polis, jiran keluarga Tian itu berdepan dengan hukuman tujuh tahun penjara kerana mencederakan seorang budak.
- Agensi  
Nota:berita pelik-pelik ini dipetik dari berita kosmo!



Read more...

udins bersama adik sepupu

>> Saturday, September 19, 2009



Asalamualaikum...selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari saya udins dan adik-adik sepupu di shah alam selangor kepada semua member disabah yang mengenali kami.


Read more...

Banduan trauma hukuman mati gagal

kosmo 18 september 2009
COLUMBUS - Seorang banduan, Romell Broom mengalami trauma berikutan hukuman mati melalui suntikan maut gagal dilaksanakan walaupun pihak penjara di sini berusaha memasukkan jarum ke lengannya selama dua jam.Peguamnya, Adele Shank berkata, usaha pihak berkuasa untuk mencuba sekali lagi pada minggu hadapan mungkin boleh membawa bencana.


"Prosedur hukuman mati itu tidak menjadi. Broom berjalan tanpa luka pada bahagian saluran darahnya," kata Shank.
Gabenor negeri Ohio, Ted Strickland membuat keputusan untuk menghentikan prodesur pada Selasa lalu dan menundanya selama seminggu.
Shank berkata, pihaknya memohon Strickland untuk menimbangkan belas kasihan terhadap hukuman Broom.
Strickland bagaimanapun berkata, beliau akan mengkaji kejadian itu dan merujuk kepada para pegawai penjara untuk menentukan langkah berikutnya.
Pasukan perubatan gagal mengekalkan pembukaan saluran darah berikutan penggunaan dadah lampau Broom.
Dia dijatuhi hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang gadis, Tryna Middleton, 14, selepas menculiknya di Cleveland pada September 1984. - AP



Kanggaru serang pejabat ahli psikologi


SYDNEY - Seorang ahli psikologi terpaksa diselamatkan dari pejabatnya sendiri selepas seekor kanggaru 'sesat' memecah masuk menerusi tingkap sebelum berlari sekeliling bilik.
Berikutan itu, Suzanne Habib meloncat-loncat di atas mejanya dalam pejabatnya di Atherton, Queensland, kata seorang rakannya, Tony Baddock.


"Suzanne hanya menjerit dan meloncat-loncat meminta pertolongan. Kanggaru itu berlari ke sana sini kerana ketakutan," kata Baddock.
Selepas enam mint, haiwan setinggi 1.5 meter itu meloncat ke bahagian utama.
Kata Baddock, dia terkejut mendapati haiwan itu berada di bandar kerana ia lebih suka mendiami kawasan belukar dan jauh daripada manusia.
Dalam kejadian lain pada Mac lalu, seorang tukang masak menjadi tajuk utama akhbar selepas dirakam bergusti dengan seekor kanggaru yang memecah masuk ke biliknya di Canberra.
Warga Switzerland, Beat Ettlin itu berkata, dia mengalami calar-calar di tangan dan punggung akibat bertarung dengan 'ninja gila' itu. - AFP



Read more...






VICTOR PEREZ menujukkan matanya yang pulih selepas menjalani pembedahan di Miami, Florida kelmarin.

kosmo 18 september 2009


MIAMI - Pancaindera seorang nenek buta berusia 60 tahun di Amerika Syarikat (AS) pulih selepas sepasukan doktor bedah menanam sebatang gigi dalam matanya sebagai tapak untuk meletakkan sebuah kanta plastik halus, kata sekumpulan doktor kelmarin.
Menurut Institut Mata Bascom Palmer, wanita berkenaan, Sharron Thornton, menjadi buta pada 2,000 akibat sejenis penyakit mata.
Pakar mata yang merawat Thornton, Victor Perez berkata, gigi itu ditanam ke dalam mata pesakit bagi memasak sekeping lensa bertujuan memulihkan penglihatannya.
Menurut pakar berkenaan, prosedur itu dilakukan apabila tubuh pesakit menolak pemindahan kornea atau penggunaan kornea palsu.
Prosedur menanam gigi pada mata itu dipelopori di Itali tetapi merupakan pembedahan yang pertama di AS.
Ia melibatkan pasukan perubatan mengambil satu gigi taring Thornton dan sedikit tulang sebelum mereka membuat lubang pada gigi itu untuk memasukkan satu kanta bulat.
"Kita tidak menghargai deria penglihatan kita tanpa menyedari bahawa kita mungkin kehilangan anugerah itu pada bila-bila masa," kata wanita itu.
"Pembedahan ini satu keajaiban," tambahnya.
Wanita itu dapat mengenali objek dan wajah beberapa jam selepas pembedahan manakala dua minggu kemudian dia sudah boleh membaca suratkhabar. - AFP


Read more...

