SATU adegan filem The Men Who Stares At Goats menunjukkan Clooney (kiri) menggunakan matanya untuk membunuh seekor kambing.
LONDON - Ramai menyangka Projek Jedi yang dipaparkan menerusi filem terbaru The Men Who Stare At Goats lakonan George Clooney yang membunuh seekor kambing dengan menggunakan kuasa matanya merupakan imaginasi seorang penulis skrip Hollywood.
Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bahawa tidak ramai yang mengetahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada projek sulit tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.
Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa psikik bagi merevolusi kaedah peperangan.
Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera 'ajaib' yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.
"Anda perlu sedar bahawa idea ini tidak dianggap mengarut oleh pihak tentera," kata seorang anggota pasukan khas yang terlibat dalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton.
Menurutnya, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa psikik bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.
Ketaksuban penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih 40 institut paranormal negara itu.
"Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru teknologi ketenteraan. Kita perlu mengetahui sama ada kuasa minda boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan selain mencari cara untuk melindungi diri jika diserang mereka (Rusia)," tambahnya.
Sejak beberapa dekad lalu dunia dikejutkan dengan beberapa demonstrasi kuasa minda luar biasa terutamanya oleh pengamal magis dari India, Yusultini yang mengapungkan diri wanita ke udara pada tahun 1950-an. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
Read more...
TAJUK:BUDAK TERKUAT DUNIA
ROM - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Giuliano Stroe (gambar) menarik perhatian ramai apabila mampu melakukan pelbagai aksi lagak ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.Pada awal tahun ini, dia berjaya memikat panel hakimGuinness World Recordsketika mengadakan persembahan berbahaya untuk satu program televisyen Itali.Dalam persembahan itu, dia membuat aksi berdiri dalam keadaan terbalik.Dia berjalan dalam keadaan terbalik sejauh 10 meter dengan sebiji bola diapit oleh kedua-dua kakinya.Giuliano menetap di Itali bersama keluarganya yang berasal dari Romania dan mencipta rekod dunia sebagai manusia paling kuat dalam usia muda iaitu semasa berumur empat tahun.Bapanya, Iulian Stroe, 33, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu memiliki susuk tubuh seperti seorang ahli bina badan dan turut diberi gelaran sebagai Hulk Hogan yang merupakan penggusti terkenal."Dia sering mengikuti saya ke gimnasium dan saya membawanya namun dia dilarang berlatih berseorangan," katanya.Giuliano kini menjadi perhatian ratusan ribu pengunjung laman perkongsian YouTube yang menyaksikan rakaman dia berlatih dan melakukan aktiviti lagak ngeri.Walaupun popular, jika tiada latihan angkat berat, Giuliano masih seperti kanak-kanak normal lain yang suka melukis, menonton kartun dan gembira bermain di padang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) merayu orang ramai agar tampil memberikan maklumat bagi membantu mengenal pasti identiti seorang remaja perempuan yang hilang ingatan sejak dua minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.Remaja yang digelar 'Jane Doe' itu kini berada dalam jagaan pihak berkuasa bandar raya New York selepas polis menemuinya bersendirian berhampiran sebuah stesen bas di sini, pada pukul 12.30 pagi waktu tempatan, 9 Oktober lepas.Ketika ditemui, dia tidak memiliki kad pengenalan diri selain tidak dapat mengingati nama, alamat atau ahli keluarganya manakala pemeriksaan cap jari turut gagal mengesan identitinya.Ketika ditemui Jane Doe cuma dia dapat mengingati dengan lancar petikan ayat sebuah novel fantasi popular, Fool's Fate yang diterbitkan pada 2003.."Saya mahu mengetahui siapakah saya yang sebenarnya dan apakah yang berlaku kepada saya," remaja yang dianggarkan berusia di antara 14 hingga 17 tahun itu dipetik sebagai berkata.Beberapa pegawai memberitahu, gadis berambut perang dan bersuara lembut itu sudah diperiksa oleh beberapa pakar polis dan psikiatri dan mereka mendapati dia tidak berbohong berhubung keadaan dirinya.Pada satu ketika, gadis itu menulis nama Amber dan menyahut apabila dipanggil dengan nama tersebut.Namun, dia tidak pasti sama ada Amber merupakan namanya. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
JAMUNA (kiri) dan Ganga melakukan aksi labah-labah dalam satu pertunjukan sarkas di Kolkata, India baru-baru ini.
SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah' menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat."Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
SEORANG anggota polis menahan penunjuk perasaan di London baru-baru ini. - Gambar hiasan
BRITAIN memiliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa yang bertanggungjawab melakukan puluhan ribu kes jenayah pada setiap tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Laporan itu yang memetik kajian Jabatan Dalam Negeri Britain menyatakan, angka mengejutkan itu merupakan pertambahan sejumlah 410,000 orang penjenayah aktif berbanding tempoh sebelumnya.Mereka bertanggungjawab mencetuskan banyak penderitaan terhadap orang ramai dengan melakukan pelbagai jenayah terutama menyamun, merompak dan mencuri.Malah, semua penjenayah tegar itu menyebabkan kerugian wang dan harta benda terkumpul mencecah £105 bilion (RM582.6 bilion) sepanjang kerjaya mereka."Hasil kajian itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa hanya seorang daripada setiap 20 penjenayah aktif di Britain, berada dalam penjara," kata seorang penyelidik jenayah, Max Chambers.Menurutnya, jumlah penjenayah yang berjaya dipenjarakan setakat akhir Jun tahun ini hanya 83,450 orang. - Agensi
NOTA:DIPETIK DARI BERITA KOSMO
Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi
GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
NOTA:Dipetik dari berita kosmo
Labels:
cerita 2009
Epal baru ditemui
>> Tuesday, October 20, 2009
kosmo 17 oktober 2009
BUTCHER melihat dua biji epal yang mempunyai
rasa berlainan daripada epal biasa.
Read more...
Labels:
cerita 2009
Miliki lengan seperti Popeye
kosmo 16 oktober 2009
Nenek jual gambar bogel
MARIANNE semasa muda.
Read more...
Labels:
cerita 2009
PETIKAN BERITA KOSMO!
>> Friday, October 9, 2009
Kereta bertukar menjadi bot laju
KERETA
Python bergerak di atas air.
LOS ANGELES - Sebuah
firma di California ,
Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kereta yang boleh menjadi bot paling laju,
lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta bot itu dikenali
sebagai Python dan dikeluarkan oleh firma WaterCar. Ia mempunyai lima tempat duduk itu dan
mampu dipandu pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j) di darat dan 97km/j jika
di atas air.
Penciptanya, Dave March
berkata, kereta itu 48km/j lebih laju berbanding saingan terdekat, Gibbs
Aquada.
"Kereta bot sebelum
ini tidak laju di atas air. Misi saya untuk menyaksikan kereta yang berprestasi
tinggi yang turut merupakan bot laju," katanya.
KERETA
Python keluar dari permukaan air.
Berat Pyton ialah 1,723
kilogram dan menggunakan enjin V8 kereta sport Chevrolet Corvette keluaran
firma automobil terkenal AS, General Motors.
Kereta itu dijual pada
harga AS$198,600 (RM678,900) dan pemandunya akan menekan butang supaya
keempat-empat tayarnya condong bagi membolehkan ia bergerak di atas air.
Semasa berada di atas
air, kereta itu menggunakan enjin Dominator 500 kuasa kuda. - Agensi
Lelaki cerita seks disebat 1,000 kali
GAMBAR
menunjukkan Mazen bercerita kisah seks kepada
wartawan program Bold Red Line di dalam kenderaannya.
wartawan program Bold Red Line di dalam kenderaannya.
RIYADH - Sebuah mahkamah
Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 1,000 sebatan ke atas
seorang rakyatnya, Mazen Abdul-Jawad, 32, kerana dia bercerita mengenai
aktiviti seksnya dalam satu program bual bicara televisyen, kata seorang
peguamnya semalam.
Menurut
peguam Mazen, Sulaiman al-Jumeii, anak guamnya itu tidak mengetahui
perbualannya dengan wartawan program bual bicara Bold Red Line terbitan Perbadanan
Penyiaran Lebanon (LBC) telah dirakamkan untuk disiarkan pada 15 Julai lalu.
Sulaimen berkata, dia
merancang untuk membuat rayuan dan yakin hukuman terhadap Mazen yang termasuk
larangan perjalanan dan bercakap kepada media selama lima tahun selepas pembebasannya akan
dibatalkan.
Program itu yang dapat
ditonton di Arab Saudi mencetuskan kritikan ramai penduduk menyebabkan sejumlah
200 orang memfailkan aduan terhadap Mazen yang bertugas dengan syarikat
penerbangan Saudia.
MAZEN
menunjukkan bilik tidurnya dalam program Bold Red Line.
Selepas program itu
disiarkan, kerajaan Arab Saudi mengarahkan dua buah pejabat cawangan LBC di
negara itu ditutup dan menangkap Mazen serta tiga lelaki lain yang terlibat
dalam perbincangan terbuka berhubung seks dalam program itu.