Pemandu terbabas kerana terlalu ikut panduan GPS


kosmo 17 september 2009


YORKSHIRE - Seorang pemandu England, Robert Jones, 43, yang nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di tepi gaung telah didenda kerana memandu mengikut peta satelit sistem kedudukan global (GPS) sehingga memasuki jalan yang silap, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia didenda hampir £1,000 (RM5,800) oleh Mahkamah Majistret Calderdale kelmarin termasuk dikenakan enam mata penalti dalam kemalangan yang berlaku pada 22 Mac lalu di Watty Lane dekat Todmorden, West Yorkshire.
Jones menjadi pesalah pertama dihukum kerana memandu secara cuai akibat mengikut peta GPS namun mahkamah memutuskan kemalangan berlaku disebabkan dia memandu di lorong yang tidak sesuai untuk keretanya itu.
Pemandu berasal dari Doncaster, South Yorkshire itu menjelaskan dia sudah menggunakan sistem pengemudian satelit untuk kereta BMW miliknya sejak Disember 2008 dan tidak pernah mengalami sebarang kemalangan.
"Saya sudah memandu lebih 8,000 kilometer setiap minggu tanpa masalah.
"Hari itu saya mungkin bodoh kerana mengambil jalan yang silap tetapi saya memandu dengan penuh perhatian dan memohon maaf jika melakukan kesilapan," katanya. - Agensi





Polis siasat gajah baling batu





GAMBAR menunjukkan gajah yang didakwa membaling batu ke arah seorang wanita di sebuah zoo di Seoul.





SEOUL - Polis Korea Selatan sedang menyiasat seekor gajah yang didakwa menyerang seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Gajah berusia 35 tahun yang diberi nama Taesani didakwa membaling seketul batu ke arah seorang wanita di sebuah zoo di sini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Kim memberitahu polis, dia melawat sebuah zoo dekat sini pada Isnin lepas apabila gajah itu dilihat mengangkat seketul batu dengan belalainya.
Sejurus selepas dia berpaling ke arah lain, wanita itu terasa sakit apabila seketul batu mengenai belakang kepalanya.
Kim kemudian melaporkan kejadian itu di balai polis berdekatan yang terus bertindak melakukan siasatan.
Malangnya, kejadian itu berlaku di kawasan yang tidak memiliki pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) sekali gus menyukarkan polis mencari bukti dakwaan tersebut.
"Sukar untuk membuktikan dakwaan Kim bahawa gajah itu membaling batu ke arahnya kerana tiada saksi di tempat kejadian," kata sumber polis. - Agensi
Nota:dipetik dari berita kosmo

Read more...


MUKA makhluk asing yang ditemui di Panama.




BANDAR RAYA PANAMA - Sejumlah penduduk tempatan di bandar Cerrol Azul, Panama berada dalam ketakutan selepas satu makhluk asing keluar dari sebuah kawasan air terjun dan mengganggu sekumpulan remaja, lapor sebuah akhbar semalam.
Makhluk asing itu dilihat pada Sabtu lalu apabila empat remaja berumur 14 hingga 16 tahun bermain di satu kawasan air terjun.
Menurut laporan agensi berita Telemetro, remaja-remaja tersebut menjerit apabila makhluk tersebut keluar dari sebuah gua dan mendekati mereka.




BANGKAI makhluk asing yang tinggal tulang selepas dagingnya dimakan burung helang.




Empat remaja itu yang berada dalam ketakutan membaling batu ke arah makhluk tersebut sehingga mati.
Stesen televisyen Panama, Channel 13 menunjukkan imej makhluk ganjil itu.
Remaja-remaja itu kemudian membaling bangkai makhluk asing itu ke dalam air sebelum melarikan diri.
Ibu bapa mereka yang tidak percaya dengan cerita penemuan makhluk itu kemudian pergi ke tasik tersebut dan terkejut melihat bangkai makhluk ganjil tersebut.





DERETAN gambar yang menunjukkan bangkai makhluk asing di sebuah kawasan air terjun di Panama.


NOTA:DIPETIK DARI KOSMO 19 SEPTEMBER 2009


Read more...

selamat beraya

Asalamualaikum dan salam mesra kepada semua pelawat blog koleksi cerita pelik.Terima kasih kerana sudi membaca cerita yang saya paparkan di blog ini dan selamat menyambut lebaran.

Read more...

Mengembara dengan berbekalkan RM7

>> Saturday, September 12, 2009





TOKYO - Seorang pelancong Jepun, Keiichi Iwasaki berbasikal merentasi 37 buah negara dengan membawa wang sebanyak A$2 (RM7) ketika dia memulakan perjalanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Iwasaki, 36, meninggalkan kediamannya di Jepun pada 2001 selepas bosan bekerja di pejabat.

Selepas berbasikal menjelajah Jepun selama setahun, dia memutuskan untuk meneruskan perjalanan sehingga ke Korea Selatan dan mengembara ke 36 negara lain.

Ketika mengembara, Iwasaki pernah dikejar oleh seekor anjing di Tibet, dirompak oleh lanun dan ditangkap ketika memasuki India.

Dia sudah berbasikal lebih 45,000 kilometer.

"Saya tidak mahu menaiki kapal terbang kerana mahu melihat dan menyaksikan sendiri kawasan di sekeliling saya dengan deria saya.

"Saya dapat merasai atmosfera di mana saya berada semasa berbasikal," katanya.

Bagi menyara dirinya, Iwasaki melakukan persembahan jalanan semasa berhenti di sesuatu lokasi.

Dia merancang untuk menulis buku berhubung pengembaraannya itu. – Agensi

NOTA:Dipetik dari Berita Kosmo!

Read more...

Rusa terkecil ditemui


KATMANDU - Rusa terkecil di dunia, seekor katak terbang dan ikan keli melekat pada batu merupakan sebahagian daripada lebih 350 spesies baru hidupan yang ditemui di banjaran Himalaya sejak sedekad lalu, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.


Pertubuhan pemuliharaan haiwan itu berkata, semua penemuan itu menjadikan banjaran Himalaya sebagai antara kawasan paling kaya dengan kepelbagaian biologi di dunia.

Bagaimanapun, beberapa penyelidik memberi amaran kepelbagaian habitat yang menyokong kehidupan beraneka spesies itu kini diancam perubahan cuaca selain pembangunan tidak terkawal di Himalaya.

NOTA:Dipetik dari Berita Kosmo!

Read more...

Lelaki paling gemuk kahwin


URIBE memberikan isyarat bagus kepada jurugambar akhbar di luar rumahnya di Monterrey, Mexico kelmarin.



MONTERREY - Lelaki paling gemuk di dunia, Manuel Uribe dari Mexico mendirikan rumah tangga dengan seorang balu rakannya kelmarin.


Majlis perkahwinan Uribe yang disenaraikan sebagai lelaki paling gemuk dalam Guinness Book of Records itu disiarkan menerusi televisyen.

Walaupun seberat 230 kilogram setelah berjaya mengurangkan berat badan asal iaitu 590 kilogram awal tahun ini, sebuah kren terpaksa digunakan untuk mengangkatnya.

Uribe yang berumur 43 tahun menggunakan kren itu untuk bergerak dari katilnya yang sebelum ini dia berbaring selama enam tahun.

Lokasi majlis perkahwinannya terletak 30 minit perjalanan dari rumahnya.

"Saya mempunyai seorang isteri dan akan mempunyai sebuah keluarga baru," kata Uribe kepada pemberita yang mengikut rombongan perkahwinannya.

Sebuah trak digunakan untuk membawa katil yang dihiasi dengan kanopi dan bunga ke sebuah dewan untuk majlis perkahwinan di Monterrey.