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian
dihukum penjara dua tahun dan 300 sebatan.
Program Bold Red Line itu menyiarkan kenyataan
Mazen bahawa dia menjalin hubungan seks buat pertama kali semasa berumur 14
tahun.
Mazen kemudian membawa
penonton memasuki bilik tidurnya dan menunjukkan patung mainan seks.
Menurut peguam Mazen
itu, anak guamnya membuat kenyataan tersebut dengan merujuk kepada pengalaman
seksual orang lain manakala anak patung seks dibekalkan oleh stesen televisyen
terbabit. - Agensi
Wajah sebenar Lady Gaga
WAJAH
sebenar Lady Gaga (kiri) jauh berbeza semasa dia berada di pentas (kanan).
UFO jejaki peluru berpandu Iran
IMEJ
rangkaian berita Fox News menunjukkan satu objek misteri (dalam bulatan)
menjejaki peluru berpandu Iran
baru-baru ini.
Guru
sedia bilik khas untuk murid merokok
SEBUAH sekolah rendah di Wales , Britain
melarang semua guru daripada menghisap rokok tetapi arahan itu tidak pula
tertakluk kepada murid-murid.Pihak pengurusan sekolah di Headlands, Penarth itu turut
menyediakan satu kawasan tertutup khas untuk kanak-kanak merokok antara setiap
waktu pelajaran.Guru besarnya, Matthew Burns berkata, langkah itu sebagai usaha
untuk mengehadkan kegiatan merokok pelajar dalam satu kawasan kecil sahaja.Jurucakap Persatuan Perubatan British, John Jenkins berkata,
pihaknya menyifatkan tindakan sekolah itu sebagai amat tidak wajar dilakukan. –
Agensi
Susu diperah ke arah anggota polis
SEORANG
penternak memerah susu lembu ke arah
anggota polis diBrussels
kelmarin.
anggota polis di
Ferrari jadi 'besi buruk'
KERETA
Ferrari 360 Modena kini menjadi 'besi buruk' selepas terlibat dalam kemalangan.
GAMBAR
menunjukkan model Ferrari 360 Modena.
Bagaimanapun, pemandu
kereta itu yang berusia 32 tahun dan berasal dari sini cuma mengalami patah
buku lali dan dirawat di Hospital Diraja Sunderland .Kecederaan penumpang
Ferrari tersebut iaitu seorang wanita berusia 37 tahun pula lebih serius tetapi
tidak mengancam nyawa."Sukar untuk
percaya bahawa seseorang masih hidup selepas terbabit dalam kemalangan dahsyat
seperti ini," kata Jeacock. - Agensi
Read more...
Labels:
cerita 2009,
cerita pelik udins
NOTA: DIPETIK DARI BERITA KOSMO!
Perut lembu ada jarum, mata kail
BANYUWANGI - Ganjil
tetapi benar!
Perut seekor lembu di
sebuah rumah sembelihan milik Mamad, 45, di sini, Jawa Timur berisi puluhan
benda aneh, lapor sebuah akhbar semalam.
Dipercayai, haiwan itu
menjadi korban individu yang mengamalkan ilmu hitam.
Penemuan ganjil itu
dimaklumkan kepada Mamad oleh dua rakannya iaitu, Alwi, 50 dan Bahrum, 23, yang
biasa membantunya untuk menyembelih lembu.
Menurutnya, dia
memutuskan untuk segera menyembelih lembu yang bunting itu selepas ia tiba-tiba
jatuh sakit walaupun sebelum ini haiwan tersebut tidak menunjukkan sebarang
tanda-tanda terkena jangkitan.
"Alwi dan Bahrum
yang memberitahu saya bahawa di dalam perut lembu itu ada benda aneh,"
kata Mamad semalam.Ketika membersihkan
perut haiwan itu, Alwi menemui empat batang jarum berukuran besar, lima jarum kecil, 30 mata
pancing besar, lengkap dengan tali pancing yang cukup panjang.
Lebih mengejutkan,
sebuah gegancu motosikal lengkap dengan skru dan berada dalam keadaan masih
baru turut ditemui di dalam perut lembu itu.
Berdasarkan penemuan
tersebut, dia percaya haiwan tersebut menjadi korban ilmu hitam kerana adalah
tidak munasabah untuk seekor lembu memakan barang-barang seperti itu. - Agensi
Menurut seorang saintis
Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis, Jean-Michel Mazin, kesan
tapak kaki itu yang berukuran antara 1.4 meter hingga 1.5 meter panjang ditemui
di pergunungan Jura.