Dua kereta polis digunakan untuk mengiringi trak yang membawa Uribe itu.

Majlis perkahwinan itu disiarkan oleh rangkaian televisyen Discovery sebagai sebahagian daripada program eksklusif dengan judulnya diambil daripada tajuk filem My Big Fat Greek Wedding.


 

SOLIS merupakan balu kepada seorang rakan Uribe sebelum menjadi isterinya.




Pemberita-pemberita dari Jepun, Jerman dan Argentina turut berada dalam majlis itu.
Namun, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis itu.
"Mereka sudah berkahwin. Kini, setiap orang bertepuk tangan dan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu," kata seorang saksi perkahwinan, Cristina Diaz.
Uribe menghadapi masalah kegemukan berlebihan sejak 1992.
Dia juga diselubungi dengan perasaan untuk membunuh diri sehingga Februari lalu apabila dia mengamalkan satu diet yang drastik.
Uribe dan isterinya, Claudia Solis bertemu buat kali pertama empat tahun lalu ketika seorang rakannya yang mempunyai berat badan 250 kilogram meninggal dunia.
Dia memakai baju berwarna putih senyum selepas Solis yang berusia 38 tahun berjalan turun dari tangga dengan memakai tiara dan lipstik berwarna merah jambu.
Uribe kemudian sebak setelah seorang pegawai awam mengisytiharkan pasangan itu sebagai suami dan isteri dalam satu majlis awam yang dihadiri oleh lebih 400 tetamu.

Bagi acara tarian tradisional, Uribe dan Solis berpegangan tangan dan menggoyangkan badan mengikut alunan muzik balad romantik.


Satu kumpulan band popular turut memainkan lagu dalam majlis itu yang menyediakan makanan daging dan sayur-sayuran.

Ibu Uribe, Orquedia Garza berkata, anaknya itu mengelak memakan kek perkahwinan setinggi lima tingkat.

"Dia tidak pernah mengingkari dietnya.

"Doktornya berada di sini dan memantau dia dengan teliti," katanya.

Selepas mengumumkan pertunangannya awal bulan ini, Uribe menyatakan cita-citanya untuk berkahwin pada tahun ini dengan Solis.

Solis turut menyentuh mengenai hubungan dengan suami barunya itu dengan berkata: "Saya mandikannya pada setiap hari dan kami menempuh hidup dengan baik." – Agensi

Read more...

Penduduk guna asid usir pelacur

SEORANG pelacur menawarkan perkhidmatannya di sebatang jalan raya di Jerman. - Gambar hiasan

BERLIN - Sebahagian penduduk di bandar Vierlinden dekat sini mengancam mahu menggunakan asid berbau busuk bagi mengusir pelacur dan membersihkan semula kawasan mereka daripada kegiatan pelacuran, lapor sebuah akhbar semalam.


Akhbar tempatan, Markische Allgemeine melaporkan, Datuk Bandar Vierlinden, Dirk Illgenstein berkata, dia bimbang imej bandar di wilayah bersempadan dengan negara Poland itu terjejas akibat kehadiran pelacur.

Menurut laporan akhbar itu, ketua-ketua penduduk di bandar tersebut akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan aktiviti pelacuran di bandar mereka.

Gambar-gambar pelanggan yang melanggan pelacur itu akan dirakamkan manakala identiti mereka disiarkan di Internet.

Asid berbau busuk akan digunakan untuk menghapuskan aktiviti pelacuran itu.

Namun, idea itu dikritik oleh seorang pengarah sebuah pertubuhan kaunseling wanita di Frankfurt, Uta Ludwig.

Dia berkata: "Idea itu tidak masuk akal dan merupakan satu diskriminasi seperti yang berlaku pada zaman pertengahan dulu apabila ahli-ahli sihir diburu."

Menurutnya, dia akan mengadakan satu perbincangan dengan wakil-wakil masyarakat bagi menyelesaikan masalah itu.

Terdapat sepuluh pelacur dari Bulgaria dan Poland yang bertugas pada setiap hari di beberapa lokasi di lebuh raya persekutuan Bundesstrasse dengan bayaran yang dikenakan antara 20 hingga 50 euro (RM101 hingga RM253). - Agensi



Budak 7 tahun jadi penerjun termuda.

TASIK BLED, Slovenia - Seorang budak lelaki yang berusia tujuh tahun, Tom Hayes dipercayai menjadi penerjun payung udara termuda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


Kakaknya, Lucy yang berusia lapan tahun turut terjun di Tasik Bled, Slovenia baru-baru ini dan menjadi penerjun perempuan paling muda Britain.

Mereka melakukan aktiviti penerjunan itu di luar Britain kerana negara tersebut melarang kanak-kanak dan remaja berumur bawah 16 tahun melakukan aktiviti lasak.

Dua beradik dari Sawston, Britain itu berkata, mereka terjun dari pesawat turbo Cessna 206 pada ketinggian 2,743 meter ketika bercuti bersama keluarga di negara bekas Yugoslavia itu.

"Saya bercerita pengalaman ini kepada rakan-rakan di sekolah selepas musim cuti persekolahan dan ramai tidak percaya kami terbang bebas di ruang angkasa," kata Tom.

Kanak-kanak itu terjun bersama bapa mereka, Peter yang berumur 54 tahun. - Agensi


NOTA: DIPETIK DARI BERITA KOSMO!

Read more...

>> Saturday, September 5, 2009

KOSMO SABTU 4 APRIL 2009
WANITA CHINA MILIKI RAMBUT 2.5 METER
CHONGQING – Seorang warga china, Chenq Shiquin miliki rambut 2.5 meter laporan sebuah akhbar semalam. Shiquin yang memiliki sebuah salun kecantikan di sini tidak pernah memotong rambut sejak 16 tahun lalu. Shiquin mengambil masa dua jam hanya untuk mencuci rambutnya dan sejam lagi untuk menyikatnya. Walaupun rambut wanita itu tergolong dalam kategori  ekstrem, Shiquin bukan pemegang rekod rambut terpanjang di dunia kerana ia menjadi milik Xie Qiuping dari wilayah Guangxi. Qiuping memiliki rambut berukuran lebih lima meter panjang pada 2004 dan dia menyimpannya sejak berumur 13 tahun. - AGENCI

Read more...



KOSMO RABU 01 APRIL 2009
             CACING GERGASI MAKAN BATU KARANG
CORNWALL – Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1,2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, laporan sebuah akhbar semalam. Cacing yang dinamakan Berry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeleda akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu. Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika. “Terdapat ‘benda’ yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memeliki rahang pelik dan badannya diliputi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia, “kata kurator akuarium itu, Matt Slater. Menurutnya , Berry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain. Cacing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika dia masi kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. - Agenci

Read more...

KOLEKSI CERITA PELIK

90,000 SOLAT DI MASJID AL-AQSA

Kosmo 29 ogos 2009

BAITULMAQDIS – Kira-kira 90,000 orang membanjiri perkarangan Masjid AL-Aqsa disini untuk solat jumaat yang pertama pada bulan Ramadan.Polis Israel melaporkan tiada sebarang insiden besar berlaku selepas penduduk lelaki Palestin berusia 50 tahun keatas manakala wanita yang berumur lebih 45 tahun dibenarkan memasuki perkarangan masjid itu.Sebelum ini penduduk palestin dari tebing barat dan genting Gaza dilarang memasuki Baitulmaqdis yang ditakluk rejim Zionis selepas perang enam hari pada 1967.Di pos pemeriksaan Qalandia iaitu pintu masuk ke Baitulmaqdis,orang ramai berbaris panjang sejak awal pagi untuk bersolat dimasjid itu.-AFP.