Setakat ini sebanyak 20
tapak kaki dikesan di kawasan seluas 10 hektar namun saintis percaya terdapat
ratusan atau ribuan lagi kesan sama yang belum ditemui.
Tapak kaki itu
terpelihara dengan baik dan dipercayai daripada dinosaur jenis sauropod sebelum
terbiar di dalam lumpur sehingga 150 juta tahun.
Penyelidik-penyelidik
berkata, penemuan tersebut akan membantu mereka mendapatkan pengetahuan lebih
baik mengenai haiwan berleher panjang itu.
Berdasarkan saiz tapak
kaki itu, saintis-saintis menganggarkan berat dinosaur itu antara 30 hingga 40
tan dan panjang lebih 25 meter. - Agensi
Read more...
Labels:
cerita 2009
Semua berita dipetik dari berita kosmo!
NASA 'letupkan' bulan hari ini
LAKARAN
imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan berpisah
dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).
WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di
seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan
Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan
bulan hari ini.
Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi
kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa
peninjau.
Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub
Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.
Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan
bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu
yang terbentuk.
Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi
sebelum melakukan rempuhan yang kedua.
Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz
padang bola sepak terbentuk.
Orang ramai boleh menyaksikan peristiwa bersejarah itu secara
dalam talian dengan melawat laman web televisyen NASA.
"Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup
tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi," kata pegawai pengendali
LCROSS, Brian Day.
Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik
ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena
pancaran matahari.
Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui
teleskop gergasi dari bumi.
"Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu
kami akan menemuinya," kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony
Colaprete.
Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan
mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan
penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan
kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. – Agensi
BUDAPEST - Pertandingan ratu
cantik lazimnya mencari wanita yang jelita namun sebuah syarikat di sini
menganjurkan pertandingan mencari ratu plastik di Hungary , lapor sebuah akhbar
semalam.
Read more...
'Pondan' belasah samseng mabuk
Lurwell dan
Lilley(kanan)
SWANSEA, England - Dua
lelaki berpakaian wanita yang membelasah sehingga lembik dua samseng yang
menyerang mereka kelmarin tidak disangkal lagi memiliki tubuh yang sasa, lapor
sebuah akhbar semalam.
Walaupun berpakaian
wanita dan bermekap, Daniel Lurwell dan James Lilley bukan pondan seperti
sangkaan dua samseng itu, Dean Gardener dan Jason Fender, masing-masing berumur
19 serta 22 tahun semasa mereka cuba membelasah kedua-duanya.
Kedua-dua samseng itu
tidak menyangka bahawa Lurwell, 23, dan Lilley, 22, sebenarnya ialah ahli gusti
kurungan profesional Britain yang popular dengan gelaran Lionheart dan Lights
Out.
Menurut dua ahli gusti
itu, mereka keluar menghadiri satu parti bujang dengan memakai pakaian wanita
di sini apabila dua samseng yang mabuk itu tiba-tiba muncul dan menghamburkan
kata-kata kesat.
"Salah seorang
daripada mereka mengejek saya dengan menyatakan, cantik baju awak dan budak gay
sebelum menumbuk saya," kata Lilley.
"Beberapa saat kemudian,
saya membelasah kedua-dua samseng itu sehingga mereka rebah ke lantai,"
tambah ahli gusti itu.
Dua samseng itu yang
ditangkap berpandukan imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengaku
bersalah kerana berkelakuan agresif sebelum dihukum melakukan kerja komuniti
selama empat bulan oleh hakim, memakai tag elektronik dan dikenakan perintah
berkurung. - Agensi
Pertandingan ratu cantik plastik
Peserta-peserta itu
merupakan pesakit beberapa pakar bedah. Mereka perlu menunjukkan apa sahaja
aset plastik termasuk payu dara, hasil sedut lemak dan pemindahan rambut.
Sekumpulan hakim
pertandingan bukan sahaja menilai prestasi semasa hari pertandingan malah
mereka akan turut memeriksa rekod perubatan peserta.
Namun, pertandingan yang
bermula hari ini di sini turut mencetuskan ketegangan berikutan beberapa
insiden di belakang tabir.
"Saya akan menyaman
pembekal rambut kerana bahan yang mereka bekalkan terbakar ketika ia
diwarnakan.
"Nasib baik ia
terbakar sebelum dipasang ke kepala saya," kata seorang peserta, Alexandra
Horvath.
Pihak penganjur berkata,
acara itu membenarkan peserta berumur 19 hingga 38 menyertainya bagi meraikan
kecantikan tubuh baru mereka. - Agensi
Labels:
cerita 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
.jpg)




.jpg)
.jpg)


.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)