Berjalan diatas wayar dikawasan tinggi

Kosmo 29 ogos 2009

VIENNA – Bukan semua orang meminati pendakian ekstrem tetapi sukan itu sudah sebati dengan jiwa seorang warga Austria Heinz Zak,lapor sebuah akbar semalam.Sejak lapan tahun lalu,lelaki berusia 51 tahun itu sudah mengunjungi beberapa Negara bagi mencari lokasi tebing tinggi yang sesuai untuk melakukan aktiviti berjalan diatas wayar.Minatnya terhadap aktiviti itu bermula pada tahun 1980-an apabila hatinya terdetik untuk berjalan diatas wayar sejauh 173 meter yang menghubungkan dua buah tebing ketika melawat Taman Negara Yosemite di Amerika Syarikat (AS).Sejak itu, dia sudah mengunjungi banyak Negara termasuk Austria,Jerman,AS,Itali DAN Republik Czech untuk mencari kepuasan dengan melakukan aktiviti bahaya itu.’Anda harus memberi tumpuan penuh(ketika melakukan aktiviti tersebut).Kecuaian akan mengundang maut,’katanya.-Agensi.

60 MASUK HOSPITAL AKIBAT JERUK TERUNG

KOSMO 19 OGOS 2009

HANOI- Lebih 60 orang penduduk kampong di wilayah Hung Yen terpaksa dikejarkan kehospital setelah mengalami demam,sakit perut,sakit kepala dan mengalami muntah-muntah akibat memakan jeruk terung.Akbar Vietnam News melaporkan semalam,mangsa mendakwa mereka membeli jeruk berkenaan dari sebuah kedai didaerah An Thai.Pihak berkuasa kesihatan Vietnam melancarkan siasatan terhadap kemungkinan jeruk terung berkenaan dicemari racun serangga atau bahan pengawet.Masalah kebersihan sering menjadi punca keracunan makanan di Vietnam tetapi terdapat juga laporan menyatakan masalah tersebut berpunca daripada racun pertanian.- AFP.




Singa bakal pupus di Kenya

Kosmo 19 ogos 2009

NAIROBI – Populasi Singa di Kenya merudum pada kadar 100 ekor Singa setiap tahun sejak 2002 sekaligus berhadapan risiko pupus dalam masa dua dekad.Lapor sebuah akbar semalam.Amaran itu dikeluarkan perhidmatan hidupan liar Kenya(KWS) kelmarin susulan banyak Singa mati ditembak pengembala-pengembala Lembu kerana menyerang ternakan mereka.Jurucakapnya,Poul Udoto berkata,kemusnahan habitat,penyakit dan pertambahan populasi manusia turut menyumbang kepada pengurangan daripada 2,749 Singa tujuh tahun lalu kepada 2,000 ekor sekarang.’Kita perlu ambil langkah-langkah perlu untuk sama ada menstabilkan atau meningkatkan jumlah haiwan tersebut.Komuniti merupakan ancaman terbesar Singa dan spesisnya.’Kata Udota. – AFP.


Read more...

RAGAM GLOBAL


Dipenjara enam bulan kerana menguap.

KOSMO 13 OGOS 2009

JOLIET-Gara-gara menguap terlalu kuat ketika mengikuti satu perbicaraan di mahkamah Will County disini, seorang penduduk negeri Linois,Amerika Syarikat berhadapan hukuman penjara enam bulan.Ketika kejadian,Clifton Williams,33,menghadiri perbicaraan sepupunya,Jason Mayfield yang dibicarakan atas kesalahan dadah pada 23 julai lalu.Tindakan William menguap menyebabkan pihak pendakwa raya mengadu kepada hakim Daniel Rozak dengan menganggap perbuatan itu sebagai cubaan mengganggu perbicaraan.”Bunyi dia menguap terlalu kuat,bising dan mengganggu perbicaraan,’kata pendakwa.Hakim Rozak mendapati perbuatan itu sebagai menghina mahkamah dan menjatuhi hukuman penjara tetapi beliau sedia membebaskan William selepas mendengar perbicaraan hari ini dan permohonan maaf.- AF.



Buaya jadi rakan akrab

KOSMO 17 OGOS 2009

SIQUIRRES,Costa Rica – Serang lelaki yang dikenali dengan nama Chito yang berumur 52 tahun kini menjadi rakan karib seekor buaya sepanjang lima meter,lapor sebuah akbar semalam.Hubungannya dengan buaya yang diberi nama pocho itu bermula selepas Chito menyelamatkan haiwan tersebut hamper 20 tahun lalu selepas ia nyaris mati ditebing sungai parismina.Chito yang merupakan seorang nelayan memberi ubat-ubatan dan makanan sehingga sehingga buaya itu mencecah berat 444.52 kilogram.Lelaki itu mengambil masa selama lebih 10 tahun untuk menjalin persahabatan dengan buaya itu sehingga dia kini boleh berenang dan bermain bersamanya.Chito dan buaya itu kini menjadi daya tarikan pelancong asing yang mengunjungi sebuah tasik disi.-Agensi.





Tak patah tulang selepas jatuh 3,048 m

KOSMO 17 OGOS 2009

Whitchurch – Seorang lelaki tidak mengalami patah tulang walaupun dia terjatuh pada ketinggian 3,048 meter selepas paying terjunnya tidak berfungsi,lapor sebuah akbar semalam.Bagaimanapun lelaki itu,Paul Lewis yang berumur 40 tahun,terjatuh diatas bumbung sebuah hangar kapal terbang yang dipercayai menyelamatkan dia daripada cedera parah.Seorang saksi,Colin Fitzmorris berkata:’Bumbung hangar itu yang boleh melenturmengurangkan hentakan.Dia seorang lelaki yang bertuah.”Sebelum dia’mendarat’dibumbung itu,sebahagian paying terjunnya terbuka sedikit pada jumaat lalu.Dia kini dirawat di Hospital Universiti North Staffordshire,England kerana cedera di kepala dan leher. Agensi.





Read more...

ANAK MAKLUK ASING MASIH JADI MISTERI

>> Friday, September 4, 2009

ANAK MAKLUK ASING MASIH JADI MISTERI

BANDARAYA MAXICO- Sekumpulan saintis mengumumkan hasil ujian keatas bangkai dipercayai anak makluk asing yang ditemui masih hidup pada 2007 oleh seorang petani sebelum dia melemaskannya selama beberapa jam didalam sebuah parit.Lapor sebuah akbar semalam.Pada hujung tahun lalu,petani dari Maxico,Marao Lopez menyerahkan bangkai itu kepada beberapa saintis yang melakukan ujian asid deoksiribonukleik(DNA).Hasil ujian mendapati makhluk itu merupakan sepsis asing dengan rangka mirip seekor cicak manakala giginya tidak mempunyai akar seperti manusia.Makhluk itu mampu berada didalam air untuk suatu tempoh yang agak lama.Namun ,ia memiliki sendi seperti sendi manusia.Saintis-saintis turut merumuskan makhluk itu amat pintar berdasarkan saiz otaknya yang besar.Misteri penemuan itu bertambah rumit apabila Lopez mati mengejut.Menurut seorang pakar objek asing tidak dikenali(UFO) di Amerika Syarikat.Joshua P.Warren,32,petani itu rentung ketika berada dalam sebuah kereta ditepi sebatang jalan manakala api yang menjilatnya jauh lebih panas berbanding biasa.Berikut kematiannya timbul desas-desus petani itu dibunuh oleh keluarga makhluk asing tersebut kerana membalas dendam atas kematian anaknya.Sebelum ini berita penemuan makhluk asing itu didedahkan oleh pakar(UFO) Maxico Jaime Maussan,56,dan dia mendakwah penemuan tersebut bukannya satu penipuan.Beberapa petani memberitahu bahawa terdapat makhluk yang kedua tetapi ia melarikan diri apabila didekati. – Agensi.

Read more...

IBU 18 ANAK HAMIL LAGI

IBU 18 ANAK HAMIL LAGI

SPRINGDALE- Sepasang suami istri yang mempunyai 18 anak dinegeri Arkansas,Amerika Syarikat (AS) bakal memperolehi bayi ke 19 pada mac depan,lapor sebuah akbar semalam.Pasangan Michelle,42 dan Bob Duggar,44,turut mendapat kegembiraan berganda kerana anak sulung mereka,Josh serta istrinya Anna bakal menyambut bayi pertama pada bulan depan.Keluarga besar itu turut muncul dalam program reality televisyen berjudul 18 Kd and Counting.Menurut Michelle,dia terkejut kerana hamil lagi.Kehamilan berlaku tanpa dirancang,sehingga kini Michelle sudah hamil selama 147 bulan secara keseluruhan dan mempunyai lima bulan lagi sebelum kelahiran bayi ke-19. – Agensi.

Read more...

Remaja AS keluar air mata darah



Remaja AS keluar air mata darah

ROCKWOOD,Amerika Syarikat(AS)-Seorang remaja lelaki,Calvino Innam yang berumur 15 tahun mengeluarkan air mata darah sehingga menyebabkan dokter-dokter kebingungan kerana mereka tidak mengetauhi puncanya,lapor sebuah akbar semalam.Satu teori menyatakan Inman mengalami sindrom air mata darah yang dikenali sebagai Haemolacria.Saya dapat merasakan ia mengalir seperti air mata,”katanya.Pada satu ketika,air mata darahnya mengalir selama sejam.Ibunya,Tammy berharap terdapat seseorang yang boleh membantu anaknya itu mengatasi masalah tersebut.Pada 7 april lalu kosmo! Menyiarkan laporan yang menyatakan seorang gadis di Pathna,India,Rashida khatoon turut mengeluarkan air mata darah.

Read more...

Gambar Satelit bukti AS mendarat dibulan

PANJI – Gambar tempat pendaratan kapal angkasa Apollo 15 milik Amerika Syarikat (AS) dibulan pada 1971berjaya dirakamkan oleh satelit Chandrayaan-I milik India,lapor agensi berita itu semalam.Penemuan itu sekaligus menafikan teori bahwa angkasawan AS tidak pernah membuat pendaratan dibulan.”Imej-imej itu dirakamkan dengan menggunakan kamera yang dipasang pada satelit Chandrayaan-I.Ia mengesahkan misi Apollo 15,”kta pengawai dipertubuhan penyelidikan angkasa India(ISRO),Prakash Chauhan.Misi Apollo 15 yang dilancar pada 1971 oleh pentadbiran Aeronautik dan angkasa lepas kebangsaan (NASA) milik AS direka untuk meneroka permukaan bulan.Namun projek Apollo termasuk misi Apollo 11 pada 1969 mencetuskan teori konpirasi yang mempertikaikan manusia pernah menjejakkan kaki dibulan.Chauhan berkata,Chandrayaan-I yang dilancarkan pada tahun lalu telah menemui tapak pendaratan Apollo 15 melalui satu kawasan yang gelap dibulan.Gambar itu dirakamkan sebelum satelit itu terputus hubungan pada minggu lalu.-AFP.

dipetik dari berita kosmo

Read more...

ALAT ORANG BUTA BOLEH “LIHAT” DICPTA




MIDDLETON,Amerika Syarikat(AS)-Sekeping kad elektrik seperti modul pengenalan pelanggan(SIM) berupaya membantu golongan cacat penglihatan mengetauhi bentuk objek dengan menggunakan lidah mereka,lapor sebuah akbar semalam.Ia diletakkan pada lidah dan mempunyai sambungan wayar kebahagian kamera pada cermin mata hitam yang perlu dipakai oleh individu cacat penglihatan.Gajet dinamakan BrainPort itu mampu menukar rakaman imej oleh kamera itu kepada denyutan atau mesej elektrik yang dapat dikesan oleh deria rasa lidah.Ujian-ujian menunjukkan denyuutan pada lidah mampu menghantar mesej kepada otak yang mampu membentuk gambar.Pakar pertubuhan penyelidikan Lighthouse International yang menguji peralatan itu,Dr William Seiple berkata,empat sukarelawan buta berupaya belajar dengan cepat cara menggunakannya bagi mencari pintu,butang lift,mengambil pisau dan garfu,mengetauhi huruf dan nombor.”Alat ini membantu orang buta memiliki persepsi mengenai persekitaran mereka,”katanaya.BrainPort bakal dipasarkan di Amerika Syarikat pada hujung tahun ini dengan harga sekitar AS$9,800 (RM34,450) sebelum memasuki pasaran Britain pada tahun depan.-Agensi

Read more...

>> Thursday, September 3, 2009


Alamat video saya di youtube.Sila klik "disini"

Read more...

Read more...

SUMBER CERITA

Sumber berita dan cerita dipetik dari berita kosmo online

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP